felda kota gelanggi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kota gelanggi - Google Blog Search |
| Blog Felda: <b>felda kota gelanggi</b> - Google Blog Search Posted: 02 Nov 2011 08:11 PM PDT Saya telah dipanggil oleh Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Gugusan Felda untuk menerangkan beberapa isu yang melibatkan tindakan undang-undang terhadap Felda di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut pada 1hb November 2011 di Pejabat PAS Felda Isu yang mereka mahu mengetahuinya adalah perkara-perkara seperrti berikut: 1. Kadar Perahan Gred (KPG) Setelah diterangkan satu persatu mereka mengambil keputusan untuk turut menyaman Felda berhubung dengan KPG, buah reject, minyak kotor dan abu kilang. Jawatankuasa Bertindak tersebut akan menjalankan tugas untuk mengumpulkan peneroka-peneroka Gugusan Kota Gelanggi dan akan melantik peguam yang akan mewakili mereka. Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 sudah menunggu 15 tahun untuk mendapatkan geran tanah untuk ladang dan kampong mereka. Mereka telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) dan CAC termasuk premium sejak 15 tahun yang lampau. Pada tahun yang lalu, melalui firma guaman Suhaimi Tan Zamani dan Rozilan di Temerloh, mereka telah menghantar Notis kepada Felda dan jawapan daripada Felda mengatakan bahawa Felda telah pun membuat permohonan untuk mengeluarkan geran tersebut. Dan memandangkan bahawa jawapan daripada Felda adalah positif maka peneroka-peneroka memberhentikan tindakan undang-undang. Rupa-rupanya Felda tidak jujur dan sebenarnya Felda masih gagal membuat permohonan geran tanah tersebut. Dengan perkembangan yang terbaharu bahawa Felda Plantation sudah dicagarkan oleh Felda kepada Felda Global Ventures sebuah anak syarikat Felda yang mengalami kerugian didalam pelaburannya, peneroka-peneroka bimbang bahawa semua tanah didalam rancangan Felda yang masih belum dikeluarkan geran tanahnya akan turut dimangsakan oleh Felda untuk pelaburan Felda yang tidak mendatangkan apa-apa menfaat kepada peneroka-peneroka. Jawatankuasa Bertindak itu mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Felda untuk mendapatkan geran tanah mereka. Peneroka-peneroka Gugusan Gelanggi bimbang dengan tindakan Felda mencagarkan Felda Plantation untuk tujuan pelaburan dan dengan tindakan itu akan menggagalkan usaha daripada Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah tersebut kepada Generasi ke-2 dan ke-3. Tindakan Felda itu dipandang sebagai mengkhianati aspirasi Generasi ke-2 dan ke-3, dan mereka meminta jaminan daripada Pakatan Rakyat bahawa Felda Plantation tetap akan dimansuhkan apabila PR berjaya memerintah negara ini. Peneroka-peneroka Felda yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda/Felda Technoplant dilanda hutang yang sangat tinggi selepas 6 hingga 8 tahun daripada tempoh mula-mula ladang mereka ditanam. Dari tinjauan yang dibuat mereka menanggung hutang sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00 didalam tempoh itu. Saya menerangkan bahawa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal sedang menjalankan kempen dikalangan peneroka-peneroka supaya tidak membayar hutang-hutang yang ditetapkan oleh Felda kerana sehingga kini Felda gagal dan terus gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira bagi setiap Peneroka tetapi hanya mengeluarkan penyatakan hutang. Sesungguhnya peneroka Felda tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka seperti kira-kira yang dinyatakan berikut: (a) Pada tahun pertama semasa tanaman semula dibuat hinggalah ke tahun ketiga, peneroka-peneroka tidak mempunyai sebarang pendapatan; dan pada tempoh itu pihak Felda telah mengeluarkan perbelanjaan untuk tanaman semula seperti menebang pokok-pokok asal, membersih dan menggali lubang untuk tanaman semula; Felda juga menyediakan pagar (dimana tempat yang perlu); mengadakan baja, racun, penyeliaan dan pengurusan serta elaun sara hidup secara bulanan kepada peneroka-peneroka; Dan didalam tempoh ini peneroka-peneroka tidak mengeluarkan apa-apa pendapatan. (b) Mulai tahun ke-4, ladang peneroka-peneroka sudah boleh mengeluarkan pendapatan dan untuk memudahkan pengiraan, pada tahun ke-4 itu peneroka-peneroka hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM2000.00 setiap bulan sejumlah RM24,000.00 setahun. (c) Pada tahun ke-5, 6, 7, 8, kita andaikan peneroka tidak bertambah tetapi ladang mereka sekadar boleh mengeluarkan pendapatan sebanyak RM3000.00 sebulan maka setiap tahun dari tahun ke-5 hingga tahun ke-8, pendapatan yang boleh dikeluarkan dari ladang adalah RM120,000.00. (d) Maka pendapatan peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 adalah sebanyak RM160,000.00; maka apabila Felda mengatakan bahawa hutang peneroka Felda dalam tempoh 8 tahun itu adalah RM90,000.00 hingga RM100,000, terbuktilah bahawa Peneroka tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan setiap Peneroka sebanyak RM60,000.00 hingga RM70,000.00. Diatas kaedah ini, saya menyatakan bahawa peneroka tidak perlu membayar hutang mereka seperti yang dituntut oleh Felda, tetapi Feldalah yang kena membayar kepada peneroka-peneroka. Tetapi jika diambil kira pendapatan yang boleh didapati oleh peneroka-peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 itu, sebanyak minima RM5,000.00 setiap bulan, bererti pendapatan yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka-peneroka adalah RM250,000.00. Maka jika hutang peneroka-peneroka adalah sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00, Felda terhutang dengan Peneroka-Peneroka sebanyak antara RM150,000.00 hingga RM160,000.00. Justeru kerana itu Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal menasihatkan peneroka-peneroka tidak menjelaskan hutang yang dituntut oleh Felda kerana sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan peneroka; disamping itu pula proses rundingan hendaklah dibukakan oleh Felda supaya Felda mengembalikan semula wang lebihan hutang itu kepada peneroka-peneroka, dan sekiranya Felda enggan berunding, maka peneroka-peneroka hendaklah memulakan proses saman terhadap Felda. Selepas majjlis dialog itu, Sdr Rosli mengajak saya pergi ke Bandar Jengka Pusat untuk menjamu selera disana. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from felda kota gelanggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


