felda sungai koyan - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai koyan - Google Blog Search |
| Malaysia Zoom » <b>Sungai Koyan</b> hab perniagaan Posted: 12 Jan 2012 03:05 PM PST
Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com KUALA LIPIS 12 Jan. Bandar Sungai Koyan dekat sini yang menjadi pusat pertumbuhan baharu kawasan Felda Gugusan Koyan, akan menjadi hab perniagaan dan pelancongan di kawasan Hulu Jelai. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembangunan pesat Sungai Koyan antara usaha transformasi kerajaan negeri mengubah kawasan berstatus pedalaman kepada lokasi semi perbandaran yang lengkap dengan semua kemudahan asas. Menurutnya, projek premis perniagaan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu iaitu Arked Majlis Amanah Rakyat, pasar, pusat pengumpulan hasil pertanian, stesen bas, dewan dan gerai diletakkan di bawah penyelenggaraan Majlis Daerah Lipis. Pembangunan itu memberi peluang penduduk bergiat aktif dalam sektor perniagaan dan Sungai Koyan menjadi hab tempat berbelanja dalam kalangan penduduk Hulu Jelai, termasuk Orang Asli. Kemudahan rangkaian jalan dari Raub dan Kuala Lipis ke Cameron Highlands antara faktor utama pekan ini berkembang maju serta berfungsi sebagai transit kepada semua jenis kenderaan, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan makanan dan kerusi roda kepada 48 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Felda Sungai Koyan Satu, Dua dan Tiga dekat sini kelmarin. Sumbangan bernilai RM4,000 itu menerusi Program Sentuhan Akar Umbi (PSAU) untuk golongan warga emas dan OKU di kawasan Felda berkenaan. Menurut beliau, pembangunan kawasan Sungai Koyan menzahirkan iltizam kerajaan negeri, sekali gus menjadi contoh pembangunan luar bandar yang berjaya dan maju berasaskan sektor perniagaan, pertanian serta pelancongan. Katanya, beliau berpuas hati dengan pembangunan kemudahan asas di Hulu Jelai dan kini tumpuan akan diberikan terhadap pusat pertumbuhan dan perumahan penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
| Belia <b>Felda</b> juga tolak Devamany pertahan Cameron Highlands <b>...</b> Posted: 31 Jan 2012 12:03 AM PST "Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi."
Pengerusi Majlis Belia Sungai Koyan, Norfarulrafiq Razali berkata, "dalam keadaan apa sekali pun, kami menolak naib presiden MIC itu." Pada 8 Julai tahun lalu, kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum ke 13. Mereka juga mempamerkan sepanduk yang menyatakan mereka menolak Devamany di Cameron Highlands. Waktu itu Ahmad merasmikan program di Felda Sungai Koyan 3 dekat sini. Norfarulrafiq mendakwa ada 4, 000 pengundi muda di Felda dalam parlimen Cameron Highlands. Beliau mendakwa, pemuda Felda mempunyai kuasa penting kerana kemenangan Devamany dalam pilihan raya umum 2008 kerana sokongan pengundi muda berkenaan. Pemuda MIC juga tolak Devamany "Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi. Kami mungkin tidak tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkang. "Kami tidak menolak MIC tetapi tidak mahu Devamany. Dia tidak membawa sebarang pembangunan kepada penduduk setempat terutama di DUN Jelai," katanya. DUN Jelai diwakili oleh Ketua Umno Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang juga exco kerajaan negeri Pahang. "Kami tolak Devamany kerana beliau hanya pandai berjanji tidak mahu menunaikannya. "Beliau juga jarang tunjuk muka kecuali rakyat mengadu atau pemimpin atasan datang ke Cameron Highlands," dakwa Norfarulrafiq. Menurutnya, untuk pilihan raya akan datang Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merupakan calon terbaik di Cameron Highlands. Katanya, beliau yakin Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi kaum India akan mendapat undi yang lebih banyak dari Devamany. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Cameron Highland, M Veloo turut sama menolak Devamany sebagai calon parlimen kawasan tersebut. "Beliau tidak memberikan peruntukan wang untuk aktiviti pemuda," kata Veloo. Veloo turut mengalu-alukan kehadiran Palanivel bertanding di Cameron Highland. Turut baca: Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands |
| You are subscribed to email updates from felda sungai koyan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




