Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 11 Feb 2012 03:19 PM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah perokok dan penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat tabiat itu menyebabkan semalam Kementerian Kesihatan mengumumkan langkah pemberian nikotin percuma kepada mereka yang mahu berhenti merokok.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pemberian nikotin percuma melalui program berhenti merokok itu akan membabitkan lebih 800 klinik kesihatan dan 135 hospital kerajaan. Langkah itu bertujuan mengekang pertambahan perokok yang kini mencecah 20 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia atau kira-kira 5.6 juta orang, selain menangani masalah rokok seludup yang kini 40 peratus di pasaran. Katanya, pemberian nikotin percuma itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memerangi tabiat merokok menerusi kempen antirokok yang sedang digariskan kementerian. Usaha itu juga menggabungkan kaedah kaunseling bagi memastikan individu tidak kembali merokok."Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman) supaya apabila pesakit yang merokok datang ke hospital dan klinik kerajaan, galakkan mereka menjalani program kurangkan ketagihan rokok itu. "Program ini percuma untuk semua perokok dan kita harap mereka ambil peluang ini. Usaha ini untuk kurangkan NCD selain membantu mereka mengurangkan ketagihan merokok, seterusnya berhenti," katanya selepas merasmikan karnival kesihatan Parlimen Gombak di K Club, Taman Melawati di sini semalam. Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan menangani peningkatan trend NCD seperti darah tinggi dan kardiovaskular akibat tabiat itu.
Kebiasaannya, melalui program terapi nikotin gantian, perokok akan diberikan nikotin gantian untuk tempoh tiga bulan sebelum dos nikotin itu dikurangkan hingga pesakit mempunyai kekuatan menahan ketagihannya. Kerajaan sebelum ini menggalakkan perokok menyertai program kaunseling berhenti merokok membabitkan beberapa klinik kesihatan terpilih. Program rawatan farmakologikal yang memerlukan perokok mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan 'nikotin gantian' dalam bentuk ubat/pil, gam nikotin, pelekat, semburan atau sedutan itu, tidak mendapat sambutan. Ditanya mengenai pelaksanaan skim penjagaan kesihatan 1Care seperti dilaporkan media baru-baru ini, beliau berkata 'blueprint' skim itu masih di peringkat jawatankuasa kementerian dan dijangka siap penghujung 2013. |
| 75 kondom dadah dalam perut lelaki Nigeria Posted: 11 Feb 2012 03:16 PM PST MukaDepan SEPANG: Kastam Diraja Malaysia terpaksa mengambil masa beberapa hari sebelum 75 ketulan kecil kondom berisi dadah jenis syabu dalam perut seorang lelaki warga Nigeria dapat dikeluarkan menerusi pembuangan najis.Sehingga pagi semalam, suspek berusia 27 tahun yang diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu ketika menaiki penerbangan dari Lagos-Doha-KLIA diletak di bawah pengawasan Hospital Serdang, sudah mengeluarkan 35 ketulan, masing-masing seberat 15 gram. Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan, berkata beratkeseluruhan 35 ketulan kecil dadah yang diperoleh daripada suspek dianggarkan 800 gram bernilai kira-kira RM200,000. Beliau berkata, pihaknya belum pasti berapa lama diperlukan sebelum semua 75 ketulan kecil kondom daripada perut suspek dapat dikeluarkan."Suspek ditahan untuk pemeriksaan sebaik tiba di balai ketibaan KLIA kerana berkelakuan mencurigakan apabila hanya membawa sebuah beg sandang kecil. "Bagaimanapun, dalam pemeriksaan fizikal yang dilakukan, pegawai bertugas gagal menemui apa-apa daripada suspek. "Suspek kemudian diarah melakukan imbasan badan yang menunjukkan beberapa ketulan kecil disyaki dadah dalam perutnya dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut
Selain tangkapan pada Khamis lalu itu, KDRM turut membanteras dua lagi percubaan menyeludup dadah di KLIA dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, masing-masing membabitkan rampasan dadah jenis ketamin seberat 7.95 kilogram (kg) bernilai RM1.43 juta dan rampasan syabu seberat 6.15 kg bernilai RM1.5 juta. "Kes pertama pada 1 Februari lalu membabitkan warga India berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Hyderabad, India ke KLIA yang didapati cuba menyeludup masuk ketamin dengan menyembunyikannya di ruang bawah kotak berisi peralatan dapur. Dia kini ditahan reman 14 hari. "Satu lagi tangkapan pada kira-kira jam 2.20 pagi Jumaat lalu membabitkan warga Bangladesh dalam perjalanan dari Dhaka ke KLIA, yang menyembunyikan serbuk kristal putih disyaki syabu dalam lapisan ruang bawah dua beg yang dibawanya. Lelaki itu dipercayai pernah memasuki Malaysia sebanyak tiga kali," katanya. Siti Baya berkata, sepanjang tahun ini sehingga Jumaat lalu, Kastam KLIA berjaya melakukan enam tangkapan membabitkan cubaan menyeludup 34.8 kg dadah bernilai RM6.85 juta. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


