felda lurah bilut - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lurah bilut - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 di <b>lurah bilut</b> - Google Blog Search Posted: 06 Jun 2011 12:00 AM PDT Alhamdulillah, dari 15hb Mei hingga 18hb Mei kami berada di tanah FELDA Lurah Bilut seterusnya ke Felda Sungai Koyan meninggalkan kesan yang sangat dalam dalam lubuk hati. Pelbagai yang indah-indah telah melekat ke dalam anak mata sehingga sekarang masih terbayang-bayang akannya. Ditambah dengan penduduk di kedua-dua buah Felda yang sangat peramah dan sporting. Sehingga membuatkan kami berat kaki untuk melangkah dan meninggalkan tanah keramat pertama yang kami jejaki itu. Bermula di Felda Lurah bilut bertemu di sana bersama Encik Hussin seorang pengurus Muzium di sana. Sekaligus merupakan salah seorang mangsa interview kami dalam Filem Dokumentari FELDA: RAHSIA BUMI KERAMAT. Peribadi Encik Hussin amat menyenangkan kami semua. Melayan kami bagai tetamu diRaja. Crew filem dokumentari ini sangat menghargai pelawaan Encik Hussin ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Terutamanya, di sekitar Lurah Bilut. Sehingga juga membuatkan hilang rasa kepenatan dan perasaan jauh untuk ke sana. Lurah Bilut merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia. Memang menarik jika singgah ke sana. Kami dibawa menaiki tangki sekolah dihadapan muzium terbabit. Memang seronok sekali. Sudahlah dijamu dengan makanan sebelum memulakan pendakian ke puncak tangki. Dibawa pula dengan bekal-bekalan seperti goreng pisang, air ABC, ubi goreng sebagai kudap-kudapan. Perasaan terharu mula menjalar dalam diri masing-masing. Memulakan pendakian ke atas puncak tangki merubah perasaan kami yang ghairah untuk ke sana dengan gerun dan cemas sedikit. Mana tidaknya, untuk ke puncak memang cerun, tambahan pula tiada unsur keselamatan sewaktu pendakian. Hanya berbekalkan barang-barang equipment shooting sehelai sepinggang dan kudap-kudapan tadi sahaja. Bait-bait semangat kental yang masih ada untuk kami juga menjadi kayu api untuk membakar perjuangan pendakian tersebut. Alangkah indahnya! Jika dinikmati pemandangan sekitar dari atas. Hilang perasaan penat, gayat dan gerun itu tadi. Memang indah dan damai Lurah Bilut. To be conti, sebab nak gi makan..hihi geng crew dah datang tu... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda lurah bilut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |