{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Sabun Sulit ilham Rosniza

Posted:

Sabun Sulit ilham Rosniza

Oleh NURUL IZZA ROSLY


SABUN Sulit ini dibuat daripada ramuan semula jadi seperti kelapa, isi kelapa, minyak kelapa dara dan bahan-bahan herba terpilih tempatan.


MENDENGAR keluhan rakan-rakan sekelilingnya yang mengadu mengenai kulit mereka yang menjadi kemerah-merahan selepas menggunakan produk kosmetik pemutih kulit yang mengandungi hidrokinon, wanita ini tergerak untuk melakukan sesuatu.

Rosniza Said, 43, yang berasal dari Pahang mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mengkaji dan melakukan eksperimen sendiri sebelum tampil dengan formula yang akhirnya melahirkan satu produk bersifat alami, Sabun Sulit.

Sebelum memasarkan produk Sabun Sulit yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan semula jadi, Rosniza memberikannya kepada rakan-rakan serta saudara terdekat untuk mencubanya.

Selepas mendapat respons yang baik, anak kedua daripada lima beradik ini mengorak langkah untuk meluaskan lagi pasaran Sabun Sulit hasil eksperimennya sendiri.

"Sabun ini sudah ada di pasaran setahun tujuh bulan. Sebelum ini, sudah tujuh tahun saya hanya menjual produk kecantikan dan kesihatan milik orang lain. terfikir juga, sampai bila hendak jual produk orang sahaja?

"Bermula dari situlah, tercetus idea untuk mengeluarkan produk Sabun Sulit ini. Ia istimewa kerana tidak mengandungi bahan kimia hidrokinon yang banyak didapati di dalam produk pemutih," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Tona kulit sekata

Tambah Rosniza, Sabun Sulit bukan sekadar bertindak untuk memutih malah mencerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Ia juga boleh digunakan bagi membantu meredakan masalah ekzema.

Penggunaan Sabun Sulit ini juga boleh digunakan bersama produk lain tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit kerana dibuat daripada ramuan semula jadi seperti kelapa, isi kelapa, minyak kelapa dara, bahan-bahan herba terpilih Malaysia selain asas sabun.

"Ramai yang salah faham kerana namanya Sabun Sulit dan beranggapan ia digunakan untuk tujuan membersihkan alat sulit.

"Sabun ini boleh digunakan untuk jerawat, memudarkan jeragat, mencerahkan celah paha dan ketiak," ujarnya sambil memberitahu bahawa ia sesuai untuk semua jenis kulit selain boleh digunakan di seluruh bahagian badan,


ROSNIZA mengambil masa selama dua tahun sebelum tampil dengan produk Sabun Sulit ini.


Seseorang itu perlu menggunakan Sabun Sulit ini sebanyak dua kali sehari.

"Bagi tujuan cucian muka, lembapkan muka dan tangan dengan air dan kemudian sapukan buih sabun di seluruh muka dan leher.

"Biarkan selama satu hingga dua minit untuk tujuan penyerapan sebelum dibilas. Ulang rutin tersebut semula bagi penyerapan yang lebih baik," katanya lagi.

Pengguna akan dapat melihat perubahan selepas dua minggu penggunaan secara berterusan.

Dijual pada harga RM39.90 seketul, Sabun Sulit ini mampu bertahan selama sebulan.

Sabun Sulit ini juga boleh digunakan oleh mereka yang berumur 13 tahun ke atas dan wanita mengandung.

Andai selepas penggunaannya kulit muka menjadi kering, Rosniza memberitahu seseorang itu boleh menggunakan apa jua pelembap bagi melembapkan kulit.

"Jika sabun ini digunakan pada kulit muka, ia akan menjadi cerah dalam masa seminggu dan pigmentasi menjadi pudar dengan syarat penggunaan yang konsisten," jelasnya.

Raih keyakinan

"Ketika mula-mula mengeluarkan produk Sabun Sulit ini, ada kedengaran kata-kata sinis daripada orang sekeliling yang kurang yakin dengan kemampuan sabun ini kerana namanya yang kurang popular," ujar Rosniza.

Wanita itu mengakui bahawa bukan mudah untuk meyakinkan pengguna. Dia terpaksa memberikan produk secara percuma terlebih dahulu bagi meraih keyakinan mereka dan terbukti ia membuahkan hasil.

Berkat kesabaran dan melalui promosi mulut ke mulut, Sabun Sulit mula dikenali. Rosniza kini mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi stokis dan ejen bagi memasarkan produk tersebut.

Mungkin nama Sabun Sulit agak janggal dan ia mengundang konotasi negatif yang mengaitkannya dengan alat sulit tetapi pemilik DK Kosmetik Sdn. Bhd. ini punya alasan tersendiri.

"Sulit merupakan idea spontan dan ia kedengaran lebih klasik daripada jenama-jenama produk kecantikan lain di pasaran.

"Apabila orang mendengarnya, orang akan berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya," jelasnya yang melantik penyanyi dan pelakon Azzarima Zawari (Azza Elite) sebagai jurucakap produk tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat