{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda taib andak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda taib andak - Google Blog Search


gua dan hidup...: BeritARekA: Bajet 2012...

Posted: 07 Oct 2011 08:38 PM PDT

Bajet 2012: Bajet Mesra Rakyat
Kuala Lumpur (8 Oktober 2011) - Bajet bagi tahun 2012 yang telah dibentangkan oleh Menteri Perdana semalam mendapat reaksi yang cukup positif daripada orang ramai. Bajet tersebut disifatkan sebagai bajet mesra rakyat dan mengambilkira keperluan rakyat terbanyak. Perkara ini memang telah diduga lebih awal oleh para pakar ekonomi memandangkan bajet2 tahunan yang dibentangkan pada tahun2 sebelum ini sentiasa mesra rakyat. Berikut adalah antara komen yang diterima daripada orang ramai oleh balai BeritARekA melalui sms dan facebook sehingga jam 12.00 malam tadi:

"Saya rasa bersyukur dengan peningkatan tangga gaji yang diumumkan. Dengan itu maka gaji akan bertambah. Jadi mulai tahun depan, mungkin saya boleh beli kereta honda yang dah lama saya idam2kan..."

Rasyid Hanafi- Kakitangan Awam, Putrajaya.

"Kenaikan paras gaji kakitangan awam akan meningkatkan ekonomi bagi kami para guru. Mungkin selepas ini bilik guru tidak perlu lagi menjadi pusat sehenti yang mana terdapat pelbagai barangan seperti kain, kuih dan tupperware dijual di sana..."

Maznah Hassan- Guru, Merlimau, Melaka.

"Sebagai ibubapa, saya bersyukur dengan pemansuhan yuran sekolah. Dengan pemansuhan ini saya berharap anak saya akan semakin rajin ke sekolah dan tidak hanya menghabiskan masa melepak di tepi semak dan kebun getah..."
Zainal Bujal- Bapa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Kita melihat ini sebagai satu suntikan yang baik untuk meningkatkan pelaburan dalam negara. Peruntukan RM978 juta untuk pembangunan negara tentu sahaja membuka mata orang ramai untuk menjadi kontrektor kelas f. Dengan cara ini akan makin ramai orang melayu mendapat manfaat dari bajet kali ini..."

Dr. King Boo Dek- Prof. Emeritikus, Kuala Lumpur.

"Makcik tak tahu sangat nak komen, tapi makcik bajet tahun ni Mawi dah susah nak menang apa2 anugerah..."

Jamilah Hanif- Peneroka, Felda Taib Andak, Johor.
Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat