{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Alasan halang pelajar berpolitik

Posted: 01 Nov 2011 03:19 PM PDT

SERDANG: Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar berpolitik bertujuan memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual pelajar dipenuhi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penjelasannya semalam, berkata ia juga bagi mengelakkan mereka terikat secara langsung dengan parti politik, manakala Perlembagaan memang membenarkan sekatan tertentu untuk kepentingan pendidikan.

Beliau berkata, jika dibenarkan menjadi ahli atau memegang jawatan politik, pelajar akan terikat dengan ideologi dan peraturan parti yang perlu dipatuhi, sekali gus menjejaskan matlamat pendidikan untuk membina minda dan keupayaan berfikir pelajar.

"Dari sudut pendidikan, Perlembagaan membenarkan supaya ada sekatan dan perkara ini perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat institusi pengajian tinggi dan matlamat utama pendidikan untuk membina pemikiran pelajar.

"Ada orang kata jika menyertai parti politik akan menerbitkan keintelektualan di kalangan pelajar, tetapi kita lihat ramai pelajar tidak menyertai parti politik pun untuk mencapai tahap itu (intelek)," katanya selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, bercanggah dengan Perlembagaan.
Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu sebelum membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, seksyen itu membenarkan pelajar menjemput wakil parti politik menyertai program di kampus bagi membolehkan mereka mendengar pandangan parti politik berhubung sesuatu perkara.

Beliau juga berkata, orang ramai perlu memahami mengapa AUKU tidak membenarkan pelajar menjadi ahli kepada parti politik.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Najib

Nak kata pelajar IPT aktif politik jadi "bodoh & dungu" memang takde. sebab dapat tempat ke IPT mmg org yg cerdik pandai. Tapi kalau kate pelajar masuk politik, lepas tu tak menumpukan proses pembelajaran, selepas itu gagal peperiksaan dan pengajian, memang ada dan ia berlaku.

Kamal Faizal Yusof

Keputusan mahkamah rayuan agak memeranjatkan. Perlembagaan adalah undang-undang paling tinggi di Malaysia. Tetapi ianya tidak menjadi penghalang kepada akta lain atau peraturan lain yang mengehadkan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan. Sbgai contoh ada syarikat yang tidak membenarkan kakitangannya terlibat dengan politik juga. Kalau ingin berpolitik juga, sepatutnya berhenti dari syarikat terbabit. Sama juga seperti penuntut universiti, sepatutnya mereka berhenti dan beri peluang kepada orang lain yang lebih berminat untuk menumpukan kepada pelajaran.

Nazlen Jabar

Focus on study. Bila dah berjaya dalam pelajaran, barulah boleh berpolitik dengan lebih matang. Jangan sibuk berpolitik sampai kuliah pun tak pergi. Cukuplah dengan politik mahasiswa, itu pun dah banyak tugasan yang perlu dilakukan. Ini nak sibuk-sibuk pula dengan kerja-kerja luar ...

Grimjow19

trend skrg, banyak students suka jadi "pak turut", cakap pasal politik = cool. tapi kalo tgk betul2, haram xtau apa pun pasal politik. tau nak bangkang jer, idea untuk solutions xde. trend yg terikut2 dari dkuliah, sampai lah mempengaruhi decision makings kehiupan sebenar kat luar. sy pun student IPTA jgk, ambik tau jgk pasal dunia politik. tapi yg pentng, nak tunjuk anda tu tau giler and terer sangat pasal politik, please la tunjukkan kat saluran yg betul, dan secara berilmiah. Name pun universiti, tempat belajar, nak tunjuk korg hebat sangat berpolitik, quit je study g la involve ngan dunia politik. jangan cakap je habuk xdak. FYI, banyak jgk org2 veteran politik yg xde high level of education tau.

syaiful haris

Saya sebagai seorg Pelajar di IPTA sangat tidak bersetuju para siswa/siswi terlibat di dalam aktiviti politik kerana ia boleh menjejaskan keharmonian sesebuah Universiti.

mhr

Kalo dilihat rmai pelajar IPTA/S yg br msuk tahun 1 dh merasa mereka dh bijak & idea2 yg ada pd pmikirannya semua btul sdngkan pd realitinya mereka perlu graduate baru btul2 bijak dan perlu cari pnglmn dlm isu2 semasa br btul2 matang pemikirannya dlm hal2 politik.

matt

pelajar mmg di ajar berpolitik dari Universiti lg. kalau tak, macam mana nk pilih MPP? sesiapa yg tak pernah masuk universiti jer tak tahu pelajar mmg diajar untuk berpolitik dari awal2 lagi.

hafiz

politik adalah penting dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membuat sesuatu keputusan penting. Sekatan2 AUKU perlu dikurangkan/dimansuhkan. ini juga dapat melatih pelajar untuk menyuarakan idea2 bernas kepada parti2 politik. tak rasional langsung alasan politik boleh mengganggu pelajaran pelajar.

hafiz

cuba kita berpikir sejenak,kenapa mahathir dan anwar semasa di alam uni,mereka menentang akta ini? dan kenapa ketika,anwar ketika dalam ABIM,dia tokoh utama tak suka pada akta ni,tapi ketika dia jadi menteri pelajaran,dia tak hapuskan akta ni. so,pikir2 kan lah.mungkin ada baiknya akta ni, namun pelajar sepatutnya di beri peluang untuk berpolitik,walaupun terbatas,sebabkan dari berpolitik dari alam Uni lah,kita dapat menlahirkan takoh-tokoh yang amat berjaya :)

M Ridzman

Orang yg sudah jadi ahli politik dah memang ade kerja dan berjawatan beso...yg kat sekolah tu tak payah la sebok berpolitik..belajo rajin2 suda la...nnt dah dpt result cemerlang nak politik ke ape ke xde siapa nak larang kalo betul jalannya..yg penting belajo dulu lah!

zenab bti maiden

tujuan pelajar memasuki universiti utk memperolihi ilmu yg bermenafaat, utk berjaya dan mencapai kejayaan yg cermerlang, kerana kalau asyik berpolitik semasa belajar bila masa utk mengulang kaji pelajaran, tambahan pulak kebanyakan pelajar sekarang belajar menggunakan ptptn,kalau ditakdirkan gagal macam mana? kena mengulangi pelajaran semula kan rugi, kalau ibu bapa kaya tak apa bolih belajar di ipts, kalau dari golongan miskin kan menyusahkan ibu bapa.kesian ibu bapa mengharapkan kejayaan cemerlang anak anak fikir fikirkan lah.

ahmad suki hashim

berpolitik dikalangan pelajar adalah langkah yang baik mematangkan pelajar dalam politik yang sebenar

keyol

ada tak pelajar yang terlibat dengan politik menjadi dungu dan bodoh? Alasan tak masuk akal!

Azman Syah is playing poker!

inilah negara saya malaysia tercinta

ramly chewan

baru mula sem ja..melenting melompat nak berpolitik,hari konvokesyen purata melayu hanya dapat sekadar cukop makan ja untuk melengkapkan degre..siapakah mereka ini ....Melayu,ramaikah kaum lain yang libatkan diri dalam hal ini..jawabnya tidak.sepatutnya dapatkan ijazah yang tinggi nilainye.kemudian berpolitik lah sehingga ke sempadan kubur

Full content generated by Get Full RSS.

One Response so far.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat