{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit goh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit goh - Google Blog Search


Giliran generasi kedua <b>Felda Bukit Goh</b> terima durian runtuh <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 06:18 PM PST

KUANTAN 20 Nov. – Selepas peneroka dan isteri mereka menerima bayaran durian runtuh sebanyak RM5,000 sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mei lalu, kini tiba pula giliran generasi kedua Felda menikmati imbuhan tersebut.

Bertempat di Dewan Felda Bukit Goh di sini, seramai 669 generasi kedua Felda menerima cek durian runtuh yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Kegembiraan mereka menerima cek tersebut turut dikongsi bersama ibu bapa masing-masing yang turut hadir pada majlis itu.

Abdul Manan berkata, seramai 669 generasi kedua Felda yang mewakili adik-beradik lain menerima bayaran durian runtuh dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.35 juta.

"Pembayaran ini membuktikan kerajaan menunaikan janji untuk memberikan durian runtuh bukan sahaja kepada ketua keluarga peneroka Felda dan isteri malah anak-anak," katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.

Beliau turut mengingatkan generasi kedua Felda yang menerima imbuhan tersebut supaya dapat bertindak adil kepada adik-beradik yang lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat