Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 09 Nov 2011 02:34 PM PST MukaDepan MUHYIDDIN bersama Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Ahmad selepas sesi rakaman rancangan Soal Jawab di Sri Pentas. KUALA LUMPUR: Mulai bulan depan, ibu bapa pelajar Tahun Enam yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) boleh menyemak sekolah yang menawarkan program sama di Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. Beliau berkata, proses semakan itu hanya membabitkan pelajar yang mengikuti program PPSMI sepenuhnya iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah. Ibu bapa pelajar boleh memindahkan anak mereka ke sekolah lain jika sekolah yang ditawarkan tidak melaksanakan program atau dasar berkenaan.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelajar yang tidak mengikuti PPSMI atau menggunakan dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik dan Sains, tidak perlu membuat semakan kerana dijangka tiada masalah berbangkit. "Saya sudah arah kementerian dan Ketua Pengarah supaya semakan dibuat bermula Disember ini. Kita mengambil tempoh lebih awal sikit. Biasanya mereka masuk Januari, kita minta mereka menyemak di sekolah mana dan guru akan beritahu untuk memastikan tidak ada kejanggalan. "Kita akan maklumkan semua sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah akan memanggil pengetua dan guru besar untuk memaklumkan cara mengelakkan masalah tadi (kejanggalan)... kalau ibu bapa tidak membawa anak pun tak apa, cuma untuk menyemak kesesuaian sekolah menengah yang mengamalkan dasar yang sama," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan awal tahun ini, dasar PPSMI sudah dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Katanya, proses berperingkat atau dikenali sebagai 'soft landing' itu akan berterusan sehingga murid Tahun Satu tahun ini menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada 2016, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021. Menjawab soalan sama ada MBMMBI mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Muhyiddin berkata, kementerian melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan termasuk aspek perguruan dan pengisian kandungan kurikulum mata pelajaran berkenaan. Katanya, seramai 47,887 guru Bahasa Inggeris sentiasa diberikan kursus bagi memastikan kualiti pengajaran ditingkatkan, di samping latihan kepada 6,000 guru di institut perguruan seluruh negara dan pengambilan secara kontrak guru bersara yang kini 200 orang. Di samping itu, katanya, kementerian turut membawa masuk 360 'master teacher' pakar Bahasa Inggeris daripada 10 negara termasuk United Kingdom, Kanada, Denmark dan Australia untuk memerhati dan memberikan pandangan untuk menambah baik kualiti P&P guru Bahasa Inggeris serta pengambilan 50 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bermula awal tahun depan. "Cabaran kita, bagaimana nak tentukan ada peningkatan lebih ketara dalam penguasaan bahasa Inggeris... satu yang tak ada ialah ukurannya... saya fikirkan adakah wajar kita wujudkan satu lembaga untuk memberi penanda aras untuk mata pelajaran ini. "Mungkin kita boleh bekerjasama dengan Universiti Cambridge cara mengukur pencapaiannya... bila kata di sekolah penguasaan bahasa Inggeris baik, adakah baik yang setanding dengan antarabangsa. "Saya percaya cabaran besar tetapi harapan untuk melihat MBMMBI berjaya tidak mungkin berlaku jika tidak ada kesungguhan ibu bapa dan komitmen pelajar," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennajib PPSMI perlu ditangguhkan kerana guru dan murid masih belum bersedia. Anak2 menjadi mangsa keadaan yang menyokong PPSMI. kulah b. jaid BAHASA IDENTITI BANGSA MALAYSIA.SAYA BANGGA BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU.ORANG JEPUN DAN ORANG FRANCIS BANGGA DENGAN BAHASA IBUNDA MEREKA.ORANG MELAYU MALU BERCAKAP BAHASA MELAYU KERANA TERLALU MENGAGUNGKAN BAHASA INGGERIS.ANAK TIDAK PANDAI MEMBACA AL-QURAN TIDAK RISAU TETAPI KALAU ANAK TIDAK PANDAI BAHASA INGGERIS SIBUK SENDIRI. Mohd Belajar bahasa inggeris untuk menguasai ilmu matematik dan sains tak de salahnya.Orang2 eropah dahulu sanggup belajar bahasa arab untuk menimba ilmu sains dan matematik ketika zaman kemegahan islam dulu.Hasilnya mereka telah berjaya membolot ilmu tersebut dengan cepat.Lagipun kalau kita ke negara arab pun, mereka pergi seluruh dunia untuk belajar sains, perubatan dsbnya. Hasilnya mereka lebih maju daripada kita. Walaupun mereka dah berjaya, kemana mereka pergi pun, mereka masih cakap arab. Itu semua tak menjadikan mereka kurang islamnya atau arabnya. kimiechepeng Bagi ibu bapak yang nakkan anak mereka di ajar dalam bahasa inggeris, kalau hebat sangat hantarla anak kamu ke sekolah swasta ke, jangan nak ganggu pembelajaran anak kat sekolah kerajaan. kerajaan pun x kan hal macam ni x boleh nak selesaikan. Budak kalau pandai/kalau rajin dia akan berusaha sendiri kalau dia nak pandai dalam bahasa inggeris. Ramai anak melayu yang dapat menguasai Bahasa Inggeris sebelum ni Guru Pendapat saya, murid-murid yang telah dan sedang belajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan mengalami kerumitan sekiranya subjek ini akan ditukarkan kepada Bahasa Malaysia pada tahun depan. Sebelum ini, banyak idea diketengahkan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan dewasa dan juga murid-murid tetapi saya bimbang dasar baru ini akan mengurangkan semangat menguasai BI dalam golongan tersebut. murid-murid merupakan tiang negara. biar mereka menguasai bahasa inggeris dari bangku sekolah untuk menunjukkan negara kita negara yang maju dalam semua aspek termasuk penguasaan Bahasa Inggeris (Akademik). amalyusof saya cadangkan, wujudkan balik sistem persekolahan macam dulu, aliran melayu dan aliran inggeris. ibu bapa yang merasakan anak mereka mampu menguasai pelajarn dalm bahasa inggeris, boleh terus hantar anak mereka ke sekolah aliran inggeris. hal ini demikian kerana kemampuan setiap individu berbeza. tidak adil rasanya kepada pelajar2x yang mampu cemerlang dalam bahasa inggeris dan mempunyai potensi disekat keupayaan mereka dengan memaksa mereka belajar dalam bm. dan tidak adil kepada mereka yang kurang pendedahan kepada bahasa inggeris, di seksa dengan pembelajaran dalam bahasa inggeris. ukur baju di badan sendiri. jangan jumud dalam berfikir. berikan kebebasan kepada semua pihak untuk memilih. hak untuk membuat pilihan patut diberikan kepada semua.
norhaidi jangan menilai luaran dan apa yang anda nampak sahaja. tanyalah guru-guru di seluruh pelusuk negara. mereka yang paling dekat dan mereka yang nampak situasi sebenar. pemansuhan PPSMI secara berperingkat ini adalah satu tindakan yang bijak dengan menggantikannya dengan MBMMBI. ramai yang melihat pelajar ramai menjawab dalam bahasa Inggeris. betul sangat ke tekaan tu? saya menjaga peperiksaan besar setiap tahun. Tidak semua murid menjawab dalam bahasa Inggeris. Hanya murid yang menguasai bahasa itu pada asasnya sahaja akan menjawab dalam bahasa Inggeris. Ada pelajar yang mengambil risiko membaca soalan dalam bahasa melayu kemudiannya menjawab dalam bahasa inggeris. jangan menilai PPSMI itu berkesan hanya di sekolah tertentu sahaja. lihatlah di sekolah-sekolah lain juga terutamanya di kawasan pedalaman. jangan lihat pada status sekolah cemerlang sahaja. kasihan anak-anak bangsa di luar sana yang terkial2 tak faham apa perkataan dan istilah yang dituturkan oleh guru walaupun berulang kali diajar. bagi pelajar cerdik, mereka pasti boleh, bagaimana dengan murid yang lemah seperti murid pemulihan, LINUS, PROTIM, murid-murid khas? kalau nak beri pendidikan sama rata, isu PPSMI tak perlu la dipanjangkan. Tutup saja. Tkasih kepada TPM kerana kembalikan martabat bahasa Melayu pokjat tak sokong langsung PPMSI,ini malaysia jadi apa-apa pun guna bahasa melayu,jgn dok cari banyak alasan bahasa melayu lebih penting dari bahasa inggeris,kepada ibu bapa yang sokong PPMSI anda adalah generasi yang di didik dalam bahasa inggeris dari rumah oleh ibu bapa dan tidak berapa utamakan bahasa sendiri,bayangla generasi ini lebih ramai dan menjadi ahli parlimen dan pemimpin negara tidak mustahil bahasa melayu akan hilang dengan sendirimya di sebabkan dasar dan mentaliti generasi ini.. jongos kerja gila! gila pun tak kerja cam ni.... ilzaf Isunya bukan tentang bahasa apa subjek itu dipelajari. Isunya di sini tentang Nasionalisme dan Identiti kita sebagai negara bangsa. Sudah termaktub dalam perlembagaan, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi tunggal negara, jadi perjuangkanlah. kembangkanlah hingga ia berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa utama dunia. Kemajuan bahasa dan kemajuan negara perlu seiringan. Kalau negara lain boleh maju bersama bahasanya, kenapa kita tidak? megat abu bakar sepatutnya perkara ini wajib diteruskan untuk memperkasakan rakyat malaysia bagi menghadapi cabaran serta melaksanakan wawasan 2020 iyk makda Hapuskan terus PPSMI mulai tahun pengajian 2012 untuk semua peringkat persekolahan. Anak-nak kami disekolah luar bandar telah lama menderita untuk memahami MP sains dan matematik dalam BI, mujurlah guru masih bersimapati mengajar dalam bahasa malaysia dan kalau kertas soalan tak ada bahasa melayu tak tahulah apakah nasib anak kami dalam MP ini. Orang Melayu di bandar yang keluarga mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa asasi harian mereka inilah yang hendak mati-matian mengehakalkan PPSMI. wan Buatlah keputusan berdasarkan pandangan ramai...usah memeningkan kepala guru-guru lagi dalam memikirkan apa yang telah berlaku dan akan berlaku dalam dunia pendidikan...apa yang baik teruskan,apa yang merumitkan tingal2kan... Hafeez Abdullah Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)vs PPSMI. YAB DS Dr Mahathir telah membuat stratigi/dasar PPSMI utk mencapai Wawasan 2020 "Malaysia menjadi Negara Perindustrian" dan antara lain juga mencapai "educational worldclass". Saya sangat bersetuju dgn usaha ini.
Anthony Modisir saya setuju PPSMI dimansuhkan dan di ganti dengan (MBMMBI) sebab dalam P&P PPSMI bukannya kita belajar bahasa . KUDIEN BULUNGAN PPSMI telah dimansuhkan. Kerajaan perlu bertegas dan pemansuhannya perlu dihebahkan secara meluas agar difahami majoriti ibu-bapa dan rakyat. PAGE - yg berjuang mengekal PSMI nampaknya pentingkan diri tanpa memikirkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Jikapun PAGE beranggapan Bahasa Inggeris merupakan suatu keperluan kepada anak-anak Malaysia - banyak kaedah anak-anak boleh menguasainya. Bertutur hari-hari, tuition, mata pelajaran B. Inggeris dan English Literature salah satu wadah pelajar boleh mahir.Atau hantar saja anak-anak ke sekolah antarabangsa didalam negeri atau diluar negara. Jangan politikan isu PSMI. PSMI bukan mutlak menjadikan pelajar kuasai ilmu sains dan matematik. dbt Inilah salah satu kelemahan sistem negara kita, siapa saja yang memegang kuasa berusaha membuat sesuatu agar dapat mecatatkan namanya dalam sejarah. namun akibatnya, ibarat batu yang terus bergolek sampai bila akan dapat mengumpul lumut? harus diingat apa juga yang baru dimulakan umpama bermula dari kosong semula.. jadi sistem kita umpama baru nak menapak beberapa tangga, bila diubah bermula lagi dari bawah. Sebenarnya kalau kita serius untuk meningkatkan qualiti dan memantapkan daya saing bangsa kita, kita tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri dengan menganggap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan melemahkan martabat Bahasa Melayu,apa guna lulusan PHD tapi akhirnya hanya berlegar-legar dalam ruang yang kecil kerana kekangan bahasa? terima hakikat dan yakinlah dengan kemampuan bahasa kita sendiri, bagi saya penggunaan BI dalam pengajaran sains dan matematik sepatutnya diteruskan...sudah ramai yang berjaya dalam pengajaran English medium dahulu tapi jelas bahasa melayu tidak hilang juga... Aziz bin Mamat Secara ikhlas pihak kerajaan perlu akur dengan kepekaan ibu bapa yang sebahagian besarnya inginkan pembelajaran dalam bahasa ibunda. Kita sedia maklum, negara maju dan bertamadun mengekalkan pengajaran dalam bahasa ibunda. Mengapa sebahagian kecil daripada kita masih menafikan hakikat ini? Tidak dinafikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dapat membantu para pelajar menguasai dwi ilmu. Tetapi jumlahnya terlalu kecil. Kita menafikan kehendak majoriti rakyat. Ilmu matematik dan sains memerlukan pemahaman konkrit dan konsep. Ia berlainan dengan laras bahasa. Sebahagian besar pelajar agak terkeliru dengan istilah dan pemahaman mengikut keupayaan minda. Ingin menguasai bahasa dan konsep sewaktu pembelajaran memerlukan masa yang panjang dan ketekunan seseorang pelajar. Yang sebenarnya tidak rugi malah beruntung besar para pelajar menguasai matematik dan sains dalam bahasa ibunda. Tepuk dada, tanya selera. Amran bin Haron Saya syorkan PPSMI dikekalkan. Ini kerana anak saya telah berjaya menguasai BI dengan
mhr Saya dpt rasakan pihak skolah msti pening kepala sbb dasar yg asik brubah..sy mmg x sokong PPSMI sbb pljr skolah rndah pyah nk fhm istilah2 sains&mate dlm BI, sepatutnya kementerian kajiselidik dulu dgn semua skolah sblum melksanakan dasar2 baru. Zul Rahman Tahniah kepada TPM merangkap Timbalan Perdana Menteri kerana bertegas dengan isu PPSMI yang sepatutnya tidak dipolemikkan semula oleh golongan tertentu.Saya berharap sangat Kementerian Pelajaran mengeluarkan senarai nama orang-orang yang pernah berjaya mendapatkan tander membekalkan komputer di sekolah-sekolah sebelum pengumuman pemansuhan PPSMI ini.Biar masyarakat dapat menilai sendiri,apakah tuntutan mengembalikan semula PPSMI itu ada kaitannya kepentingan pelajar atau kepentingan lain. FARINAH ANUAR Keadaan ini akan merumitkan bagi murid-murid yang sudah biasa menjawab dan membaca soalan matapelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.Contohnya, mereka lebih memahami kehendak soalan dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. adwin au sy x setuju krn memendangkan wawasan nasional kita semakin hampir.justeru kemahiran menguasai bhs inggeris amat perlu bgi memblehkan negara kita dpt berdiri teguh di persada dunia...
Farah Adriana tiada masalah sekarang pun dwibahasa..pelajar akan memilih soalan yang dibaca dalam bm.. Tayyar Sikarap Isu bahasa sepatutnya tidak dipolitikkan. Semasa perlaksanaan PPSMI, kerajaan mati-mati memperjuangkannya walaupun mendapat tentangan daripada pejuang bahasa kebangsaan, sekarang keadaan ditebalikkan pula. Itulah akibatnya apabila mempolitikkan bahasa dalam sebuah negara majmuk. Cili memang pedas sekiranya dikunyah, guru juga rasanya program penutur jati pun x brapa berkesan.patutnyaa mereka ini dibayar untuk mengajar murid bukannya hanya mengobserve guru.guru-guru terlalu tertekan .Dengan sap,sppbs....jangan sampai terlalu mengejar kemajuan guru2 pula memenuhi hospital bahagia Juliezan Semua perancangan yang dilaksankan adalah bagus. Tetapi sudah menjadi lumrah apa bila pemimpin bertukar dasar pun bertukar. Sampai bilakah fenomena ini akan berakhir. Renung2kan
Nyandang anak Setia Saya bersetuju dengan cadangan pihak KPM yang mana PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan MBI. Namun saya berharap pihak KPM perlu menjalankan tindaksusulan ke sekolah untuk memantau keberkesanan pengajaran subjek kritikal terutamannya di sekolah pedalaman. Banyak masalah yang berlaku di sekolah pedalaman dari aspek bahan bantu belajar perlu diperhatikan oleh pihak KPM supaya guru di pedalaman berpeluang menggunakan bahan bantu belajar seperti guru-guru di kawasan bandar. Terima kasih. Dari Sarawak shukri bahasa jiwa bangsa. Full content generated by Get Full RSS. |
10,000 amah Indonesia tiba Mac Posted: 09 Nov 2011 02:31 PM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama kira-kira 10,000 pembantu rumah Indonesia yang dijadualkan tiba secara berperingkat ke negara ini mulai 1 Mac depan dijangka meminta gaji bulanan RM700. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |