{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:22 PM PST

"Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi."

CAMERON HIGHLANDS: Selepas Pemuda Umno Cameron Highlands menolak Datuk SK Devamany mempertahankan kerusi parlimen itu, kini kumpulan belia Felda di kawasan tersebut menyuarakan hal sama.

Pengerusi Majlis Belia Sungai Koyan, Norfarulrafiq Razali berkata, "dalam keadaan apa sekali pun, kami menolak naib presiden MIC itu."

Pada 8 Julai tahun lalu, kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum ke 13.

Mereka juga mempamerkan sepanduk yang menyatakan mereka menolak Devamany di Cameron Highlands.

Waktu itu Ahmad merasmikan program di Felda Sungai Koyan 3 dekat sini.

Norfarulrafiq mendakwa ada 4, 000 pengundi muda di Felda dalam parlimen Cameron Highlands.

Beliau mendakwa, pemuda Felda mempunyai kuasa penting kerana kemenangan Devamany dalam pilihan raya umum 2008 kerana sokongan pengundi muda berkenaan.

Pemuda MIC juga tolak Devamany

"Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi. Kami mungkin tidak tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkang.

"Kami tidak menolak MIC tetapi tidak mahu Devamany. Dia tidak membawa sebarang pembangunan kepada penduduk setempat terutama di DUN Jelai," katanya.

DUN Jelai diwakili oleh Ketua Umno Cameron Highlands,  Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang juga exco kerajaan negeri Pahang.

"Kami tolak Devamany kerana beliau hanya pandai berjanji tidak mahu menunaikannya.

"Beliau juga jarang tunjuk muka kecuali rakyat mengadu atau pemimpin atasan datang ke Cameron Highlands," dakwa Norfarulrafiq.

Menurutnya, untuk pilihan raya akan datang Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merupakan calon terbaik di Cameron Highlands.

Katanya, beliau yakin Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi kaum India akan mendapat undi yang lebih banyak dari Devamany.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Cameron Highland, M Veloo turut sama menolak Devamany sebagai calon parlimen kawasan tersebut.

"Beliau tidak memberikan peruntukan wang untuk aktiviti pemuda," kata Veloo.

Veloo turut mengalu-alukan kehadiran Palanivel bertanding  di Cameron Highland.

Turut baca:

Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Cerita dari Lipis: Catatan Dari Seorang Guru

Posted: 05 Feb 2012 12:40 AM PST


Pada satu hari  aku ke pasar sehari di FELDA Sungai Koyan.  Felda Sungai Koyan adalah satu penempatan FELDA yang agak unik  kerana beberapa sebab. Pertama, setiap peneroka mendapat 14 ekar tanah ladang sawit, manakala Felda lain hanya menerima 10 ekar ladabg sawit sahaja. Mereka telah menerima geran hak milik tanah semenjak tahun 1994 lagi. Aku pernah hadir mewakili SMK (F) Sungai Koyan ke majlis penyampaian geran hak milik tanah itu.
Kedua, Felda Koyan 2 di teroka oleh bekas  tentera begitu juga Felda Koyan 3. Manakala Felda Koyan 1, penerokanya adalah orang dari kampung tradisional. Ketiga Felda Koyan 2 ada dua kawasan, Koyan 2 A dan Koyan 2 B. Antara kedua-dua kawasan ini diletakkan Felda Koyan 1. Keadaan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku harap ada dikalangan anak peneroka Felda Sungai  Koyan yang dapat menulis tentang perkara ini. Keempat, ditengah-tengah tanah Felda ini terdapat tanah geran hak milik yang bukan dipunyai oleh peneroka Felda sebaliknya merupakan bekas kampung tradisional tetapi kini sudah dijual kepada orang persendirian.
Kelima, Felda Sungai Koyan merupakan kawasan ladang sawit, tetapi tiada kilang sawit. Dulu sebelum kawasan ladang dibuat tanam semula, ada kilang sawit. Masa aku mengajar di SMK (F) Sungai Koyan, aku masih ingat setiap pagi kita dapat menghidu bau busuk dari kilang sawit yang tidak jauh dari kawasan sekolah. Keenam, pernah satu setika minyak masak tidak dijual dimana-mana peniaga di Felda Sungai Koyan.  Pelik bin Ajaib….. Tempat penghasil kelapa sawit tiada bekalan minyak masak yang ditapis dari minyak kelapa sawit.
Negara yang mengeluarkan minyak sawit terbesar di dunia, tidak cukup bekalan minyak masak bagi kegunaan penduduk negara ini, sedangkan minyak masak diproses dari minyak sawit. Inilah gambaran bahawa betapa teruknya pengurusan negara ketika ini.  Berbagai dalih bodoh diberikan oleh menteri yang bertanggung jawab. Akhir sekali mereka kata ini fenomena global. Harga barang naik ini berlaku seluruh dunia. Takkanlah barang yang dalam kawalan negara kita, hilang dari pasaran merupakan fenomena global juga… Ini yang sangat celaru!!! Mengapa??? 
Itu sebabnya pihak pemerintah tak pernah nak jawab kemana perginya duit mengalir keluar negara secara haram sebanyak RM888 billion… Ada mengalir keluar kerana proses rasuah, ada juga yang digurup secara haram dan berbagai lagi… Negara yang dikurnia segala kekayaan oleh Allah SWT tetapi rakyatnya menderita apabila bahan yang dihasilkan oleh negara sendiri tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat…. Fikirkanlah….
Ketujuh… Dalam tanah di kawasan Felda Sungai Koyan dikatakan terdapat emas..!!! Bukan sahaja di kawasan ladang tetapi juga di kawasan tapak perumahan… Ini cerita lama!! Dulu dah pernah heboh dalam akhbar. Kini kesah itu sudah sejuk. Kalau sekali sekala kita ke Sungai Koyan kita akan bertemu dengan pekerja dari Syarikat Lombong Emas Selinsing. Selinsing ini adalah satu kawasan lombong yang ditinggalkan oleh British dan kini dibuka semula…  Koyan tak jauh dari Selinsing.. Selingsing ada emas, Koyan pun ada emas juga.  Sekian kiriman ini dari blog wadah orang kampong : Celaru de Koyan 
Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat