{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lurah bilut - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lurah bilut - Google Blog Search


<b>Felda</b>: Dari <b>Lurah Bilut</b> Ke Persada Antarabangsa

Posted: 24 Jan 2012 07:54 PM PST

Ketika Lurah Bilut mula diteroka untuk dijadikan tanah rancangan Felda, tidak siapa menyangka bahawa syarikat yang ditubuhkan kerajaan itu bakal menjadi sebuah syarikat perladangan yang terbesar dan terkemuka di dunia.

Ketika langkah pertama para peneroka yang membanting tulang empat kerat di Lurah Bilut dahulu, tidak siapa menyangka bahawa segala hasil titik peluh dan darah mereka akan terus mewangi sehingga ke persada antarabangsa.

Dan ketika komuniti kecil warga Felda Lurah Bilut mula berjasa pada bumi bertuah ini, tidak siapa menyangka bahawa program kerajaan untuk rakyat tersebut mampu mengubah nasib kehidupan mereka sehingga mampu memiliki ladang di Indonesia.

Dengan lahirnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), nama Felda kini berada di negara termaju dunia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, negara-negara di Benua Eropah serta Asia Barat seperti Turki dan sebagainya.

Tidak pernah termimpi untuk para peneroka di Lurah Bilut tentang syarikat yang mereka usahakan itu akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat multi-nasional antarabangsa terkemuka dan berstatus multi-bilion seperti Bunge Limited, Procter & Gamble, Behn Meyer & Co, Taiko Clay Chemicals dan banyak lagi.

Bunge adalah sebuah firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Eropah yang berpengkalan di New York dan mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi serta pasaran yang luas di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, negara-negara Asia Pacific, Afrika, Timur Tengah dan kepulauan Caribbean.

Menurut sumber yang diperoleh, FGVH kini memiliki sebuah loji memerah dan menapis minyak canola dan soya di Becancour, Kanada.

Usahasama FGVH dengan Bunge diramal akan memantapkan lagi harga dan nilai pasaran saham syarikat perladangan negara itu yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mac atau April ini.

Procter & Gamble (P&G) pula merupakan sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang menjalinkan kerjasama berkaitan produk oleokimia, khususnya membabitkan mengenai penyelidikan bio-diesel yang kini berjalan lancar di Cincinnati, Amerika Syarikat.

Bayangkan sekiranya FGVH dan P&G menghasilkan produk bahan api diesel yang bakal menggantikan bahan bakar diesel sedia ada yang kian mahal harganya di pasaran, pastinya ia akan membuahkan hasil yang paling berbaloi.

Behn Meyer & Co. pula merupakan sebuah syarikat terkemuka di peringkat dunia yang menjalinkan kerjasama dengan FGVH berkaitan produk pertanian, khususnya baja pelbagai nutrien, di rantau Asia Tenggara dan Eropah.

Itu semua adalah beberapa nama-nama besar syarikat  yang memainkan peranan penting di dalam dunia perniagaan di peringkat antarabangsa yang dilihat mampu melonjakkan keuntungan FGVH pada masa ini.

Ada banyak lagi usahasama dengan syarikat-syarikat besar dan FGVH bijak memilih rakan kongsi strategiknya memandangkan aset perladangan terbesar negara itu dibantu oleh pakar-pakar runding perniagaan dari dalam dan luar negara.

Untuk menjamin penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia itu memberi kelebihan terhadap peneroka Felda yang terbabit syarikat itu telah melantik tiga bank asing dan dua bank tempatan untuk mengendalikan proses tersebut.

Bank-bank asing tersebut ialah Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank, manakala bagi bank tempatan pula Felda diwakili oleh Maybank Berhad dan CIMB.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya FGVH menegaskan bahawa syarikat itu mampu dan komited untuk menjanjikan pulangan yang baik serta sangat berbaloi kepada Felda pada setiap tahun.

Mengukuhkan lagi jaminan bagi kepentingan Felda dan para peneroka, Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjamin bahawa mereka akan tetap terus mendapat apa saja kemudahan serta kelebihan yang mereka terima sebelum ini.

Dengan segala sokongan dari pihak pengurusan tertinggi Felda, FGVH, para peneroka dan kerajaan, segala 'durian runtuh' yang membabitkan penyenaraian di Bursa Malaysia itu bakal dinikmati bersama dalam ertikata "win-win situation".

Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob juga turut menyatakan komitmen mereka untuk turun padang bagi memperjelaskan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negeri itu mengenai penyenaraian FGVH tersebut.

"Dua siri penerangan melibatkan peneroka di beberapa buah tanah rancangan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan apabila mereka mula menyedari rasional penyenaraian FGVH.

"Selepas mendapatkan penerangan sebenar, mereka tidak lagi terkeliru dengan dakwaan pembangkang yang mendakwa kononnya aset serta tanah peneroka akan hilang jika syarikat Felda itu disenaraikan kerana tanah terbabit dijadikan cagaran," kata Menteri Besar Pahang itu baru-baru ini.

Lihatlah, meskipun dianggap 'orang luar' yang tiada kepentingan di dalam Felda pun sudah sanggup menerangkan tentang 'durian runtuh' yang bakal diperoleh para peneroka, sudah tentulah penyenaraian itu bakal memberikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang terbaik buat semua warga Felda.

Khabarnya, warga pelabur pula tidak sabar menantikan penyeneraian Felda itu kerana ia adalah yang terbesar dan terbaik untuk tahun ini.

Sewajarnya selepas mendapat penjelasan yang membetulkan persepsi buruk yang ditohmah segelintir pihak, warga peneroka akan 'lekas celik' dan positif, serta memberikan sokongan padu kepada agenda yang bakal membuahkan hasil yang lumayan itu.

Hakikatnya, itulah Felda kini dan masa depannya yang lebih gemilang.

Bermula dari Lurah Bilut, kini Felda mengembangkan sayapnya di merata pelosok dunia dan megah bangga membawa nama Malaysia sebagai syarikat perladang yang bukan calang-calang reputasinya.

Bagaimanapun, segala 'kemanisan' yang dilihat mampu melonjakkan nama Felda di persada dunia itu tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya tidak wujud kerjasama dari semua pihak, khususnya dedikasi dan sokongan padu dari kakitangan Felda sendiri.

Justeru, adalah wajar bagi semua pihak yang terbabit menjayakan transformasi Felda ini untuk sikap yang lebih positif dan berazam memberikan sokongan tidak berbelah bagi mendatangkan keuntungan kepada seluruh warga syarikat perladangan terbesar bertaraf dunia itu.

Sayanglah jika peluang keemasan ini dipersiakan hanya kerana segelintir minoriti yang cemburu dengan kejayaan Felda itu! –Mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: <b>felda lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Aug 2011 12:00 AM PDT

AKAN GUA PERTAHANKAN PUTRAJAYA..

SEHINGGA KETITISAN RAMBUT YG TERAKHIR..

WALAU DGN APA CARA SEKALIPUN

KAH KAH KAH


FATWA TERBARU.

Perdana Menteri Monggolia, Datuk Seri Mat Mongol kata, Umno APCO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini. kah kah kah

Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?

kerajaan Barisan Nasional (Babi Negara) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan,

Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar.

Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat,

umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha - MAT MONGOL 

Asas Yang Sekular Tidak Mungkin Ianya Islam

Jika sebelum daripada ini Mat Mongol mengeluarkan fatwa bahawa 1Malaysia menepati ajaran Islam maka kali ini Mat Mongol sekali lagi mengeluarkan fatwa baru dalam usaha untuk membenarkan perjuangan UMNO APCO yang semakin hari nampaknya terus dipertikaikan kerelevanannya oleh umat Islam di Malaysia.

Mat Mongol nampaknya terpaksa menggunakan 'talian hayat' Islam sekali lagi untuk mengatakan bahawa UMNO APCO itu adalah parti Islam yang sebenar. Malang sekali, apakah hanya kerana adanya sedikit pembelaan dan rancangan pembangunan umat Islam dan negara maka Mat Mongol telah tanpa rasa malu dan bersalah mendakwa UMNO APCO adalah sebuah parti Islam yang sebenar?

Apakah Islam atau tidaknya sesebuah parti itu hanya dilihat dan diukur dari perancangan dan aktivitinya semata? Hakikatnya, bagi menentukan samada sesebuah parti itu adalah parti Islam sebenar atau tidak, kita perlu melihat dasar dan asas perjuangannya.

Apakah dasar perjuangan UMNO APCO? Bukankah dasarnya adalah ashobiyyah yang jelas bertentangan dengan Islam? Bukankah asas perjuangan UMNO APCO itu adalah sekularisme iaitu perjuangan yang memisahkan Islam dengan kehidupan bermasyarakat dan bernegara? Buktinya sehingga saat ini UMNO APCO yang sudah berkuasa dan memerintah selama lebih 52 tahun masih tetap menggunakan perlembagaan kufur ciptaan Lord Reid.

Sebenarnya, inilah dua indikator yang sepatutnya kita gunakan untuk menentukan apakah UMNO APCO itu parti Islam ataupun sebaliknya.

Mat Mongol, Renunglah firman Allah SWT di bawah:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". [TMQ A-li-'Imraan (3) :104].

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya". [TMQ Al-Mujaadalah (58) : 22].

KAH KAH KAH

aik? ini satu lagi bencana bakal berkumandang..

boleh menyebabkan parti pas melingkup telangkup.

dgn fatwa baru dari mat mongol..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

Jika UMNO APCO ingin dinilai....

 sebagai sebuah parti Islam....

 maka sudah selayaknya Mat Mongol yang merupakan orang yang paling berkuasa....

saat ini memastikan keberadaan UMNO APCO itu menepati ciri ciri...

bukan cirit cirit.. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

sebagaimana yang diperjelaskan oleh ayat-ayat di atas....

Adakah Mat Mongol bersedia berubah dan seterusnya mengubah dasar....

dan asas perjuangan UMNO APCO yang ada hari ini....

 Ataupun apakah Mat Mongol hanya sekadar auta dalam kesempatan bulan Ramadhan kali ini..

KAH KAH KAH

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat