{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


9 projek tawar 12,027 kerja baru

Posted: 10 Nov 2011 02:34 PM PST

MukaDepan

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat pelaburan tambahan RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan sembilan projek pelaburan baru bernilai RM2.5 bilion menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan mewujudkan 12,027 peluang pekerjaan dalam sektor penjagaan kesihatan, industri kimia-oleo, infrastruktur komunikasi, pertanian dan pembangunan teknologi.

Perdana Menteri berkata, projek itu adalah tambahan kepada empat projek yang diumumkan sebelum ini, menjadikan keseluruhan 13 projek ETP bernilai RM5.85 bilion yang mampu manfaatkan rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.

Najib berkata, oleh kerana ETP baru setahun dilancarkan, semua pihak diharap tidak cepat berputus asa, sebaliknya bersabar dan berusaha gigih untuk mempercepatkan penjanaan pertumbuhannya dalam jangka masa 10 tahun ini. "Saya yakin kita mampu menjayakannya bersandarkan komitmen menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang kekayaannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat dan kekal diwarisi generasi akan datang," katanya ketika mengumumkan perkembangan terkini ETP, di sini.

Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, pelaburan bernilai RM10 bilion direalisasikan sehingga kini membabitkan 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang diperuntukkan bagi 2011 dengan 97 projek dalam fasa pelaksanaan.

Menerusi 13 projek ETP berkenaan, ia dijangka mampu membantu melonjakkan pendapatan negara kasar (GNI) kepada RM8.68 bilion dan menyediakan 16,902 peluang pekerjaan tahun ini. Sehingga kini ETP merekodkan RM177.1 bilion komitmen pelaburan, iaitu RM237.23 bilion untuk GNI dengan 389,263 peluang pekerjaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, yakin ETP akan terus berada pada landasan tepat berdasarkan status semasa yang positif, walaupun berhadapan kelembapan ekonomi dunia.
"Oleh itu, penting bagi kita bersatu padu dan berusaha dengan menetapkan iltizam untuk terus meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Info projek pelaburan baru ETP bernilai RM2.5 bilion dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat