felda neram - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda neram - Google Blog Search |
YDP IKRAM Kemaman di SMK <b>Felda Neram</b> | Posted: 19 Feb 2012 01:00 AM PST Assalamualaikum warahmatullah, 19 Februari 2012 : Hari ini, Haji Zameran Jusoh, YDP IKRAM Kemaman dijemput untuk menyampaikan ceramah 'Bagaimana untuk mendidik anak anak' untuk ibu bapa di SMK Felda Neram. Dalam program khas untuk ibu bapa ini, Hj Zameran berkongsi tips tips bagaimana untuk mendidik anak anak berlandaskan syariat Islam dan dalam masa yang sama tidak ketinggalan dalam arus teknologi zaman serba moden ini. " Ibu bapa hari ini berhadapan dengan satu suasana yang sangat mencabar untuk mendidik anak anak kerana zaman hari ini tidak sama dengan zaman kita membesar dahulu" Ujar beliau. Beliau yang juga Pengurus Cawangan, Bank Islam Cawangan Chukai menekankan bahawa dalam apa jua zaman, yang paling penting untuk diterapkan dalam diri anak anak ialah pendidikan agama. "Kembalilah kepada asas. Asas kita adalah agama. Inilah yang menjadi benteng kepada anak anak kita untuk menghadapi cabaran cabaran mendatang" Beliau juga mengajak ibu bapa yang hadir untuk melihat semula bagaimana suasana kasih sayang yang ada di rumah. Sekiranya kita tidak mewujudkan suasana kasih sayang di dalam rumah, maka sedikit demi sedikit perasaan kasih dan hormat kepada ibu bapa akan luntur dan semakin pudar. Buktinya hari ini kita dapat lihat ramai anak anak remaja yang bersikap biadap dan kurang ajar terhadap ibu bapa masing masing. Respon positif diakhir ceramah tersebut diharap dapat membantu ibu bapa dan anak anak pelajar SMK Felda Neram terutamanya untuk menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa Dilaporkan oleh : IKRAMedia Kemaman Advertisement |
You are subscribed to email updates from felda neram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |