{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda taib andak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda taib andak - Google Blog Search


Walimatul Urus di <b>Felda Taib Andak</b>, Kulai,Johor - Kumpulan <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 05:20 AM PST

1 Januari 2012

12.00 Tengahari

Tugas kali ini,kami mendapat jemputan dari wakil tuan rumah untuk bergendang bagi menjayakan satu lagi majlis perkahwinan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Kami tiba ke destinasi pada jam 12.00 tengah hari setelah menempuh 2 jam perjalanan. Sempatlah kami bersantai dahulu menikmati juadah yang disediakan sebelum memulakan acara.

Acara kami bermula pada jam 2.00 petang dengan mengalunkan irama istiadat serta mengiringi acara persilatan dari Seni Silat Sendeng Malaysia dan memainkan irama-irama gendang silat aliran utara secara berselang seli dengan karaoke. Pada jam 4.45 petang, tugas kami sampai ke penghujungnya.

semasa membuat persembahan

Pelapis-pelapis KGLM juga membuat persembahan

Ketika sedang beristirehat

Jam 5.30 petang kami beransur pulang ke Muar. Warga KGLM mengucapkan jutaan terima kasih pada tuan rumah iaitu Haji Mohd bin Aman kerana sudi menjemput kami bergendang di sana.
Full content generated by Get Full RSS.

Komunitikini – Penduduk bimbang hakisan tanah di <b>Felda Taib Andak</b>

Posted: 15 Jun 2011 11:08 PM PDT

Beberapa penduduk di tanah rancangan A Felda Taib Andak Kulai bimbang dengan hakisan tanah berlaku di persekitaran rumah mereka sejak beberapa tahun lalu dilihat semakin serius.

Salah seorang penduduk, Taksiah Ahmad, 76, berkata masalah berkenaan telah berlarutan lebih lima tahun lalu dan kini masalah berkenaan telah menyebabkan gaung yang besar dan dalam di belakang rumahnya.

"Sebelum ini ada paya kecil di kawasan ini tetapi masalah hakisan yang berlaku menyebabkan paya berkenaan menjadi gaung yang semakin lama semakin besar.

"Hakisan menjadi semakin teruk terutamanya apabila tiba musim hujan kerana kedudukan gaung ini yang agak landai menyebabkan air mengalir terus ke kawasan ini," katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kebimbangan kepada penduduk setempat yang khuatir masalah hakisan yang berlaku akan menjejaskan kediaman masing-masing yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

"Terdapat sekurang-kurangnya lima buah kediaman yang terletak berhampiran kawasan gaung ini dan kami bimbang keadaan ini boleh menyebabkan hakisan di kawasan kediaman pada bila-bila masa.

"Malah kami juga bimbang mengenai keselamatan anak-anak yang masih kecil yang mungkin terjatuh ke dalam gaung tanpa disedari," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan serius berhubung masalah yang dihadapi agar tidak memudaratkan keselamatan dan keselesaan penduduk.

"Masalah ini pernah disuarakan beberapa kali oleh penduduk dalam beberapa mesyuarat namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami amat berharap perkara ini mendapat tindakan sewajarnya dari pihak berwajib agar masalah hakisan yang berlaku dapat dikawal dan tidak memudaratkan penduduk," katanya.

Rujuk pada kerajaan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Felda Taib Andak, Mohd Hanafiah Hussain berkata, masalah berkenaan telah dirujuk kepada pihak kerajaan dan kerja-kerja membaikpulih bakal dilaksanakan.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan ia telah dirujuk kepada pihak kerajaan manakala kerja-kerja baikpulih akan dijalankan bersama beberapa lagi projek kampung (Felda Taib Andak) yang lain," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat