{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar utara - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar utara - Google Blog Search


CATATAN KE SERATUS.....

Posted: 14 Jun 2011 09:57 AM PDT

FELDA UNITED.....nama yang dilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, ketika sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri FELDA.

Maka, munculah satu jenama baru di FELDA. Kebiasaannya, jenama baru berkaitan FELDA adalah berkaitan usaha FELDA untuk menambah sumber pendapatan. Samada ianya berkaitan pendapatan peneroka atau pun pendapatan organisasi demi kebaikan dan masa hadapan warganya.

Namun, FELDA UNITED bukanlah jenama dan usaha komersil FELDA. FELDA UNITED adalah satu jenama untuk memperkenalkan FELDA menerusi sukan, khususnya bola sepak. Di awal kemunculannya di Liga FAM, ianya bukanlah satu omongan. Ianya adalah lambang kepada kegigihan warga FELDA untuk berjaya. Mungkin ketika itu, para pemainnya adalah kakitangan dan anak peneroka FELDA sendiri. Semangat FELDA membara di jiwa mereka.

Muncul Naib Juara Liga FAM, FELDA UNITED bertarung pula di Liga Premier. Akhirnya, berkat muncul Juara Liga Premier 2010, FELDA UNITED berdiri sama gagah dan sama rendah dengan pasukan - pasukan elit bola sepak negara di Liga Super. Sama - sama menyepak dan disepak oleh Kelantan, Terengganu dan Selangor. Hebatkan.

Catatan awal FELDA UNITED memang hebat. Tiga bulan pertama Liga Super berlangsung, 3 Ketua Jurulatih kehilangan jawatan angkara pasukan mereka kalah kepada FELDA UNITED. Mustakeem Omar, Ahmad Yusuf dan Wan Jamak adalah mereka yang aku maksudkan.

Anehnya, memasuki pusingan kedua Liga Super, FELDA UNITED pula yang sepatutnya membuang Ketua Jurulatihnya. Aku kata perlu buang sebab ternyata beliau hanya bercakap kosong setiap kali bercerita tentang kemampuan FELDA UNITED di kaca tv.

 CUIT SIKIT:-

Kerana adanya KPI untuk pasukan ini, sepatutnya Pengarah Besar FELDA tidak bertindak sebagai Pengurus Pasukan. Dengan perbelanjaan yang menelan jutaan ringgit, sepatutnya, Ketua Jurulatih juga dilantik sebagai Pengurus Pasukan.

Pengurusan dan Kepimpinan Tertinggi FELDA UNITED sewajarnya menswastakan Jawatan Pengurus Pasukan kepada Ketua Jurulatih sepertimana amalan Manchester United dan lain - lain kelab profesyional. Dan, sepatutnya ada " punish and rewards " buat beliau.

Sepatutnya, Pengurusan akan bertindak serta merta ke atas kegagalan E.Elavarasan selaku Ketua Jurulatih FELDA UNITED, sepertimana mereka bertindak serta - merta kepada mana - mana Pengurus Rancangan yang tidak perform. Kalau sekadar menang dua kali daripada 13 perlawanan di pusingan kedua ini, apa guna Ketua Jurulatih ini masih disimpan di Wisma FELDA?

Kalau dilihat keadaan semasa, pastinya sebarang kegagalan FELDA UNITED tidak akan diambil tindakan kerana Pengurus Pasukannya adalah Pengarah Besar FELDA sendiri. Siapa yang berani menyingkirkan beliau?

Tanpa perubahan di peringkat "TOP" ini, aku percaya kekalahan kesebelas di Shah Alam pada 14 Jun akan menjadi pusara kepada FELDA UNITED....

AKU KRITIK sebab aku tahu apa orang luar kata tentang FELDA dan FELDA UNITED.....jangan sampai FELDA UNITED menjadi satu lagi kegagalan pelaburan FELDA seperti ladang koko di FELDA LEPAR UTARA 3 , 6 dan 7 di tahun 80'an dahulu.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Of Ikan Patin and Kenduri Kahwin | ::.hqfizulhqkim's blog.::

Posted: 13 Jun 2011 01:24 AM PDT

Dear readers,,

Dah lama x update blog ni. Last weekend my family pergi negeri Pahang Darul Makmur. Bukan pegi jalan2 r tapi memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin anak sepupu aku. So bertolak dari umah dalam kol 6.45 lalu jalan Ijok yg bengkang bengkok tu pastu ikut Karak highway. Masa on the way g ngn balik tu asek teringat citer karak aje.hoho. Kan ada tanda laluan angin lintang kan kat Lanchang kalau x silap. Last year sepupu aq accident kat situ, teruk gak kete dia sampai orang yang duduk seat blakang boleh terpindah kat seat depan. Kete dia golek2 kalau x silap. A few month after tu ada lagi orang accident kat situ, diorang pn xtau camne diorang leh accident. Sedar2 dah ada kat hospital ceritanya. Alhamdulillah my family selamat sampai kenduri kahwin kat Jengka 11.

Sebenarnya kitorang tak makan lagi dari pagi masa bertolak tu, so masa kat Temerloh my family singgah kat RnR Temerloh. Yang ni cadangnya nak merasa masak tempoyak ikan patin. Aritu ada baca kat few blog mention gerai no.7 kat RnR ni ada jual masakan ni. Sedap katanya :) Seketul dalam RM7. Yang ade jual ni ikan patin sangkar, kalau yang ikan patin sungai lagi mahal kot. Sedap gak masak tempoyak ikan patin ni. Berbaloi gak datang dari jauh.haha. Tapi kalau korang nak lagi sedap, korang leh g area2 dekat ngn sungai pahang, masuk pekan Temerloh dulu. Kat situ banyak gerai2 yang jual masakan ikan patin.

After makan2 perjalanan diteruskan dan kitorang sampai kenduri dalam kol 12. Kenduri kahwin x meriah sangat, biasa2 je. Lepas abes kenduri, my family g Felda Lepar Utara 1. Cadangnya nak tido kat sini umah makcik, so esoknya baru balik Selangor. Jalan kat sini naik turun bukit. Bukit kemain lagi tingginya. Nasib baik abah pro bawak keta kat Pahang coz dah selalu datang Pahang.Yay! :) So malam tu tengok bola ngn abah, Terengganu 2 - Kelantan 1. Esoknya dalam kol 8.45 kitorang bertolak balik. Masa balik sempat lagi singgah RnR Gombak, makan2 kat situ then beli lemang. Sedap woo :) Paru goreng berlada dia memang terbaik!! Then perjalanan diteruskan dan dalam kol 2.15 petang kitorang sampai umah. Yeah! :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat