{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Survival penari lelaki

Posted:

Survival penari lelaki

Oleh ADLAN JAAFAR

REKOD kecemerlangan Ramli dalam bidang tarian klasik India begitu menyerlah.


PENARI lelaki sering dilabelkan dengan pelbagai tanggapan yang kurang menyenangkan namun bagi Ramli Ibrahim, perkara tersebut bukan alasan untuk beliau berhenti dan mengikut sahaja arus pendapat yang dilontar masyarakat.

Perjalanan ikon seni kelahiran Kajang itu sememangnya sangat panjang. Pada usianya yang kini telah mencecah 60 tahun, Ramli telah mengabdikan diri selama 35 tahun pada seni tarian klasikal India.

Ramli mengakui, memang mencabar menjadi lelaki yang mempunyai minat dalam tarian terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tambahan pula, seni tari yang telah menjadi sebahagian daripada dirinya itu seringkali dilihat sebagai janggal. Ramli berdepan dengan sensitiviti melampau daripada pihak yang merasakan dirinya tidak sesuai memperjuangkan tarian odissi memandangkan dia seorang Muslim.

Begitupun, beliau berpendapat, setiap pergerakan tarian mempunyai metafora tersendiri yang membawa pelbagai maksud, sama seperti tarian tradisional lain seperti mak yong.

"Masalah penerimaan orang ramai merupakan konflik dalam masyarakat. Hanya melalui sifat keterbukaan membolehkan ia diterima," ungkapnya ketika ditemui di Sutra Dance Foundation, Kuala Lumpur.

Dapat pengiktirafan

Benih yang disemai pasti membuahkan hasil. Jerih payahnya mendalami erti seni dalam kilas tarinya akhirnya diktiraf di peringkat tinggi. Pada 9 Oktober lalu, beliau diberi penghargaan sebagai penerima Anugerah Sangeet Natak dalam bidang seni persembahan Odissi. Lebih manis, anugerah itu disampaikan sendiri oleh Presiden India, Pranab Kumar Mukherjee di New Delhi.

Merupakan individu pertama bukan warganegara India menerima anugerah tersebut, dia melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas penghargaan besar itu.

Mengimbas detik membanggakan itu, Ramli mengimbas semula suasana pada malam itu yang begitu meriah dan hebat. Waktu itu, burung-burung merpati berterbangan mengelilingi istana presiden, iaitu lokasi acara penganugerahan.

"Penganugerahan tersebut adalah sebuah pengesahan terhadap kerja-kerja seni saya di India," ujarnya yang gemar berkebun, melukis dan membaca.

Prospek dan dilema

Mengulas lanjut mengenai dilema yang dihadapi oleh penari lelaki, mereka kerap dilihat pelik dan bilangannya pula sangat kurang kecuali di Afrika.

Namun, persepsi sebegitu tidak berlaku di Indonesia dan India. Cuma di India, peluang untuk penari lelaki mengembangkan bakat dengan melakukan persembahan sangat sedikit.

Terdapat sebuah acara yang dikenali sebagai Festival Nartaka diadakan sejak enam tahun lalu bagi membincangkan dan menyediakan platform khas untuk penari lelaki di Chennai, India.

Atas inisiatif tersebut, Ramli melalui Sutra Dance bakal mengadakan Festival Nartaka di Malaysia yang bakal berlangsung dari 7 hingga 11 November depan di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sepanjang festival itu selama tiga hari itu, tarian klasikal India seperti bharatanatyam, odissi dan manipuri bakal dipersembahkan sama ada secara solo atau berkumpulan.

Bertemakan Joined In Dance, Festival Nartaka di Kuala Lumpur turut membawa tarian kontemporari inovatif dan interaktif selama dua hari oleh penari-penari dari Malaysia, India dan Australia. Biarpun ada penambahan program berbanding penganjuran di negara asal, ia masih memberi fokus kepada penari lelaki.

Selain persembahan, Festival Nartaka juga bakal membincangkan perihal lelaki dalam dunia tarian pada 6 November pukul 7 malam bertempat di Pusat Budaya India (ICC), CapSquare, Kuala Lumpur.

Perbincangan itu nanti akan dihadiri penggiat yang aktif memperjuangkan seni tarian seperti Dr. Chandrabhanu, Shanmugan Sundaram, Ajith Das, Shankar Kandasamy dan ramai lagi termasuk Ramli sendiri. Pameran lukisan dan fotografi bertajuk Purush juga diadakan.

Ramli menganggarkan beliau sudah mempunyai lebih kurang 200 orang pelajar yang mengikuti tunjuk ajarnya.

"Tetapi, murid yang terbaik ialah apabila guru mencari mereka," ungkapnya yang turut terlibat sebagai konsultan Muzium Pekan yang dibuka pada 21 Oktober lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat