felda chemplak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chemplak - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda chemplak</b> - Google Blog Search Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST Masdar Wahid Debat merupakan sesuatu yang sihat bagi membangunkan intelek dan daya ingin tahu seseorang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Najib berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya pada 22 Oktober tahun lalu. Video ucapan Najib itu turut disiarkan di Youtube melalui akaun bernama Najib Razak yang memaparkan koleksi aktiviti melibatkan Najib, namun video itu tidak menyiarkan komen mengenainya. Dalam ucapanya itu, Najib turut menegaskan perdebatan mampu meningkatkan keupayaan seseorang itu untuk berfikir secara kritis dan analitikal mengenai isu-isu semasa berasaskan tradisi perbahasan, kajian, analisa dan fakta. "Melalui debat Piala Perdana ini dan debat-debat yang lain, sedikit sebanyak boleh dilihat sebagai satu platform ataupun forum di mana pihak lain termasuk pihak kerajaan, pihak universiti dan orang luar melihat suara pemimpin-pemimpin generasi masa hadapan," katanya lagi. Najib turut memberitahu perdebatan yang dianjurkan itu juga menunjukan dasar Program Transformasi Politik (PTP) yang diperkenalkannya. Kenyataan Najib ini bagaimanapun menimbulkan persoalan kerana sehingga kini beliau enggan berdebat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana cabarannya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), pada 18 Januari tahun lalu. "Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, pada tarikh itu. Anwar dalam responnya selepas itu berkata beliau bersedia berdebat dengan Najib di tempat berkecuali dan berharap ianya disiarkan secara langsung, namun, sehingga kini Najib terus membisu mengenainya. Manakala pada 24 Januari lalu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Najib dan Anwar wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara. Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpul hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. "Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi "Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim. Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from felda chemplak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |