{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda nitar</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2011 09:03 AM PDT


SK <b>NITAR</b> 1: GURU ZON <b>NITAR</b> AMAT AKTIF

Posted: 25 May 2011 08:41 PM PDT

Bermula 16 Mei 2011 (Hari Guru), guru-guru Zon Nitar (SMK Nitar, SK Nitar 1, SK Nitar 2 dan SK Tanah Abang) telah mengorak langkah menubuhkan Permuafakatan Kelab Guru Zon Nitar. Pada 17 Mei 2011, Pertandingan Futsal telah diadakan di Dewan Futsal Felda Nitar 2. Dalam pertandingan tersebut SK Tanah Abang telah menjuarai pertandingan tersebut, SK Nitar 1 Naib Juara, SMK Nitar ketiga dan SK Nitar 2 keempat. Silaturrahim terjalin kukuh buat guru-guru ini.

Pada 20 Mei 2011, gabungan kelab guru ini juga telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan staf kilang Felda Nitar 2. Dalam perlawanan tersebut guru-guru Zon Nitar ini menunjukkan mutu permainan yang tinggi. Keputusannya seri 2-2.

Pada  25 Mei 2011, diadakan pula perlawanan bolasepak dengan pasukan Belia Felda Nitar 1. Tenaga muda Belia Felda Nitar 1 amat berbeza dengan tenaga yang ada pada guru-guru Zon Nitar tapi pengalaman dan kemahiran telah mengatasi tenaga muda. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Pada 26 Mei 2011 malam ini jam 9.00 malam di Dewan Felda Nitar 1), perlawanan ping pong pula diadakan. Banyak lagi perancangan dibuat antaranya perlawanan bola tampar, sepaktakraw dan mungkin juga menyertai Liga Bolasepak Mersing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Felda: <b>felda nitar</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menuntut pendedahan butiran perjanjian, terma dan syarat pinjaman RM 6 bilion yang dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mahu bertemu pengurusan kanan KWSP bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

"Tidak mustahil beban faedah pinjaman daripada KWSP akan dikenakan semula kepada peneroka. Kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan pihak KWSP untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai pinjaman itu," kata Mazlan.

Mazlan menambah, transaksi itu bukan sahaja membebankan peneroka, malah dibimbangi pencarum KWSP menghadapi kesukaran mengeluarkan simpanan mereka berikutan kekeringan tunai dalam rizab KWSP.

"Apa akan jadi sekiranya pentadbiran Felda tidak mampu untuk memulangkan kembali wang pinjaman? Dalam transaksi itu sudah pasti ada perjanjian, terma dan syarat. Mengapa tak didedahkan kepada peneroka?,"

"Apa akan jadi dengan simpanan, kadar dividen dan faedah tahunan yang sepatutnya diterima lebih 10 juta pencarum KWSP di seluruh negara? soal Mazlan.

ANAK sebelum ini membuat pendedahan mengenai pinjaman tersebut, menerusi maklumat yang diperoleh daripada minit mesyuarat Felda Nitar 2, Mersing pada 20 April lalu. Namun sehingga kini, Mazlan berkata pengurusan Felda masih tidak memberikan reaksi mengenai perkara itu.

"Selepas lebih seminggu tiada jawapan daripada Felda, kami beranggapan minit mesyuarat di Felda Nitar 2, Mersing pada 20 April lalu sebagai sahih," katanya

Justeru katanya, ANAK akan membuat laporan polis besar-besaran di seluruh negara.

"Felda akan berhadapan siri laporan polis secara besar-besaran oleh ANAK di seluruh negara. Peneroka tak pernah dimaklumkan dengan keputusan ini. Sedangkan tanpa peneroka, Felda itu sendiri tak mungkin wujud sebagai sebuah entiti,"

"Kami juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urusniaga tersebut," desak Mazlan.

Tindakan menyelamatkan (bail-out) syarikat yang diterajui kroni dan keluarga adalah polisi yang dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Perkara ini  pernah berlaku pada 1997 apabila wang Petronas berjumlah RM 2 bilion digunakan bagi mengapungkan syarikat perkapalan MISC yang diterajui Mirzan Mahathir.

Manakala KWSP yang merupakan institusi kewangan bagi simpanan tabung saraan rakyat Malaysia diperah untuk menampung sikap boros pemimpin Barisan Nasional.

Pada Mac 2007, media mendedahkan surat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Rusma Ibrahim kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) yang memaklumkan KWSP masih lagi aktif melaburkan dana caruman termasuk projek 'bailout syarikat' kroni BN yang mengalami masalah kewangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15019

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat