{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda sungai lui - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:05 PM PDT

Pembangunan holistik di Sungai Lui

Pembangunan holistik di Sungai Lui

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABID dan SAJIDA ASARULLAH KHAN


ZAINAL Abidin Ahmad beramah mesra dengan anak-anak masyarakat Orang Asli dan sentiasa memberikan perhatian kepada masyarakat ini di Kampung Sungai Cherbang, baru-baru ini.


JEMPOL 28 Mac - Bagi penduduk di daerah ini, nama Sungai Lui bukanlah asing bagi mereka kerana selain menjalani kehidupan yang tenang, ia merupakan penghubung jalan utama ke daerah Temerloh, Pahang serta kawasan pantai timur.

Sungai Lui mempunyai keunikannya tersendiri kerana walaupun ditadbir urus oleh Majlis Daerah Jempol (MDJ), namun sebenarnya lokasi ini terletak di bawah Parlimen Jelebu.

Biarpun kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) melalui kemenangan Datuk Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu ini dianggap selamat, itu bukan tiket untuk beliau leka dalam memastikan pembangunan holistik dapat dilakukan.

Justeru itu, sejak dahulu lagi, banyak usaha, pembangunan dan gerak kerja dilakukan Zainal Abidin untuk memastikan Sungai Lui terus menerima limpahan nikmat kerajaan yang dipilih.

Jika dilihat kepada kemudahan daripada aspek pendidikan, kawasan ini sahaja mempunyai 10 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah, malah ia juga menempatkan dua buah sekolah rendah agama bagi keperluan anak-anak mendapatkan pendidikan berkualiti.

Bagi kanak-kanak pula, golongan ini tidak disisihkan untuk mendapatkan pendedahan awal persekolahan menerusi kewujudan 11 buah tadika selain dua buah taska oleh kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui.

Aspek kesihatan turut diberi penumpuan khusus oleh kerajaan termasuk mewujudkan lapan buah klinik desa selain sebuah klinik kesihatan bagi memenuhi keperluan orang ramai untuk mendapatkan rawatan.

Melihat keperluan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti seharian pula, pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah dibangunkan. Antaranya termasuklah 12 buah dewan orang ramai di sekitar kawasan Sungai Lui ini.

Tidak ketinggalan juga pembinaan 12 buah balai raya di sekitar kawasan ini yang mana mengizinkan masyarakat menjalankan aktiviti berpersatuan selain program kemasyarakatan.

Malah, aspek kemudahan sukan juga diberikan perhatian oleh kerajaan apabila 12 gelanggang futsal telah dibina selain menyediakan 12 buah padang awam bagi tujuan riadah.

Mengenai pelancongan pula, kawasan Sungai Lui suatu ketika dahulu pernah menyimpan satu sejarah pahit yang cukup menarik untuk diketahui.

Di sini terbina sebuah tugu peringatan mangsa yang terkorban pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan menurut cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi, terdapat lebih kurang 400 mangsa yang terbunuh, namun catatan sejarah hanya menyatakan 382 nama sahaja.

Dalam hal membangunkan daya pemikiran penduduk serta keterbukaan minda serta kemampuan akses kepada maklumat luar, usaha telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) yang boleh dinikmati penduduk dalam kawasan terpilih di Sungai Lui ini.

Untuk menarik lebih ramai masyarakat mendekati teknologi maklumat, kerajaan juga menyediakan perpustakaan jalur lebar (PJL) di Lui Selatan di mana membolehkan pengunjung membaca di perpustakaan desa selain menerokai alam maya menerusi Internet.

Zainal Abidin berkata, kemudahan yang diberikan oleh kerajaan BN itu dilihat sebagai satu iltizam dalam memastikan setiap lapisan masyarakat memperoleh keuntungan secara bersama.

''Pelbagai rancangan dan pembangunan di kawasan Sungai Lui ini dibuat untuk rakyat dan sebahagiannya telah pun dirasai mereka," katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat sembilan gelanggang futsal yang baru dibina di kawasan Lui dan kos membina gelanggang futsal di Felda Pasoh Dua sahaja bernilai RM1.8 juta.

''Ia siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu dan ditempatkan di dalam dewan. Gelanggang itu merupakan gelanggang yang paling besar di DUN Sungai Lui," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembinaan Balai Polis Ayer Hitam, Zainal Abidin juga menjelaskan ia adalah usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan penduduk terjaga setiap masa.

''Balai Polis Ayer Hitam ini telah siap dibina dengan kos sebanyak RM20 juta. Ini adalah balai polis moden dan terbaik di negeri ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin menjelaskan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan BN untuk membantu golongan peneroka Felda di kawasan berdekatan seperti Felda Lui Timur, Felda Lui Barat, Pasoh 1 dan Pasoh 3 dengan program keusahawanan, penerangan, tanam semula dan sebagainya.

''Penempatan Orang Asli juga telah diberi perhatian dengan menyediakan tempat tinggal lebih selesa dan kemudahan asas seperti air dan elektrik di Sungai Sampo, Sungai Lui dan Kampung Sungai Cherbang," jelasnya.

Zainal Abidin optimis, sokongan rakyat terhadap BN di kawasan itu semakin bertambah selepas melihat kerja dan tindakan yang dilakukan.

''Kerajaan BN tidak bercakap kosong kerana apa yang dikata telah pun dikota, malahan yang tidak dikata sekalipun, kita akan kotakan untuk kepentingan rakyat," ujarnya.

BSN adakan program &#39;Moh Torjah BSN&#39; di <b>Felda Sungai Lui</b> | Anak <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 03:56 PM PDT

JEMPOL 20 April - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengadakan Program 'Moh Torjah BSN' bersama komuniti bagi mempromosikan perkhidmatan Perbankan Tanpa Cawangan di Felda Sungai Lui, dekat sini semalam.

Eksekutif Kanan Jabatan Perniagaan Komuniti BSN, Murad Abu Hassan berkata, program itu diadakan bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan terbaharu itu dan memperkenalkan ejen BSN kepada penduduk setempat.

Menurutnya, BSN telah melantik seorang pengusaha kedai runcit yang turut menjalankan perkhidmatan kedai makan untuk menjadi agen di kawasan Felda Sungai Lui.

"Masyarakat setempat kini boleh menjalankan aktiviti perbankan di sini tanpa perlu ke cawangan BSN di pekan Bahau yang terletak hampir 25 kilometer dari sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada program tersebut semalam.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat