{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda selancar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda selancar - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Jalan <b>Felda</b> Redong-<b>Selancar</b> tingkat ekonomi <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 03:07 PM PST

You are here: Home / Wilayah / Jalan Felda Redong-Selancar tingkat ekonomi penduduk

SEGAMAT 14 Jan. – Selain Lebuh Raya Segamat-Kuantan, pembinaan jalan baru yang menghubungkan Felda Redong di sini dengan Selancar, Pahang bukan sahaja menjadi satu lagi pintu masuk antara kedua-dua negeri, malah mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat, Ir. Azizan Dahari berkata, projek pembinaan jalan sepanjang 19 kilometer yang melalui Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil dan menelan kos RM24 juta kini giat dilaksanakan.

"Projek ini hampir 50 peratus siap dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya menjelang November tahun ini. Apabila siap, laluan ini akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar yang menuju ke Kuantan dari segi penjimatan masa dan jarak perjalanan.

"Berbanding laluan Segamat-Kuantan sedia ada, pengguna dari Ayer Hitam, Yong Peng dan Labis yang berhasrat ke Kuantan boleh menjimatkan masa sehingga 30 minit kerana tidak perlu melalui kira-kira 20 lampu isyarat di Bandar Segamat serta penjimatan jarak dianggar sejauh 20 kilometer," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, jalan baru itu turut akan memudahkan penghantaran buah kelapa sawit dari Felda Redong ke Kilang Sawit Selancar dengan lebih cepat dan mudah berbanding sebelumnya melalui jalan tanah merah yang lebih jauh.

Beliau berkata, Segamat yang mempunyai banyak tempat menarik dijangka menerima pertambahan jumlah pengunjung dari Pahang dan Pantai Timur apabila projek berkenaan siap kelak, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Mengenai pembinaan projek lebuh raya empat lorong Segamat-Tangkak-Muar sepanjang 63 kilometer termasuk kerja menaik taraf lima daripada 14 buah jambatan dengan kos RM750 juta, Azizan memberitahu, hingga kini kira-kira 10 peratus telah dilaksanakan dan fasa pertama sejauh 8.5 kilometer yang menelan kos RM150 juta sedang giat dilaksanakan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: <b>felda selancar</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kerjasama dari Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, PKR Negeri Pahang, PKR Negeri Sembilan dan PKR Johor telah menjayakan lawatan Biro ini ke Keratong 5, Keratong 10, Selancar 1, Palong 5 dan Palong 9.

Jawatankuasa yang menyertai rombongan lawatan ini dari Negeri Johor adalah Sdr Zabidie Abas, Pn. Natrah Ismail, dan Pn Siti Halijah Mohamad.

Dari Negeri Pahang diturunkan Sdr Rosli Ahmad, Sdr Rosni Arshad, Sdr Rabidin Kasmawi, dan Sdr Rosni.

Dari Negeri Sembilan adalah Sdr T.Kumar dan Sdr Rebin Birham.

Sdr Zabidie Abas adalah juga Setiausaha PKR negeri Johor, Pn Natrah Ismail adalah Ketua Wanita PKR Negeri Johor, dan Pn Siti Halijah adalah Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Sdr Rosli Ahmad adalah Ketua Penerangan Biro Masyarakat Felda Negeri Pahang merangkap Ketua PKR Cabang Jerantut, Sdr Rabidin adalah Ketua Cabang PKR Rompin, Sdr Rosni Arshad adalah Naib ketua Biro Masyarakat Felda PKR Pahang, Sdr Hamsi adalah AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pahang.

Sdr T. Kumar adalah Peguam dan Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat sementara Sdr Rebin Birham adalah Setiausaha Biro Masyarakat Felda PKR Pusat.

Jam 3.00 petang semua tenaga ini mengadakan dialog dengan peneroka-peneroka Keratong 5 dan jam lebih kurang 4.30 petang kami berpecah. Saya bersama-sama Sdr Zabidie, Pn Natrah, Pn Siti dan Sdr Rosli Ahmad berlepas ke Keratong 10 untuk mengadakan dialog disana; manakala Sdr Rebin dan Sdr T. Kumar berlepas ke Palong 9 dan Palong 5 di Negeri Sembilan, dimana sebuah Ranting PKR di Palong 5 telah dirasmikan.

Setelah selesai di Keratong 10, saya beredar ke Keratong 5 untuk Majlis Ceramah dan Sdr Rebin dan Kumar berlepas dari Palong untuk turut berceramah di Keratong 5, manakala Sdr Wak Rabidin, Sdr Rosni dan Sdr Hamsi menemani Sdr Zabidie, Pn Natrah, Pn Siti dan Rosli ke Selancar 1 untuk berceramah disana.

Lawatan ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang sedang disusun untuk rancangan-rancangan Felda di Jerantut, Bentong, Cameron Highlands, Pekan, Paya Besar, Bera dan Temerloh setelah selesai lawatan Biro ini ke Negeri Perak dan Negeri Selangor.

Juga sedang disusun adalah lawatan kali kedua rancangan-rancangan Felda di Negeri Johor.

Semasa berada di DUN Muadzam di Pahang, Biro ini telah mengedarkan lebih dari 600 borang permohonan menjadi peneroka baru dari anak-anak peneroka Felda didalam pelaksanaan Perkara 8 didalam Buku Jingga untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat