{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Samad Said masuk <b>Felda Sg</b>. <b>Tengi</b> ~ barajiwa

Posted: 13 Dec 2011 03:05 AM PST

BERITA FELDA SUNGAI TENGI: Oleh DINSMAN

Samad Said masuk Felda Sg Tengi

HULU SELANGOR – Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dijangka mengetuai rombongan penulis, seniman dan budayawan dari seluruh Malaysia, bertemu dengan peneroka Felda dan anak-anak peneroka, di Felda Sungai Tengi, 23 Disember, dalam satu program yang julung-julung kali diadakan, iaitu Himpunan Seniman-Budayawan di Felda

Program ini adalah anjuran bersama Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dengan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), dengan kerjasama wakil penduduk dari Felda Sg Tengi, Felda Soeharto, Felda Gedangsa dan Felda Sg Buaya.

Mengikut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, yang juga AJK Paksi, Kassim Muhamad, dalam sidang media yang diadakan di Gombak Ahad lalu, "himpunan ini bertujuan untuk menyokong peneroka Felda di seluruh Malaysia yang berjumlah 1.6 juta, mempertahankan hak mereka ke atas tanah seluas 360,000 hektar yang dirancang untuk diapungkan di pasaran saham Bursa Malaysia oleh pihak pengurusan Felda, melalui penyenaraian syarikat Felda Global Ventures."

Kassim menyeru para penulis, seniman dan budayawan dari seluruh Malaysia supaya hadir dalam perhimpunan di Sg Tengi ini, bukan semata-mata untuk memberi sokongan kepada peneroka, tetapi untuk memahami kedudukan dan masalah sebenar yang dihadapi oleh para peneroka.

"Golongan sasterawan seharusnya memahami masalah rakyat, secara langsung, bukan sekadar membaca atau mendengar berita yang dilaporkan di dalam media. Kita mesti hadir sendiri ke tengah-tengah kehidupan rakyat," katanya.

Selain A Samad Said, antara tokoh seni-budaya yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ialah Prof. Siti Zainon Ismail, Cikgu Ishak Surin, Ito, Sani Sudin, Hishamuddin Rais, Hasni Abas, Yeoh, Wan Ahmad Ismail, Ibrahim Ghaffar, Dinsman, Rahmat Harun, Razali Endun, A Shukur Harun, Rozan Azen, Anbakri, Shazly Wadial-Jadid, Amni Jagat dan Benz Ali.

Program akan berlangsung di Dataran Sg Tengi, mulai pukul 3 petang (acara melukis) dan berakhir pukul 12 malam. Sebahagian acaranya ialah dialog seni-budaya antara seniman yang diketuai oleh A Samad Said dengan peminat-peminat seni-budaya dari daerah-daerah felda berkenaan. Acara ini akan berlangsung selepas Asar.

Kemuncaknya ialah persembahan bacaan puisi dan lagu-lagu puisi, yang akan dimulakan selepas solat Isya'.

Mengikut Kassim Muhamad lagi, program ini adalah yang ketiga seumpamanya dianjurkan oleh Paksi. Yang pertama ialah himpunan dengan nelayan-nelayan perahu kecil di Kuala Pahang, dua tahun lalu; dan yang kedua ialah himpunan dengan penduduk tujuh kampung warisaan di Kg Banda Dalam, Kuala Lumpur, tahun lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat