{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Jururawat IPPT berbakti di Darul Hanan

Posted:

Jururawat IPPT berbakti di Darul Hanan

Oleh ZAKI SALLEH

PELBAGAI aktiviti dijalankan sepanjang kunjungan warga IPPT ke Darul Hanan, termasuk khidmat nasihat mengenai kesihatan.


BAGI kebanyakan pesakit, jururawat adalah penyembuh kedua selepas ubat-ubatan. Bergelar jururawat, kerjaya mulia ini memerlukan kesabaran, dedikasi dan sentiasa mewujudkan sikap mengutamakan pesakit dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.

Bagi meraikan Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei setiap tahun, warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang memilih program kemasyarakatan untuk berbakti kepada masyarakat.

Jika pada hari-hari biasa jururawat IPPT di Kampus Kepala Batas sibuk melayan pesakit di hospital, kali ini mereka memilih Kompleks Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang (Darul Hanan) di Pongsu Seribu, Kepala Batas untuk dikunjungi.

Kompleks yang diuruskan bersama Yayasan Bukhary dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) itu menjadi kediaman kepada 34 penghuni warga emas beragama Islam terdiri daripada 14 lelaki dan 20 wanita


BIARPUN sebentar, warga IPPT jelas membawa keceriaan pada wajah penghuni Darul Hanan.


Darul Hanan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kompleks yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu ini mampu menampung sehingga 200 penghuni pada satu-satu masa untuk penempatan dan penjagaan warga emas.

Antara prasarana yang disediakan adalan bangunan asrama, perpustakaan, kafetaria, surau, wad, dewan serbaguna dan bengkel.

Diketuai Penolong Pengarah Kejururawatannya, Nazlan Awang, kunjungan 40 warga IPPT yang terdiri daripada para jururawat dan staf sokongan itu telah berkampung selama setengah hari di kompleks tersebut.

Turut serta ialah Penolong Pengarah Kanan (Akademik) IPPT, Mohd. Yusoff Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam IPPT, Ustaz Mohamad Shukri Osman dan Pegawai Penerangan IPPT, Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid.

Kehadiran mereka amat dinanti-nantikan. Menerusi kaunter pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan, penghuni kompleks berpeluang mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penjagaan kesihatan diri.

Nilai murni

KEHADIRAN rombongan warga jururawat IPPT USM di Kompleks Warga Emas Darul Hanan ternyata menggembirakan penghuninya.


Menerusi program tersebut juga, para jururawat IPPT dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.

Nazlan ketika ditemui memberitahu, kunjungan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial IPPT terutama para jururawat yang wajar dilaksanakan lebih kerap agar golongan warga emas tidak dilupakan.

"Seperti juga pesakit, menerusi kunjungan ini kita memberi sokongan emosi secara langsung kepada semua penghuni mengikut kesesuaian di samping dapat mengeratkan hubungan antara IPPT dan Darul Hanan.

"Menerusi aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma, warga IPPT dapat membantu meningkatkan kesedaran warga emas di sini terhadap penjagaan kesihatan diri masing-masing.

"Selain itu, sesi ceramah keagamaan pula dapat memberi sokongan kerohanian bukan sahaja kepada para penghuni kompleks ini malah buat warga IPPT sendiri," ujarnya.

Mengakhiri program itu, Nazlan menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian kepada penghuni rumah berkenaan.

Sementara itu, warga IPPT yang ditemui menyifatkan program yang dirancang ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka betapa pentingnya khidmat bakti yang diberikan kepada warga emas.

Bagi petugas Mohd. Faisal Jamaludin, ia bukan sekadar kunjungan sebaliknya dapat memupuk nilai saling menghormati antara jururawat dan warga emas yang dilayan umpama ahli keluarga sendiri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat