{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


KWSP jawab isu RM55.1b

Posted: 02 Nov 2011 08:56 AM PDT

MukaDepan

13 pinjaman tanpa jaminan kerajaan patuhi kriteria

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan semua 13 pinjaman berjumlah RM55.10 bilion yang diluluskan tanpa jaminan kerajaan, mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Pinjaman secara langsung kepada kerajaan, sekuriti yang disokong kerajaan dan kertas bertaraf AAA itu juga diluluskan mengikut bidang kuasa Akta KWSP yang memberi kuasa kepada badan itu memberikan pinjaman kepada Kerajaan Pusat, negeri dan entiti korporat, tertakluk kelulusan Panel Pelaburan KWSP dan Menteri Kewangan. Berikutan itu, KWSP memberi jaminan bahawa kebajikan pencarum menjadi agenda utama dan akan terus mengekalkan polisi pelaburan berhemah yang turut disokong penyelidikan menyeluruh serta teliti selaras dengan amalan terbaik pelaburan bagi memastikan simpanan ahli selamat.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata dalam menilai permohonan pinjaman, KWSP akan memastikan setiap bakal peminjam yang berpotensi mempunyai keupayaan bayaran balik yang kukuh, aturan jaminan yang baik dan pulangan setimpal dengan profil risiko.

"Daripada jumlah itu, pinjaman secara langsung kepada kerajaan adalah sebanyak 39 peratus dan sekuriti yang disokong kerajaan 48 peratus, manakala baki 13 peratus pinjaman kepada syarikat bertaraf AAA," katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau mengulas beberapa laporan media mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkaitan 13 pinjaman yang dikatakan diluluskan tanpa jaminan kerajaan. Minggu lalu, beberapa portal berita melaporkan laporan audit itu mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan kepada syarikat tertentu ada status 'meragukan'.

Menurut portal itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 13 pinjaman tanpa jaminan kerajaan berjumlah RM55.1 bilion diluluskan oleh KWSP. Laporan itu juga memetik Ambrin sebagai berkata, RM7.3 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.3 bilion kepada satu peminjam yang dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

Nik Affendi juga menjelaskan bahawa dalam laporan itu, Ketua Audit Negara memberikan penarafan memuaskan bagi aktiviti pelaburan pinjaman kepada kerajaan, selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta KWSP 1991.

Katanya, KWSP sentiasa memberi penekanan kepada kualiti aset serta memantau portfolio pinjaman dengan menyemak kedudukan kewangan peminjam secara tahunan, melawat tapak projek serta mewujudkan persefahaman baik dengan pihak pengurusan peminjam.

Nik Affendi juga menjelaskan KWSP sentiasa memastikan amalan terbaik dalam urus tadbir korporat dan mempunyai garis panduan yang diluluskan untuk membantu panel pelaburan dan pengurusan dalam proses kerja dan membuat keputusan.

Selain itu, KWSP mengambil pendekatan teliti dan berhemah dalam aktiviti pelaburan dengan memastikan pemerosesan pinjaman mengikut rangka kerja risiko KWSP dan had risiko yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan.

"Sebagai dana tabung persaraan, KWSP mengambil pendekatan berasaskan risiko pelaburan dan komited untuk mengekalkan polisi pelaburan berhemah dan berisiko rendah. Dalam perkara ini, KWSP mematuhi dengan ketat Alokasi Aset Strategik (SAA) yang dirangka untuk mengekalkan pulangan konsisten dalam jangka panjang dan had risiko yang boleh diterima bagi setiap kelas aset," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

pencarum

Saya sebagai salah seorang pencarum DEMAND kwsp segera mengeluarkan perincian tentang senarai peminjam. kwsp BUKANLAH bank!

kadiran bin kadiron

mana nak untung, berikan 9niaga) pada syarikat entah ke apa niaganya. untung ke mana ! halal haram ke mana ! buat duit KWSP macam duit sendiri.

hamba Allah - pencarum kwsp

wahai wargakerja kwsp, kamu adalah diamanahkan wang simpanan para kuli-kuli / pekerja yang terpaksa menabung demi peraturan kerajaan. jalankanlah tanggungjawab sdr/ sdri dengan penuh amanah. jangan ikut arahan yang bertentangan dengan peraturan. hukumnya HARAM.

Abd Halim Bin Mohd Nor

Makanlah selagi anda boleh makan, kerana hidup ini hanyalah sementara. Tiada manusia yg boleh hidup 1000 thn

jnal

hampehh boto epf nih, patut le dividen kat pekerja ciput manjang tak nek2, rupa nyer bagi pinjam kat org len dah le tu tak bersekuriti plak ini nama nyer pinjam bue..patut nyer epf kene bagi priority kat pencarom pasal duet depa carik jln cmner nak pertingkat duet pencarum yg tak ader pencen ni tapi len plak citer nyer...WAKE UP EPF

Rimo Kayu

Ini yang kita nampak... Banyak lagi yang kita tak tau..

syed

Heee, tersenyum saya membaca..Mudah sungguh pinjaman di luluskan RM7.3 bilion diberikan kepada dua peminjam TANPA PENJAMIN..SIAPA TUE?? Jadi sebagai pencarum kami berhak tahu dan sedar dengan peranan kwsp. Mmmg susah nak dapat pinjaman.mereka mudah2 memberikan ye..Minta pihak berkenaan Menjawab!

Rakyat Malaysia

ini menunjukkan KWSP mengambil keputusan tanpa mendapatkan pandangan umum termasuk pencarum yang mana melalui akta, KSWP boleh buat aper sahaja. Sebagai Rakyat yang bekerja siang dan malam gaji dipotong untuk simpanan hari tua sepatutnya diberi hak untuk menyuarakan pandangan kerana hasil duit yang sikit inilah memberikan harapan untuk KSWP berkembang tetapi amanah ini telah dikianati.. sekiranya rakyat ketahui keadaan ini pasti PRU13 menjadi alat untuk rakyat nyatakan bantahan.. pekerja swasta mendominasikan hampir 100% caruman KSWP.. perlu diambil ingatan..

dms

kalau umar sudah 50 tahun boleh mengluarkan wang simpan untuk membuat rumah sebab akuan dua kosong

rahman mohd din

walaupun pihak audit negara meragui dua pinjaman yg diluluskan olih pihak kwsp tampa jaminan kerajaan pehak kwsp mcm rasa tak bersalah dgn mengeluarkan alasan2 seolah2 tiada badan lain yg akan persoalkannya.duit kwsp kebanyakan ahli dari pekerja swasta yg tak berpencen.sepatutnya pihak kwsp memikirkan bagaimana nasib pekerja selepas bersara dgn melabur duit dgn keuntungan yg tinggi bukan bagi pinjaman pada pehak2 yg taK pandai meniaga dan dpt pinjam pulakdari kwsp.pehak kwsp sendiri tak pernah bagi pinjam walau sesen pun ke pada ahli2 kwsp dengan mcm2 alasan padahal mereka boleh buat buktinya boleh bagi pinjam berbilion ringgit pada bukan ahli atas alasan perniagaan,kenapa kwsp tak ada skim serupa itu pada ahli2nya sendiri.

pencarum

KSWP tiap2 tahun umum untung beratus juta rm, tapi untung pada pencarum hanya 4% setahun, so hanya 0.33% sebulan....yng untung hanya kwsp dan kroni2 nyer

roshayati ibrahim

apa pun ahli dan penyimpan KWSP tak ada hak bersuara.. umpama susu dalam botol khas utk orang dah kaya lelehan wap sejuk di luar botol tu untuk tuan punya lembu dan susu.

Ahli

Sebagai ahli, terperlu ke tahu duit kite digunakan untuk ape?? Tak kan setiap tahun hanya dapat dividen ciput tu je tanpa tahu bagaimana ia dilaburkan??? Patutlah tak naik2 dividen..rupanye dipinjam kat sape2 entah..untungnye tidak!! Baik simpan dalam ASB..kalau tak audit, hampas orgramai tak tahu. Memanglah duit kite tak rugi tapi tambah2 lah gamaknye!!!

Abi Idham

Selain KWSP mewujudkan Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan, KWSP juga mesti mewujudkan juga Jawatankuasa Panel Syariah agar apa jua pelaburan yang dibuat adalah halal dari segi Islam..

zakry izwan

Mengapa KWSP ada mengenakan syarat pinjaman tanpa penjamin..? KWSP dapat dana dari mana? siapa kah pencarum KWSP???siapa yang berhak keatas KWSP...sudah semesti kami rakyat berkerja swasta...jangan ambil mudah...rakyat nak buat pinjaman pun kena lalui pelbagai tapisan...ini suka suka nak bagi orang pinjam tanpa telus....takde pekerja swasta tiada kwsp...jangan ikut suka hati bila ada duit...tapi duit itu duit rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat