Felda raja alias - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda raja alias - Google Blog Search |
Bangkit: Hendak tunggu apa lagi? | Free Malaysia Today Posted: 27 Dec 2011 07:27 PM PST Kelewatan Felda menjalankan proses penebangan pokok getahamat merunsingkan peneroka kerana pendapatan mereka terjejas. JEMPOL: Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) hari ini bertanya kepada pengurusan Felda apakah yang Felda masih menunggu lagi berhubung kerja-kerja mengeluarkan tender dan menebang pokok getah bagi kawasan Felda Raja Alias 3 masih tidak dilakukan lagi. Setiausaha Bangkit, Yaakob Mahmood berkata kelewatan Felda menjalankan proses penebangan pokok getah amat merunsingkan peneroka kerana pendapatan mereka terjejas memandangkan pelan garisan memotong amat tinggi dan kerja penorehan tidak boleh dilakukan dengan sempurna lagi. "Sejak tahun lepas tender untuk menebang pokok getah telah dikeluarkan. Namun pihak pengurusan masih tidak memberikan jawapan bilakah tarikh sebenar penebangan pokok getah akan dilaksanakan", kata Yaakob. Yaakob berkata setakat ini lebih 60 peneroka Felda Raja Alias bersedia untuk melakukan proses penebangan pokok getah dan menjual kayu getah secara persendirian dalam masa terdekat jika Felda gagal memberikan sebarang respon. Pengerusi Bangkit, Abdul Rahman Ramli pula berkata isu terbaru ini yang membabitkan peneroka Felda menunjukkan bagaimana agensi kerajaan seperti Felda sekali lagi gagal menjaga kepentingan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. "Apa masalahnya dengan Felda yang mengambil masa dua tahun tetapi kerja penebangan pokok getah masih belum dilakukan. Hendak tunggu apa lagi? tanya Abdul Rahman. Sementara itu Ketua Blok J Felda tersebut Mansor Maarof berkata beliau dan penerola lain menunggu hampir dua tahun untuk proses penebangan pokok getah. "Namun sehingga hari ini tiada sebarang tanda-tanda kerja penebangan pokok getah dilakukan. Sampai bila harus menunggu? "Kita memang sokong kerajaan tetapi kalau masalah ini berlarutan, tidak tahu lah apakah reaksi peneroka selepas ini. Kita tidak mahu janji tinggal janji sahaja", kata Mansor. |
PJK <b>Felda Raja Alias</b> 1 | Kembara Pusat Jalur Lebar Komuniti Posted: 23 Sep 2011 09:16 PM PDT FELDA Raja Alias 1 terletak dalam Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus dan telah dimajukan pada tahun 1977 (Getah) serta 1980 (Sawit). Keluasan pembangunan keliling ialah 1,259.65 hektar. Felda Raja Alias 1 berada di dalam kawasan Mukim Serting Hilir. Dari Destinasi lain ke Felda Raja Alias 1 boleh melalui jalan raya dan jalan keretapi. Felda sekitar Felda Raja Alias 1 ialah Felda Raja Alias 2, Felda Raja Alias 3 dan Felda Raja Alias 4. Pada tahun 1983, penduduk Felda Raja Alias 1 adalah seramai 2,500 orang adalah 100% berbangsa Melayu dan beragama Islam. Baca lagi.. Tarikh : 25 September 2011 Masa : 8.30 hingga 5 petang Jumlah Pengunjung : 336 orang Jumlah Ahli Baru : 42 orang Jumlah Ahli Semasa : 330 orang
Pengurus : Pn. Halessa Binti Shahrom Penolong : Cik Norita Binti Nasron Tarikh Beroperasi : Mei 2009
|
You are subscribed to email updates from Felda raja alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |