felda perasu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda perasu - Google Blog Search |
<b>Felda</b> guna polis bantuan halang Anak ke <b>Perasu</b> Posted: 18 Jan 2012 12:37 AM PST
GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit. Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut. Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu. "Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan. "Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini," kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam. Rupa-rupanya tambahan anggota polis bantuan Felda didatangkan khas ke Felda Perasu bagi menghalang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengadakan pertemuan dengan peneroka di kawasan itu. Dua laluan utama ke Felda Perasu dikawal ketat oleh anggota polis bantuan Felda. Setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu disekat dan menanyakan apa tujuan kedatangan mereka. Lebih aneh lagi program Anak bersama peneroka Perasu sudah mendapat kelulusan polis melalui permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah. Bagaimanapun hasil rundingan Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah Kesedar (Waris), Hamdan Jusoh dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin serta peneroka hanya beberapa kenderaan termasuk dinaiki Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dibenarkan masuk. Sekatan tersebut menyebabkan perjumpaan dengan peneroka dan jamuan laksa yang sepatutnya diadakan jam 3 petang terlewat. "Saya tidak pasti apa sebenarnya laporan dihantar pihak pengurusan Felda Perasu kepada pihak atasan sehingga dikerah begitu ramai anggota polis bantuan ke sini. "Tidak pernah berlaku lagi kawalan yang begitu ketat dibuat, seolah-olah akan berlaku rusuhan di sini," kata seorang peneroka yang enggan mendedahkan identitinya. Mazlan berkata, beliau bersama rombongan Anak dan Waris datang sekadar untuk bertemu mata dengan peneroka bagi menyelami masalah dihadapi mereka. Lagi pun kata beliau, perjumpaan itu mendapat kebenaran pihak polis melalui permit yang dikeluarkan, namun Felda pula cuba menghalangnya. "Saya datang ke sini dijemput peneroka tempatan bagi berbincang dengan mereka. Ia tidak lebih daripada itu," ujarnya. Beliau juga mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan pasukan khas (task force) yang diseliakan anggota Exco berkaitan Felda dan Kesedar. Menurutnya pasukan khas seperti itu sudah diwujudkan di Selangor dipengerusikan seorang anggota Exco berperanan menangani masalah yang dihadapi peneroka Felda. Kedatangan Mazlan dan rombongan Anak juga dikecam melalui beberapa sepanduk yang digantung di kawasan Felda terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu. Full content generated by Get Full RSS. |
Murai Anak Emas: Generasi Ke 2 <b>Felda Perasu</b> Gua Musang <b>...</b> Posted: 17 Jan 2012 08:46 AM PST lebih kurang 300 org peneroka dan generasi kedua felda bangkit bersuara menentang pengurusan felda kerana gagal dalam isu tanam semula di perasu, saudara Mazlan Aliman selaku pengerusi anak juga turut hadir bersama. "kenyataan dari wakil generasi kedua Wan Nor Azilah di FB nya". Ini merupakan satu permulaan yg baik bagi generasi kedua gugusan felda di Parlimen Gua Musang. Felda dan KERAjaan tidak bolih lagi cuba perbodoh2 kan mereka sebagaimana pengurusan felda sebelum ini menipu generasi pertama, generasi masa kini sudah celik. Susulan dari itu di katakan juga warga peneroka KESEDAR di Kelantan selatan turut membuat bantahan kepada pengurusan Kesedar. Kedua2 Agensi ini yg di dalangi UMNO banyak melakukan cekik darah atas kelemahan peneroka2, contoh nya pegawai2 KESEDAR sendiri, driver pun berlagak pegawai tinggi, yg lain2 tanya lah peneroka2 sendiri. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from felda perasu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |