{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Penduduk <b>Felda</b> gembira permintaan ditunaikan | .:: A A N S ::.

Posted: 06 Jun 2011 09:04 PM PDT

FELDA KEPIS – Penduduk di sini, berasa gembira apabila kampung mereka kini dilabelkan sebagai Kampung Tanpa Wayar.

Penduduk, Ramlah Abbas, 56, berkata, pemasangan menara telekomunikasi itu memberi khabar gembira buat dirinya kerana lebih mudah menghubungi anak-anak dan sanak saudara.

Menurutnya, sebelum ini saudara mara sukar dihubungi antara satu sama lain kerana tiada liputan meluas di kawasan ini dan jika berlaku kecemasan mereka terpaksa ke luar rumah untuk mencari kemudahan telefon.

"Kadang-kadang saya terfikir juga, negara kita sudah mencapai kemerdekaan tetapi kenapa masih lagi ada sesetengah kawasan tiada kemudahan talian telefon.

"Walau bagaimanapun, kini tidak lagi, apabila Kerajaan Negeri mendengar rintihan orang Felda yang mahukan kemajuan," katanya ketika ditemui pada Majlis perasmian menara telekomunikasi Felda Kepis, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Rangkaian Minang Negeri Sembilan (NS) Sdn Bhd, Md Isa Salim; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Tengah, Fadzilah Mohd Noor dan Pengurus Felda Kepis Mohd Roslan Suli.

Ramlah berkata, dia amat bersyukur kerana permintaan kemudahan talian telefon ditunaikan selain penembusan jalur lebar di blok Felda Kepis.

Menurutnya, kemudahan itu perlu dibanggakan kerana tidak semua kampung memiliki keistimewaan seperti itu.

Dalam pada itu, Ismail Kassim, 58, berkata, kewujudan kemudahan itu memberi gambaran bahawa betapa pentingnya talian telekomunikasi pada zaman globalisasi.

"Terutama apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran, mudah untuk kita hubungi pihak Bomba dan Penyelamat dengan pantas.

"Kini, semua maklumat hanya di hujung jari. Pelajar juga boleh mencari maklumat mengikuti perkembangan semasa dan mendapatkan bahan bantu mengajar bagi meningkatkan prestasi mereka hanya di rumah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat