{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


Buruh Ladang Maut Ditikam Di <b>Felda Sahabat</b> 2, <b>Lahad datu</b>

Posted: 17 Jan 2012 06:11 AM PST

LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan maut selepas ditikam menggunakan benda tajam ketika sedang minum bersama dua rakannya di sebuah kedai minum dekat sini Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata mangsa dikenali sebagai Rodi Usop, 31, ditikam di bahagian dada kanannya oleh sekumpulan lima lelaki dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam.
Menurut Shamsudin sebelum kejadian mangsa yang sedang minum bersama rakannya itu didatangi sekumpulan lima lelaki tidak dikenali lalu duduk bersebelahan meja mangsa.
Kumpulan lelaki berkenaan kemudian menyerang mangsa menyebabkan mangsa rebah.
"Selepas kejadian itu kesemua penyerangnya telah melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Shamsudin berkata polis sedang memburu suspek namun setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu agar menghubungi balai polis Lahad Datu atau pegawai penyiasat Cif Inspektor Ladamah Haji Sulaiman di talian 019-5511999./Bernama
Full content generated by Get Full RSS.

Trip to Pantai Timur : <b>Felda Sahabat</b>, Tungku, <b>Lahad Datu</b>

Posted: 30 Dec 2011 05:00 AM PST

17 Dis 2011 (Sabtu)

Day 3

Planningnya, hari ini kami akan ke Felda Sahabat yang terletak di Tungku, Lahad Datu. Mak Usu aku tinggal di situ. Anis bilang, tempat ni cantik sangat. Dia ada bawa banyak gambar waktu balik beraya ke sini hari tu. Since that day, aku memang teringin sangat ke tempat ni. Aku tak ingat tahun berapa, tapi kali terakhir aku ke sini ialah waktu tempat ni baru dibuka dulu. Tapi, sebelum ke rumah Mak Usu, kami singgah dulu ke rumah cousin aku, Kak Atie di Segangan II.

Dan ternyata, memang benar tempat ni sangat cantik dan menyejukkan hati. Tak sia-sia melalui perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini. Meskipun jenuh biji mata aku menengok pokok kepala sawit sepanjang perjalanan, tapi, bila sampai di sini, segalanya berubah.

Oya, sebelum aku bawa korang untuk menjenguk Felda Resort dan pantainya yang high class tu, suka aku nak bagitau yang Mak Usu aku ada buat homestay di sini. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk melawat ke sini, bolehlah berkunjung ke rumah inap Mak Usu aku ok. Bayarannya cuma RM60 satu malam.
Aku pasti akan rindu dengan tempat ni dan Mak Usu sekeluarga. To my deareat cousins Rina, Ida dan Uchu...the moment we shared was the great laughter ever...


Pix yang seterusnya ni pula adalah himpunan koleksi sepanjang di pantai Felda dan Sahabat Resort. Kepada yang belum pernah ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati the real cool beach ever...! Aku pasti si Melati suka di sini. 




Wajah-wajah comel & cerita atas pasir










Full content generated by
Get Full RSS.

One Response so far.

  1. Unknown says:

    nak tnya, homestay tu kat felda mana eh?? ada contact number tak untuk homestay tu??

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat