{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Mayat lelaki ditemui di tapak projek pangsapuri di Balakong

Posted: 01 Jul 2013 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui di tapak projek pembinaan sebuah pangsapuri di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini hari ini.

Mayat yang telah mereput itu ditemui pada jam 1.30 tengah hari dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mayat itu ditemui lengkap berpakaian T-shirt merah dan berseluar jeans hitam.

"Berdasarkan keadaan fizikal mayat yang telah mereput dan membusuk, polis percaya lelaki itu telah mati lebih lima hari," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata siasatan awal mendapati tangan lelaki itu telah diikat ke belakang dan terdapat pita pelekat hitam di lehernya.


Mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

12 kawasan catat IPU sederhana

Posted: 01 Jul 2013 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kota Tinggi, Muar dan Pasir Gudang di Johor adalah antara 12 kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 2 petang hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini Kota Tinggi mencatatkan bacaan 58, Muar (51) dan Pasir Gudang (57).

Banting di Selangor mencatatkan 58, Bandaraya Melaka (55) dan Bukit Rambai (70) di Melaka, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan dengan IPU masing-masing (53) dan (59).

Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing mencatatkan 61 dan 53, Tanah Merah (56) di Kelantan dan Miri (51) di Sarawak.


Selain itu, 41 kawasan termasuk Kuala Lumpur dilaporkan mencatat bacaan baik.


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat