{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Syarat bank ketat

Posted: 18 Nov 2011 03:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia semalam, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.

Bagi memastikan seseorang pemohon pinjaman benar-benar memahami implikasi tanggungan pembiayaan yang bakal diambil, seterusnya membantu mereka membuat keputusan yang betul, garis panduan itu turut menetapkan supaya institusi kewangan memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon.

Ia termasuk jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil.
Garis panduan itu akan digunakan institusi kewangan bagi semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pembiayaan rumah, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pembiayaan peribadi termasuk overdraf serta pembiayaan untuk membeli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia.

Bagi pembiayaan kereta, selain penilaian kemampuan bayaran balik pemohon yang lebih ketat, garis panduan itu turut mengehadkan tempoh pembayaran balik maksimum sembilan tahun.

Syarat yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerana Bank Negara berpendapat, tempoh pembiayaan maksimum itu adalah sesuai dengan jangka hayat purata sesebuah kenderaan.

Ketika ini ada institusi kewangan yang menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata, garis panduan baru itu diperkenalkan bertujuan menggalakkan amalan memberikan pembiayaan secara berhemah, bertanggungjawab dan telus di kalangan institusi kewangan tempatan.

Bank pusat itu berkata, selain institusi kewangan yang diletakkan di bawah skop Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi akan turut melaksanakan garis panduan itu ke atas semua koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada ahlinya.

Setakat akhir tahun lalu, pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah berjumlah RM74.4 bilion dengan majoritinya adalah bagi tujuan membeli aset seperti rumah dan kenderaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

RAHMAN BIN MOHD DIN

Memang ada baiknya bank negara buat peraturan ketat begini tapi yang buruknya syarikat pinjaman berlesen yang akan untung besar berlipat kali ganda bila pengguna yg terdesak akan memimjam dari mereka walaupun BNM tahu bunga mereka yg diluluskan 240% setahun purata 10% sebulan atas baki pinjaman.sekarang ini pun masalah tak selesai dengan along dan akan bertambah lagi along,sepatutnya BNM mengambil pendekatan yang lebih rasional bagi membantu golongan yang ingin membaiki kos kehidupan yang makin meningkat dengan meluaskan lagi peranan agensi AKPK dengan memberi bantuan pinjaman keewangan yang diselaras olih agensi tersebut utk mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman untuk memperbaiki kedudukan keewangan dengan faedah yg rendah dengan bayaran balik yang fleksible tapi syarat bayaran balik yang ketat.saya rasa ini dapat membantu penguna yang diluar sana lebih2 lagi bagi mereka yang masih terikat denagan pijaman dari syatikat pinjaman berlesen yang mana pinjaman dari mereka membuat pengunna terikat dan terseksa membayar pinjaman dengan bunga yang tinggi.ini menyebabkan mereka terlepas untuk membayar pinjaman wajib yang lain dan membuatkan mereka ter black list.BNM patut beri peluang mereka sekali lagi untuk menguruskan balik keewangan mereka bukan menghukum lebih teruk lagi seperi ini kerana bagi saya tahun depan masalah along dan ceti haram akan tumbuh bagai cendawan mulai tahun depan dan menganga bak singa lapar menunggu mangsa!.

hady faizal kassim

mmg btoi lone ranjer,ini membebankan kp pengguna,bl terlampau ketat sgt undang2 maka isu ahloan x akan selesai,pihak berkuasa xbleh amik tindkan terhadp Ahloan krn dia sdah permit sah dr bdn2 kerjaaan.pihak jgn tumpu keuntungan semata2,last skali bank sdiri telah mengalami bankrupcy akibat terlampau tggi interest bnk.peminjam xdpt la nk settle lg trus jupe ahloan..harap pihak bank pk2 la dlu sebelum mgalami bankrap....

Azam

Kalau pendapatan bersih semua dah OK, wat apa nak pinjam lagi...?. Sebab tak OK la kami pinjam

kriskerambit

saya bukanlah daripada orang yg senang, tetapi setelah meneliti perkara ini, saya bersetuju dgn syarat yg dikenakan...
memanglah kelihatannya menyukarkan pihak tertentu, tetapi hakikatnya ini dpt membantu mereka meringankan beban daripada membayar hutang yang tidak mampu dibayar... perlu diingat, krisis ekonomi yg melanda US dahulu berpunca daripada hutang pinjaman yang tidak dibayar... adakah kita mahu perkara yg sama berulang di Malaysia?
saya perhatikan, pelanggan bank di Malaysia ni sering menyalahkan bank apabila mereka tersepit tidak mampu membayar pinjaman... walhal sebelum membuat pinjaman, mereka sedar tentang kedudukan kewangan mereka yg cukup-cukup makan... malah saya percaya, ada yg sanggup memalsukan dokumen semata-mata utk membolehkan permohonan pinjaman mereka diluluskan... tetapi apabila tersepit, mereka menyalahkan pihak bank... dah tahu tidak mampu membayar balik, mengapa masih memohon pinjaman?

annacomel

ada baiknya syarat ini diperketatkan..harap pihak kerajaan melakukan sesuatu juga terhadap kesan sampingan yang timbul dari dasar ini..harap kereta atau rumah menjadi lebih murah .. ataupun kualiti rumah bertambah teruk kerana akan dimurahkan .

Tanaka Hamawara

Langkah yang diambil oleh semua institusi kerajaan perlulah menyokong usaha kerajaan membantu rakyat..bukannya menyusahkan rakyat lagi..Kalau tidak sia-sia sahaja usaha kerajaan untuk menyakinkan rakyat untu menyokong mereka selama ini.

hartawan bin kanai

Bagi syarat menang-menang jangan Ada pihak tertindas dengan syarat Dan terma baru bank

Bagi syarat menang-menang jangan Ada pihak tertindas dengan syarat Dan term baru bank.kalau ramai black list Dan bangkrap maknanya bank tidak mesra peminjam.kalau turunkan bunga loan 1 Peratus boleh juga Dan kereta Kecia lake dal am pasaran

azmie

jika benar hendak menolong rakyat kenapa tidak dahulukan dengan menurunkan interest pembiayaan tersebut & jangka masa pembayaran balik.

roslan

Syarat yg tlalu ketat akn menutup peluang pekerja awam n swasta utk mndptkn pinjaman peribadi. Nk tngggu loan lama selesai mmg lama lagi, sampai pencen baru selesai...saya cdgkn, yg buat reloan dkecualikan krna mereka cuma seattle loan lama..baki loan baru mereka ambik setelah tolak loan lama..lagi byrn blnan masih mcm lama dan x membebankan..lagipun thn dpn ada kenaikan gaji n pangkat bagi yg terlibat. Mintak BNM semak semula peraturan bagi yg buat reloan.

Elmiza

Bank Negara tak ketatkan syarat pinjaman pun dah susah nak buat loan. Berita hari ni kata Bank Negara nak ketatkan lagi syarat pinjaman. Logik ke gaji minimum RM3000 boleh beli rumah harga RM400k? Patutnya kurangkan harga rumah bukannya naikkan lagi harga rumah tu (kononnya mampu milik)! Graduate yg umur 23 tahun (average with degree) umur 25-28 dah nak kawen, mampu ke nak beli rumah klu dah gitu kekdahnye! Tang mana yg kata rakyat didahulukan tu? Cecite! Cecite!

ZAIDA

BAGUS... TAPI TERCEKIK JUGAKLAH... BINA CARA HIDUP DENGAN APA YANG DAPAT... KERJA KUAT CARI PENDAPATAN LEBIH... TAK PUN PERGI BAITULMAL.. MINTA ZAKAT... BOLEH KE?

Liza

kakitangan kerajaan lah yang terlibat sebab bank mudah sangat luluskan pinjaman peribadi sampai kadang-kadang gaji bersih tinggal rm400.00 lepas itu pinjam sampai pencen, maknanya lepas ni ramailah kakitangan awam tak boleh beli kete baru yer.

anak sarawak

makin susah lah rakyat.kerajaan patut fikir rakyat yang banyak utang dgn bank macam mana mahu menyelasaikannya.saya rasa orang yang kaya saja dapat pinjaman dari bank nanti....yang kurang pendapatan terus tak dapat pinjaman nanti.....?

daniel iskandar

setuju dgn pendapat lone ranjer......bank buatlah anda yg akan menghadapi masalah apabila kekurangkan client later untuk pinjaman

shah

pinjaman peribadi ke mcm2 perincian,soft loan dr goverment mcm mane pula?takkan senang2 bg pd company yg xkukuh prestasi kewangan?makin rmai la peniaga jd mangsa along

aduka vsixth

sepatutnya kerajaan kena lihat keseluruhan pendapatan rakyatnya jika ingin membuat sesuatu perubahan,tambahan pulak mengenai pinjaman bank ni,bagi yg ada kemampuan mgkin tidak menjadi mslah,terutama pinjaman rumah,pikirlah cara rasional,mcmana rakyat ingin memiliki rumah jika kerajaan meluluskan undang2 ketat mcm ni,simpatilah pada org yg berpendapatan rendah,,susah utk mereka memiliki rumah sendiri,alamat duduk rumah sewa jelah sampai mati,apa2 pun pikir dulu sblum membuat keputusan.

ericrahman

kena ingat kepada semua peminjam di luar sana.... Pandai Pinjam Pandai Bayar Balik... jgn buat bodoh je. Ada duit pergi bayar jangan tangguh. Ok

Wan Nazri

Bagaimana dengan pembiayaan semula (refinance)kerana pembiayaan ini di buat untuk membayar hutang lama dan seterusnya dapat mengurangkan beban bayaran hutang bulan peminjam. kalau syaratnya ketat tampa mengambi kira tujuan pembiayaan semula dibuat.rasanya ia perlu dikaji.

Adi Aziz

Bank juga perlu menilai kadar faedah terutama pembiayaan peribadi yg mencecah 12% per annum. Bukan semua peminjam dari kalangan yg berpendapatan tinggi. kerana mereka berpendapatan rendah la mereka memilih untuk meminjam dari bank. ini adalah untuk mengelakkan peminjam meminjam dari Ah long atau syarikat2 pimjaman tidak berlesen. Bagaimanapun saya menyokong dengan perarutan mengetatkan syarat pinjaman ini agar pminjam boleh menilai kemampuan pinjaman dan kemampuan untuk membayar semua bergantung kepada pendapatan bersih. ini elok untuk mengelakkan peminjam daripada diiyshtihar muflis kerana mereka didedahkan dengan maklumat terperinci pembiayaan sebelum mereka membuat pinjaman.

roslan

baguslah, jadi banyak yang di blacklist, mcm saya..kena blacklist gara-gara pinjam RM8k..

Lone Ranjer

Bagus memang bagus cadangan ni. Kemungkinan ke arah mewujudkan PINJAMAN AHLONG atau CETI haram akan kembali menghantui rakyat yang tiada kemampuan yang di kehendaki oleh pihak BANK. Pihak CETI haram mau pun AHLONG pasti akan mengambil kesempatan ni.Berfikir sebelum menentukan sesuatu. Jangan melihat ATAS sahaja, BAWAH pun mesti di lihat selalu.

coshare agen

Susahlah kami yg jd agen ni nak cari makan. Jgn double standard la. Golongan VIP senang2 je dpt rm250 juta nk buat biznes.

khairudin bin khairani

semakin sukar rakyat untuk membeli rumah. terutama yang bekerja sebagai operator kilang dan seumpamanya.. jadi adalah sia2 sahaja kerajaan melaksanakan program perumahan rakyat 1 malaysia itu. kerana ianya tidak dapat direalisasikan..

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat