felda kerteh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kerteh - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda kerteh</b> - Google Blog Search Posted: 28 Nov 2011 07:56 AM PST Gugusan Felda Kerteh terletak di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Kawasan tersebut meluputi kepentingan bertindih tiga pihak iaitu Felda, Ketengah dan Kerajaan negeri. Oleh itu, kawasan tersebut sepatutnya mendapat lebih banyak keistimewaan. Tetapi malang apabila penduduk di kawasan tersebut terus terabai, terutamanya untuk kepentingan hidup masa depan generasi kedua. Tidak banya peluang pekerjaan dan peluang untuk memajukan kehidupan orang muda dibawa pihak Felda, Ketengah atau kerajaan negeri. Ketengah adalah sebuah badan berkanun yg ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1973. Mula didiami pd tahun 1980/81. Hari ini, usia Ketengah telah hampir 40 tahun kawasan ini dibangunkan oleh agensi kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Jumlah penduduk kawasan tersebut adalah seramai 62,634 (1980 - 2007) dengan taburan seperti berikut; Keluasan kawasan keseluruhannya termasuk Tasik Kenyir adalah berjumlah 653,075 hektar. Permasalahan 1. Tahap sosio-ekonomi rakyat yg semakin merudum berikutan tutupnya kilang-kilang. Usaha kerajaan BN untuk mempelbagaikan sumber ekonomi rakyat hampir sifar dlm tahun tahun kebelakangan ini. 3. Kaedah pemilikan tanah yg tidak sempurna milik oleh Ketengah menyebabkan tanah tidak dapat dimajukan dengan baik kerana terikat dengan kerajaan negeri. Pemimpin bersikap sambil lewa terhadap pembangunan masyarakat. 4. Banyak kilang tutup, malah projek yg dibangunkan oleh anak syarikat Ketengah sendiri pun banyak yang gagal. 5. Tiada Pelabur swasta sebagai punca pendapatan penduduk. Tumpuan pembangunan kpd Wilayah Pantai. Menyebabkan Wilayah Ketengah ini tidak mempunyai asas ekonomi yg kukuh yg boleh menarik pelaburan. Tiada dalam Pelan Induk Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Tidak menjadi keutamaan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun. Kadar Pengangguran kawasan terbabit adalah; Bandar AMBS 7.3%, Bandar Bukit Besi 12.8%, Bandar Ketengah Jaya 9.0% 6. Migrasi penduduk keluar dari Bandar-bandar KETENGAH akan menjadikan ia bandar hantu dalam tempoh 20 tahun lagi. Melainkan satu usaha yang komprehensif dibuat sekarang. Kadar migrasi tenaga buruh keluar: 7. Akibatnya, selepas 35 tahun membangunkan bandar, hari ini Ketengah masih belum mencapai 30% pembangunan fizikalnya. Dan tidak boleh dikategorikan sebagai bandar kerana kriteria utama sebuah bandar perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60% penglibatan penduduk dalam sektor bukan pertanian. 8. Rakyat masih duduk di rumah yg dibangunkan oleh Ketengah 30 tahun dahulu dan masih tidak mampu membayar hutang perumahan ug terus meningkat peratus bunganya dek kerana panjang pinjamannya. 9. Puncanya? Ketengah kurang memberi peluang penduduk untuk maju apabila ruang niaga yg baik tidak disediakan atau dirampas oleh Anak-anak syarikat Ketengah sendiri yg meniaga. Ketengah mempunyai lebih dari 10 anak syarikat yg bersaing dengan peniaga tempatan. 10. Puncanya juga kerana Pemimpin yg tidak prihatin masalah rakyat. Sibuk dengan masalah parti dan peribadi serta perbalahan dalaman. *** Ucapan Ustaz Hj Roslan Hj Ismail, (Gambar paling atas berbaju kuning) Pengerusi WARIS dalam perjumpaan 'Chit Chat' dengan anak-anak peneroka pada Isnin 28 November, 2011, Rumbia Resort, Paka. Komen: |
You are subscribed to email updates from felda kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |