{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Batal kerja 9 jam

Posted: 19 Nov 2011 11:29 AM PST

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.

Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ada cikgu kerja 24jam sehari, 7hari seminggu

penjawat awam

saya pon penjawat awam. tp tiada masalah pon klu guru blik awal sbb anak saya terus blik rumah dan ulangkaji pelajaran. keputusannya pon agak bagus. terima kasih guru. kepada ROLAND, anak anda mesti seorang pelajar yang bermasalah. kalau anak anda berada kat sekolah pon, mungkin dia akan menyusahkan guru-guru yang perlu mengawal anak anda. jadi pendidikan daripada ayah juga penting untuk menghasilkan anak yang berkualiti. lagi 1, klu anak anda nakal sangat, upah la maid. jgn nk berkira sgt. demi anak pon nak berkira.

leeza

Tertarik dengan 1 komen yang bersetuju CIKGU KERJA 9 JAM. SILA BACA!!!

Saya telah mengajar selama 11 tahun di sekolah menengah….. Saya setuju guru2 bkerja 9 jam, balik pkl 4.30 ptg…… sekurang2nya kurang la beban yang ader selama ni…. kalau dl sehingga pertengahan tahun sekolah sibuk dgn sukan, sy ptg2 slalu habih latih pelajar pukul 5.30… tahun depan dah tak boleh, sampai 4.30 je… dah jimat 1 jam heheheh. sblm nih sbtu ahad pun ader latihan, tahun depan dah x payah, best tuh… sblum ni sy kena jaga budak berkhemah tak kira siang malam pd hujung minggu, lps nih tak payah dah…. mak bapak bawak la anak2 berkhemah sendiri… kalau nak berkhemah jg, sampai pukul 4.30 je… PPD n JPN kena la panjangkan tarikh masuk kan markah secara online… kalau sebelum ni masa seminggu lepas ni bg la sebulan, sbb kat sekolah internet slow, kadang2 2,3 hari internet x de….. nak menanda kertas pun lepas ni mahu 3 minggu br selesai, tambahan plak siapa yang mengajar bm atau sejarah menengah atas… sblum ni cikgu smpai pkl 11 malam menanda, lepas ni releks la sikit… org ppd kena paham la jgn la mendesak nak analisis peperiksaan cepat sangat… kesimpulannya, saya sangat setuju la cikgu bekerja 9 ja ni… (lepas ni budak2 sekolah makin lembab la, sbb xtiviti koku semakin kurang)

afzan shahril

pandangan Roland Mersing ni menjatuhkan maruah Guru.. jangan samakan guru dengan maid, guru menjaga anak-anak (kalau Roland Mersing ada anakla) dari pukul 7.30-1.00 pun dah besar ertinya..tak reti bersyukur ker? guru bole bagi kerjasama,begitu juga ibu-bapa..kena mainkan peranan..haii..xkan buat anak reti jaga anak kena bagi kat org jaga kot ??? pandaila ikhtiar sendiri..jangan otak letak dekat lutut ok..

kicap masin

Saya kerja lebih 10 jam sehari (ni tak masok kerja kat rumah), takde pon bising2.

NANDHA KUMAR NAIDU A/L RAMANAIDU

Terima kasih atas keprihatinan TPM atas isu ini. Saya juga berharap TPM merangkap Menteri Pelajaran dapat menyelesaikan masalah guru-guru PPPS Senior yang masih belum naik pangkat,walaupun telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.

AZNAN JA'AFAR

Guru bukan seperti kakitangan kerajaan yang lain. Setiap saat berurusan dengan manusia yang baru membesar dengan pebagai ragam. Gaji pula lebih rendah berbanding tentera. Kemudahan tiada seperti gaji dan elaun yang paling rendah, cuti tahunan hanya 7 hari, cuti persekolahan diganggu dengan macam-macam perkara dan kursus, bertugas 24 jam seperti perkhemahan, ke motivasi, bertugas pada hari sabtu dan ahad tanpa sebarang elaun atau overtime. Elaun pakaian pun tiada. Guru mengeluarkan perbelanjaan 100% dari pakaian, alatulis, menghias kelas, insentif untuk pelajar dan menggunakan kenderaan sendiri dengan menangung pelbagai risiko untuk menghantar pelajar bagi sesuatu aktiviti. Guru Disiplin tiada sebarang elaun dan berisiko tinggi dengan nyawa dan harta benda yang acapkali diancam oleh pelajar yang tidak berpuas hati.Di mana keadilan untuk guru. Menteri Pelajaran tidak ada membuat sebarang kebajikan untuk para guru sebaliknya mengikut kata ahli politik yang hanya tahu membebankan para guru dengan beban tugas yang tidak sewajarnya.

ezazul

Sememangnya ini tindakan wajar. saya pernah bekerja di sektor swasta selama lebih 5 tahun namun tugas guru lebih berat dan mencabar. Kepada mereka yang tidak pernah menjadi guru, anda tidak sedar bahawa guru bekerja lebih 9 jam, malah cuti hujung minggu juga banyak digunakan tanpa sebarang overtime. jika ada OT, pasti guru akan berganda gajinya. oleh itu janganlah terlalu emosi akan isu ini, yang penting kualiti pendidikan anak-anak terus baik malah lebih dititikberatkan. Ingat, tugas mendidik bukan hanya diserah bulat-bulat pada guru, malah ibu bapa serta masyarakat amnya hendaklah memainkan peranan.

Ng

Sebelum keluarkan kenyataan untuk persetujuan rakyat ,adalah lebih baik buat tinjauan mendalam Kerana dengan sistem kerja 9 jam tidak bawa kesan baik @ minta jugak pihak menteri jangan buat sebarang kenyataan yang tidak munasabah ,Tanpa guru siapa kamu ...

ShYeIghT

Pada pendapat saya tiada masalah jika guru bekerja selama 9 jam dari 8am~5pm dimana mereka boleh menghabiskan kesemua kerja-kerja mengajar termasuk yang membabitkan pengurusan tanpa dibawa balik kerumah.Saya yang bekerja di universiti swasta ni hanya mempunyai 3 pekerja berjawatan yang sama bukan sekadar menjaga kontraktor,operasi harian sistem teknikal tetapi pengurusan juga.Pada pendapat saya,dengan pelbagai imbuhan yang baik dari pihak kerajaan,tibalah masa golongan guru perlu berkorban sedikit masa dan tenaga bagi menunjukan kesyukuran terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.Pada peringkat permulaan mungkin ia nampak masalah,tetapi selepas ia dilaksanakan ia akan bertukar menjadi budaya kerja yang baik.Sepatutnya golongan guru yang tergolong dalam golongan profesional perlu berfikiran positif.

cikgu midah

xstuju4....nk jugak blik kul 1, skolah saye blik kul 5

MAT AMIN

Tahniah Tan Sri kerana mengambil keputusan yg bijak dan sy berpendapat bukan semua perkara yg kementerian putuskan berkaitan dengan undi atau politik semata-mata. Persepsi ini sangat tidak adil. Pastinya kementerian telah membuat semua kajian seperlunya. Saya faham kerjaya guru agak memenatkan yg perlu berjalan, turun naik tangga sehingga menanda buku latihan, kertas soalan dan sebagainya pada waktu persekolahan serta di luar waktu persekolahan. Golongan guru juga sangat besar sumbangan kepada komuniti dalam pelbagai program sama ada mereka/sekolah anjurkan atau sertai. Saya lihat di kawasan kami gurulah yang membantu masyarakat tempatan di sabah dalam kebanyakan hal walaupun bukan tugas rasmi mereka. Contohnya ustaz yang mengimamkan solat dan guru-guru yg meramaikan masjid serta mengadadakan kuliah setiap minggu tanpa meminta bayaran untuk membantu komuniti setempat. Adakah mereka mampu untuk meneruskan aktiviti di luar waktu sekolah dengan waktu kerja yang bertambah. Dan akhir sekali.. org yang tidak boleh bersuara/merungut adalah golongan hamba atau mereka yg berada di negara bukan demokrasi. jadi salahkah?

px

tabik kepada semua guru, tugas guru amat di sanjung masyarakat, bagaimana pula dengan tugas polis yang di kira bertugas 24 jam.

nur

salam. sebagai bakal guru, sy lega dengan pemansuhan ini... tugas guru nampak mudah dan senang namun, hanya guru saya yang tahu penat lelahnya. tugas guru tidak selesai hanya disekolah, kadang kala terpaksa dibawa pulang ke rumah. jangan persoalkan tugas guru dan mengandaikan tugas guru ini mudah sebelum anda mencubanya. ambillah sehari menjadi guru dan pastinya anda juga berterima kasih kepada TPM atas pemansuhan ini. ;)

Tansformer

KPM sila ambil saya jd guru,,, saya pun nak berbakti 12 jam kepada anak murid

ramlah mohamed

Percayalah.....tugas seorang guru, berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

cricket Lee

Wajarkah faktor pekerja-pekerja bidang selain keguruan memperbandingkan waktu pejabat dengan waktu persekolahan untuk dijadikan isu? Pada saya, pandangan sedemikian adalah isu remeh yang amat jelas menunjukkan mereka itu adalah orang - orang yang kurang bijak atau jahil dalam pengurusan masa. Masalah mereka adalah siapa yang nak jaga anak dlm tempoh lpas waktu sklh hngga hbis wktu pjabat. Kelihatannya mereka ini kurang berkembang fikirannya.Hanya mampu memikirkan 2 kaedah tradisional sbg penyelesaian itu Guru sbg Penjaga percuma & amah yg perlu dibyr gaji. Cuba anda buka minda dan hati anda, ambillah tempoh waktu 1 minggu utk menyenaraikan sebanyak mngkin kemudahan serta langkah2 penyelesaian yang lain yg lebih efektif. Jika anda hanya berjaya menyenaraikan 5 kaedah shj, brmakna anda msh gagal. Wlau bagaimana pn, anda msh bnyk pilihan yg relevan dgn waktu krja anda brbanding suruh guru tggu anak atau serah je ngan org gaji.

YB Buj

Guru adalah merupa insan yang mulia.Mendidik anak bangsa bakal meneruskan keamanan kemerdekaan yang kita kecapi.Seandainya generasi mendatang kurang lengkap dengan bekalan ilmu,tidak mustahil negara kita akan dipimpin oleh mereka yg bukan layak jadi pemimpin kerana tidak berteraskan ilmu.Maka saya menyeru janganlah memperkotak katik peranan guru.Saya rasa 9 jam waktu bekerja untuk guru sangat tidak wajar kerana guru perlu banyak rehatkan otak untuk keesokkan harinya kerana telah berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar.En Roland Mesing....anda boleh membuat komen kerana kegigihan guru mengajar anda sehingga boleh menulis membaca dan mengira.Kini ilmu yg anda perolehi kini digunakan untuk menghentap para guru pula demi untuk kepentingan peribadi anda iaitu untuk menjaga anak- anak anda.Sekian Terima Kasih.

budakulim

nak gaji lebih minta banyak-banyak..suruh kerja lebih bising...

Melati

Kepada ZAMAN dan yang seangkatan dengannya. Memang guru dapat gaji dan elaun2 tertentu. Tp bukannya semuanya gruru yang dapat elaun tertentu tersebut. Selain mengajar dan mendidik, guru dibebankan dengan banyak tugasan perkeranian yang tidak nampak jelas di mata masyarakat. Di antaranya, data-data NILAM, PBS,KSSR, PLBS, dll lagi. Jika seseorang guru mengajar 5 atau 6 kelas, dan di dlm setiap kelas tdpt 40 murid. cuba anda bayangkan berapa maklumat setiap murid yang guru2 akan isi. Dr jam 7 hingga ke 12 mlm pun x habis. TAK PERCAYA??Cuba anda berkahwin dengan seorang guru....

cricket Lee

Wajarkah faktor pekerja-pekerja bidang selain keguruan memperbandingkan waktu pejabat dengan waktu persekolahan untuk dijadikan isu? Pada saya, pandangan sedemikian adalah isu remeh yang amat jelas menunjukkan mereka itu adalah orang - orang yang kurang bijak atau jahil dalam pengurusan masa. Masalah mereka adalah siapa yang nak jaga anak dlm tempoh lpas waktu sklh hngga hbis wktu pjabat. Kelihatannya mereka ini kurang berkembang fikirannya.Hanya mampu memikirkan 2 kaedah tradisional sbg penyelesaian itu Guru sbg Penjaga percuma & amah yg perlu dibyr gaji. Cuba anda buka minda dan hati anda, ambillah tempoh waktu 1 minggu utk menyenaraikan sebanyak mngkin kemudahan serta langkah2 penyelesaian yang lain yg lebih efektif. Jika anda hanya berjaya menyenaraikan 5 kaedah shj, brmakna anda msh gagal. Wlau bagaimana pn, anda msh bnyk pilihan yg relevan dgn waktu krja anda brbanding suruh guru tggu anak atau serah je ngan org gaji.

Muhuammad Hassan

Masalahnya disini ialah kerja berkaitan guru. Kenapa jawatan lain yang lebih sudu daripada kuah. Ada yg bekerja ikut syif....kalau mcm tu nak bagi adil guru pun kerja ikut syif....agak2 syif ketiga 11.00 malam hingga 7.00 pagi ada ke pelanggan untuk guru2. Pelanggan utama guru2 ialah pelajar....kalau nak banding kerja guru dengan kerja lain dimana titik pertemuannya. kalau yg bukan guru minat jadi guru letak jawatan mohon jadi guru tak ada pun org nak marah...kenapa suruh guru letak jawatan dan cari kerja lain. Ingatlah masy. sudah berada dalam keadaan yg amat tgeruk terutama golongan remaja...bagi saya punca utamanya kerana ibu bapa menganggap tanggungjawab mendidik anak2 mereka 100% terletak dibahu guru2.....andainya anak 2/3 org pun tak mampu nak jaga...apa yg guru boleh buat dgn bilangan 30/35 pelajar satu kelas. Masalahnya guru suddah bekerja lebih daripada yg sepatutnya....kalau masa kerja lama...tapi sembang....minum teh berjam2....buat habis diut kerajaan aje. Jangan sebok kerja org buat kerja sendiri.....ingat masing2 ada cara dan peraturan yg perlu diikuti.....guru bukan pengasuh anak anda roland duit gaji tu guna le dgn bijaksana untuk anak2 anda jangan nak selesai masalah sendiri....marah org lain.....pandangan anda memperlihatkan tahap pemikiran anda yg kolot

Des Dee

"Guru Cermin Masyarakat", Cermin secara positif mau pun negatif ? Namun jangan lupa, martabat guru sebagai penyampai ilmu, amat tinggi tau.....terima kasih.

Shamsul

Antara tugas guru yg mungkin org lain tak perasan:
1) 7.35am - 2.30pm mengajar, semak buku dll.
2) 3.30pm - 5.45 latihan sukan/ bola jaring/bola baling/ latihan bahas/latihan utk persembahan hari anugerah dll.
3) 2.30 - 5.00 pm mesyuarat kurikulum/koko/panitia dll
4) 2.00pm hantar pelajar ke pertandingan
5) 3.00pm - 7.00pm pertandingan MSS olahraga/bb/BJ/B.Sepak dll
6) 7.00-8.00pm hantar pelajar hingga ke rumah selepas aktiviti sbb dah malam..... pernah htr pelajar jam 9.00mlm disebabkan jarak tempat aktiviti jauh.....

Faris

adakah perjalanan kerjaya seorg guru begitu sukar..bermula d peringkat sekolah..majoriti tp bkn semua guru2 ini d peringkat sekolah bkn pelajar yg cemerlang..d peringkat uni mereka menjalani pembelajaran yg dkira senang bebanding kursus kejuruteraan,perubatan,pergigian atau farmasi..apabila masuk ke alam pkerjaan gaji guru2 ni adalah setaraf dgn graduan dlm bdg profesional lain..adakah guru2 ni pernah merasa kerja 36jam tanpa henti dan xdpt pulang ke rumah..sekiranya guru menyatakan kerja mereka unik dan ikhlas..adakah pgorbanan mereka sama spt pengorbanan dokter2 seluruh negara yg kurang masa dn tdo dr bergelar pelajar perubatan sehingga bkerja..bsyukur la sesetengah guru2 yg beban anda tidaklah seberat mn..

ahmad firdaus B mohd Yaakob

terima kasih Tan sri kerana memahami bebanan guru .setiap hari kami sentiasa dibebani kerja yang memerlukan ketelitian dlm segala aspek.Mujurlah Tan Sri memahami profesion perguruan kerana walaupun mula mengajar dari 7 pagi hingga 2 petang namun segala tenaga dicurahkan berterusan (all out) berbanding perkhidmatan awam yang mempunyai kelonggaran ketika bertugas sedangkan guru2 sentiasa berhati2 dalam segala tugasan dan keselamatan murid2

Norainih

terima kasih TPM.. kepada penjawat awam yg lain.. fahami la tugas seorang guru yg sebenar.. smemangnya guru sudah bekerja lebih dari 9 jam.. mengurus kurikulum.. kokurikulum dan tugas pengkeranian. jgn la hanya memandang gaji dan cuti yg byk..

Norainih

terima kasih TPM.. kepada penjawat awam yg lain.. fahami la tugas seorang guru yg sebenar.. smemangnya guru sudah bekerja lebih dari 9 jam.. mengurus kurikulum.. kokurikulum dan tugas pengkeranian. jgn la hanya memandang gaji dan cuti yg byk..

Halim

Sebagai contoh.

Kenapa RM100 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua anak rakyat Malaysia yang masih menuntut perlu diserahkan oleh pihak sekolah. Kenapakah tidak suruh pihak bank atau pihak ibu bapa sendiri yang uruskan berkenaan wang tersebut.
Itu adalah sebahagian kecil daripada tugas guru di sekolah yang tiada kaitan dengan pengajaran & pembelajaran.

Halim

Nampaknya masih terdapat segolongan besar masyarakat melihat tugas guru hanya dari 7 pagi hingga 1 petang.

Saya cadangkan agar adakan program pertukaran tugas sementara kepada sesiapa yang hendak mencuba menjadi seorang guru selama kira-kira 6 bulan. Guru boleh buat kerja mereka dan mereka buat tugas guru. Selepas tamat tempoh 6 bulan masing-masing buat refleksi atau cadangan penambahbaikan. Berkenaan anak murid atau pelanggan masing-masing biarlah keadaan yang menentukan dan berdasarkan kepada kebolehan masing-masing.
Komen-komen yang dibuat kebanyakannya dibuat berdasarkan pemerhatian mata kasar dan bukannya dengan mata hati.
Guru boleh diberikan tugas menjaga anak pegawai perkhidmatan awam yang lain, tetapi kouta murid dengan guru hendaklah dipatuhi 1:10, kemudian kemudahan prasarana di sekolah harus dipertingkatkan agar cukup untuk keperluan anak-anak mereka gunakan. Cuba lakukan 2 perkara ini dahulu. Banyak lagi yang perlu dilakukan sebenarnya. Kemudian kerajaan umumkan tak perlu ambil pembantu rumah dari indonesia, myanmar, dsbnya.
Para pendidik usahlah merasa berkecil hati dengan pandangan golongan yang merasakan tugas guru itu sedikit. Biarlah mereka merasakan demikian kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya. Kalau kita memandang enteng sesuatu perkara yang penting, suatu masa nanti kita akan kehilangannya. Tetapi kalau kita memberi penilaian yang betul, kita juga akan mendapat hikmahnya.

Cikgu Ayu

Roland Mersing and the geng... Ramai betul yak, tuduh kamu pandai buat anak aje, tp tak pandai nak jaga anak hingga paksa guru pula jaga kan.
Wahai cikgu-cikgu Malaysia, kesian En Roland kita tu, TOLONG la jaga anak-anaknya tu hingga jam 5 petang ya, sbb dia nak kerja kat pejabatnya...penat.

mat sekerap

Amboi kau mdsabri...busuk sungguh hati kau..busuk lagi dari sekerap aku pungut tiap-tiap hari.Apsal nak berdengki dan menyindir kaum guru.Itulah kau kenapa tak pohon kerja cikgu...entah-entah SRP pun tak lulus..hampehhh.Aku mmg bersekolah tak pandai dan skrg noreh getah tapi lumayan, tapi aku hormat dan tahu tugas guru bukan sekadar mengajar je tapi lebih apa yg kita dengkikan itu..Meh sini mdsabri aku ajor kau noreh getah..tak payah nak harap cikgu jaga anak kita pulok...dah pandai kau BUAT pandai2 kau jaga.Lagi satu kau orang tak terfikirkan macamana anak kita yang tak pulang, tak mandi di sek,tinggal dalam bilik darjah yg panas pada sebelah petang sgt2 tidak selesa.Bagi aku org kg lebih aman anak aku ada kat rumah sebelah petang biar mereka dapat main dgn kwn2 dan rasa alam kanak-kanak mereka.Kita kalau nak bagi pandangan disini bior pakei otak sikit...jgn dok sindir2,itu menunjukkan kita ni tak cerdik..faham...

maliah837

syukur alhamdullilah...

shah

9 jam kira berbaloi drpda kerja shift bg pihak swasta yg berkerja shift n ptt dihargai .TQ

Awang

Roland Mersing: penjawat awam ke? Mcm mana pulak dpt jd Penjawat awam sdgkan dulu sekolah blm laksanakan 9 jam? Kalau nak anak2 selamat bknnya kerja guru nak pantau tp ibu bapa sendiri. Sivik kan bermula Dr rumah.

triple j

mencadangkan agar guru mengurangkan beban tugasan para guru tetapi dalam masa yg sama mengurangkan juga segala bentuk insentif yg diberikan kepada mereka. kalau tidak, mereka hanya fokus kat segala kesusahan yg mereka kena buat (walaupun hanya sama, kalaupun tak sesusah banyak profesion lain seperti jururawat yg tiap2 hari tengok org sakit, polis berhadapan penjenayah dsb). tapi buat2 tak nampak kat segala kelebihan yg diberikan kepada mereka berkali2 tiap2 tahun spt masa hari guru dan belanjawan, cuti panjang yg sekali sekala je kena report duty masa cuti dsb berbanding profesion lain yg kena berkhidmat setiap weekdays kalau tiada cuti am or mohon cuti.

dan insentif yg ditarik balik tu boleh digunakan utk tambah lagi bilangan guru utk berkongsi segala "kepayahan yg mereka dok tanggung selama ni". so pada masa yg sama boleh kurangkan bilangan pengangguran, dan diorang tak boleh nak complain beban kerja banyak. ada berani ka para guru dan menteri?

Japit Timbangan

Buat yg tidak mengetahui apa yg cikgu-cikgu kat sekolah dok buat, selain masuk kelas dan mengajar...

A: Urusan data, fail, buku rekod dan laporan

# Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
# Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
# Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
# Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
# Buku Nilam Sekolah
# Laporan Adab Belajar
# Baitulmal dan biasiswa
# Laporan guru bertugas
# Urusan disiplin pelajar
# Urusan pusat sumber
# Program khas dari Jemaah Nazir
# Buku rekod kerja sekolah

B: Pentadbiran

# Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
# Pengurusan pentadbiran
# Kutipan yuran dan pelbagai
# Guru kelas

C: Kurikulum

# Jenis peperiksaan
# Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
# Kertas kerja kajian tindakan
# Panitia
# Mata pelajaran
# Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
# Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

D: Kokurikulum

# Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

E: Hal Ehwal Murid (HEM)

# Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

Cuba kita sesama lihat dan renungkan susunan tugas seorang Guru yang Wajib dipikul oleh setiap Guru di sesebuah sekolah:

1. Guru Kelas:
a. Memikul tanggungjawab menjaga kebajikan pelajarnya.
b. Membuat segala carta tentang organisasi kelas yang dipegang.
c. Mengisi Maklumat Murid mengikut bilangan murid dalam kelas yang diamanahkan.
d. Kecerian kelas.
e. Inventori peralatan kelas.
f. Mengambil kedatangan pelajar setiap hari.
g. Projek Nilam
h. Kutipan Yuran
i. Isi Maklumat Kesihatan Murid
j. Isi Maklumat Kad 001 (entah apa-apa je nie - tak masuk akal keje nie).
k. Buat rekod PLBS
l. Isi markah ujian dan masukan ke buku rekod.

2. Guru Rumah Sukan:
a. Mengadakan latihan sukan 2 kali seminggu.
b. Kutip Yuran Rumah Sukan.
c. Menyediakan senarai nama ahli rumah sukan.
d. Membuat pemilihan pelajar untuk dipertandingkan.
e. Menempah dan mengedarkan makan minum kepada semua ahli rumah semasa sukan.

3. Guru Kelab/Persatuan:
a. Menjalankan Mesyuarat Persatuan.
b. Menjalankan Perjumpaan Kelab (seminggu sekali).
c. Menyediakan Laporan Perjumpaan Kelab.
d. Kutipan Yuran Kelab.

4. Guru Bertugas Mingguan:
a. Membuat Laporan Harian apa yang terjadi di sekolah.
b. Menyediakan persiapan apa yang berlaku pada minggu tersebut.
c. Hantar pelajar bermasalah ke klinik dan sebagainya.
d. Pastikan semua blok bangunan selamat digunapakai.
e. Tutup Pintu, Tingkap Kelas kalau ader yg terbuka waktu balik.
f. Buka pintu dewan untuk majlis rasmi.
g. Tutup Bilik Guru.
h. Periksa kebersihan tandas. (ader ke inipun kena buat…!!)

Jadi perhatian untuk ROLAND MERSING, Tugas guru bukan untuk menggantikan Maid dari Indonesia!

Siti

Roland mersing: dr penulisan beliau, jelas menunjukkan yang dia nk guru ni jd maid plak.n sekolah sbg taska.siap nk wat bantahan lg tu.mcm berbulu benar dgn cikgu.sila ambil tmpt guru jika berminat.

pelik la manusia ni..anak sendiri suruh cikgu jaga..ingat cikgu ni pengasuh ker?buat anak jer pandai..jaga malas..

junainah usup

tak perlu lah ada peperangan mulut mengensi isu 9 jam ni sebenarnya. masing2 tahu tanggungjawab kerjaya sendiri. walaupun ini dibatalkan tidak bermakna guru2 juga tidak kerja lebih masa. saya setuju itu org ramai anggap guru hanya mengajar tapi susulan selepas mengajar adlh kelas tambahan utk membantu pelajar yg lemah.... jadi guru pun sdh keja secara langsung 9 jam....bukan itu saja, aktiviti kokurikulum juga brtjalan dwaktu petang... jadi kenapa tidak berpuashati dgn keja guru.... klu x berpuashati dgn keja guru dsbbkan permasalahn x pembantu rumah...itu sdh logik lah..... guru adalah ibu bapa yg kedua kpd pelajar tetapi kita ibubapa yg pertama yg wajib mendidik anak2 kita sendiri...tak perlu menunding jari kpd guru2 klu anak kita ada mslh...tetapi masyarakat akan berckp psl tanggungjawab kita kpd anak2 knp anak kita ada mslh....mudah2an apa yg berlaku pasti ada hikmahnya....

zaman

Batal? Elaun dan macam2 kemudahan dah dapat, suruh kerja lebih nak ugut macam2. tak boleh kerja berenti je la. Buka kelas tuisyen je.

ShahrulKamar

Bagi saya tidak ada masalah.Pembelajaran anak saya tetap bagus,walaupun anak saya banyak masuk aktiviti kokurikulam bersama guru.Saya rasa pengorbanan guru lebih banyak dari penjawat awam yang lain.Kita janganlah nak persoalkan waktu kerja guru.Bagi saya yang penting kesungguhan anak kita untuk belajar.Kalau kita letakkan guru yang bagus pun kalau anak kita tak mahu belajar dgn bersungguh2,takkan kita nak salahkan guru juga.Sedangkan kita pun di rumah susah untuk nak mengajar anak kita.Apa yang penting keberkatan dan doa ibubapa adalah penawar yang paling mujarab.Itulah yang saya buat setiap hari.Kalau nak waktu kerja macam guru jadi macam saya sebagai 'Penoreh Getah' gi kul 6 balik 9.Pendapatan pun lumayan!!!!!

aizat

Saya cabar penjawat awam yg lain utk mengajar 3 kelas yg setiap satu mempunyai tempoh selama sejam. Pada masa yg sama sila pastikan anak murid duduk dlm keadaan yg diam dan bersedia utk belajar tanpa sebarang gangguan. Akhir sekali sila pastikan SEMUA murid anda memahami isi pengajaran.

Mohd Addy Yusrizal

Alhamdulillah, terlebih setinggi-tinggi terima kasih kepada TPM kerana memahami tugas dan beban guru. Semestinya tugas guru bukanlah sama seperti tugas-tugas penjawat awam yang lain. Guru terpakasa bertugas tidak mengira masa, bukan sahaja di sekolah malah di luar sekolah. Sebagai contoh, seorang guru sukan sekolah terpakasa balik pukul 8 malam menghantar murid kerumah masing-masing jika ada latihan sukan. Sepatutnya ini pun diambil kira sebagai tugas guru tetapi tidak ramai yang menyedarinya.

Sifu

Terima kasih TPM, saya ada satu permintaan, kalau boleh turunkan 'Si Pencadang' idea waktu kerja 9 jam ni ke sekolah. Saya boleh tolong sekolahkan dia ni.

ZEK

Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini

pak anjang burn

sya pernah jg GKM,ketua panitia,warden asrama,su sukan,pengurus pasukan sekolah, ppd dan ngeri pd tahun yg sama...saya suka krja cikgu wpun pnat dan xckup masa 24 jam sehari...hargailah jasa guru

TAK IRI

Betul kata Roland Mersing... bila guru tak kerja di sekolah hingga jam 4.30 ptg,
ia boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Anak2 kita terabai & tak tau apa mereka buat sbb kita masih kat pejabat. Guru balik kerja separuh hari rehat aje...kita penjawat awam lain masih bekerja keras kat pejabat...Ini betul2 tak adil.

nuekkacak82

@Roland Mersing

Nampak sangat kamu malas jaga anak sendiri.. Tanya anak kamu dulu, sanggup ke duduk kat sekolah 8-5pm..

Hidayah

@Roland Mersing: Guru bukan baby sitter, harap maklum. Nak jaga anak sendiri pun mahu lepas tangan.

bard

kerja guru ni selagi tidak dihabiskan disekolah akan disambung pula dirumah berbeza dengan penjawat awam yang lain habis waktu pejabat tak perlu memikirkan semasa berada di rumah ,kerja pendidikan berbeza contohnya menyediakan sukatan pelajaran untuk esoknya.tambahan lagi,sekiranya pihak sekolah menganjurkan lawatan atau perkhemahan golongan pendidik ini akan memastikan semua murid telah pulang kerumah masing-masing tidak kira lah sehingga waktu malam untuk menunggu kehadiran ibu bapa yang datang mengambil anak-anak mereka,berterima kasih lah kepada golongan pendidik ini.Kesekian kalinya musim peperiksaan sudah tiba,waktu cuti pun guru tetap bertugas seperti menjalankan tugas sebagai pengawas peperiksaan SPM yang akan berakhir pada bulan Disember sehingga tak sempat bercuti.selain itu ada guru yang sedang menanda kertas peperiksaan PMR.Siapa kata guru banyak keistimewaan.Golongan guru inilah yang perlu kita berikan kredit yang tinggi.sekian terima kasih

penjawat awam

kepada ROLAND MERSING & MDSABRI, tolong berfikir gunakan OTAK jangan berfikir gunakan LUTUT....

azmi

TERIMA KASIH TPM ..Harap semua faham tugas GURU..jangan disamakan dengan kerja lain..Ingat Jasa CIKGU ..

Faizal

Kerja 9 jam tu hanya diperbesarkan saja kerana masa kerja sebenar guru tidak diwartakan.dah biasa kerja lebih masa. Lebih 9 jam ...Cuma macam tak perasaan aje... Masyarakat nampak guru hanya kerja sebelah pagi sahaja. Bila ada segelintir guru bekerja luar jadilah macam kerja guru tu singkat sangat. Ibarat melihat guru bekerja seperti sebuah kapal. Tenggelam tulah tugas guru. Kalau lihat ' kayak ' macam tugas tu sikit sangat. KPM patut istiharkan masa rasmi guru... Isu begini menyebabkan guru tu masyarakat memandang serong pada guru. Mereka beranggapan jika guru tiada di sekolah tiadalah tugas guru lagi. Jika ada masa tugas rasmi rasanya guru boleh buat tuntutan kerja masa macam penjawat awam lain. Tu diaaa... baru best ... !

dif

Satu keputusan yang tepat...rasionalnya sebelum perkara dasar itu cuba dilaksanakan KPM perlu bertindak secara rasional dengan mengambil kira semua perkara agar tidak menimbulkan spekulasi di kalangan masyarakat.

Farzeli Che Mat Mustafa

Tugas Guru secara tersurat hanya 50% dan tersirat juga 50% justeru jika yang tersurat sudah 6 jam bererti yang tersirat juga 6 jam maka bermakna tugas guru telah menjadi 12 jam sehari iaitu melebihi 9 jam yang dirancangkan. Oleh yang demikian pemansuhan ini wajar agar program pendidikan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Ita

TK TPM! Bagus pandangan Roland Mersing, tapi sayangnya leboh menjurus kepada guru dianggap sebagai baby sitter / pengasuh anak-anak terutama bagi ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada guru. Itu la ibu bapa sekarang... TK kepada kawan-kawan yang telah memberi komen tentang tugas guru. Jadi Roland Mersing, "Lu pikir la sendiri..."

gray

saya menghormati guru.

Justina Fadhilah

Alhamdulillah..lega hati para guru, selama ni pun kaum guru sdh ckup terbeban. Kami minggu depan masih bekerja utk Hari Konvo UPSR..

Terima kasih TPM....sememangnya tugas guru bukan hanya mengajar dan menanda buku....banyak kerja lain yang dilaksanakn oleh guru-guru lagi..hanya insan yang bergelar GURU akan mengerti.

Mohd Rushdi

Alhamdulillah..Guru - guru banyak menyumbang tenaga dalam pelbagai urusan di sekolah dan luar tugas rasmi. Ini kerana bidang pendidik ini perlu berurusan dengan pelbagai ragam murid-murid yang mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri. Bkn waktu yang perlu ditekankan tetapi kualiti 'produk/pelajar' yang perlu ditekankan. Takut kualiti mengajar dan P&P terjejas kerana beban kerja yang kebanyakkannya perlu diuruskan sendiri oleh guru.

syed mohd kamal

dulu dah cuba... pas tu ni timbulkan balik... kalau cikgu undi lain nanti baru tau.. nykong-nyokong juga tapi kalau dah nak ikut cakap deme je... tengoklah nnati nak undi sape lak

farah alyani mohamad razali

pd pndapt sy tugas guru untuk mendidik tp kualiti sebagai pndidik smkn berkurg masa kini disebabkn tgas2 lain yg lbh bnyak dan kurg rasionl amt membebenkn guru untuk lbh menumpukn kpd tgas sebenar mereka. jd kualiti pelajar juga semakin berkurg wlaupn peratus A meningkt tetapi tiada kualiti..

mohd norazmin abd aziz

sy sokong sgt2, tq TPM, org ingat cg ni kerja dia mengajar je...dulu dengan sekarang jauh sgt dah cara kerja...

affandi

Terima kasih. Ini lah TPM yang prihatin terhadap masalah guru. Kerja guru ISTIMEWA DAN UNIK. Tidak boleh nak banding dengan kerja lain, ianya berbeza dari segi kerja. Bukan duk goyang kaki sepanjang masa. Kena prepare nak ngajar, periksa buku, temujanji pelajar, ibubapa, periksa kertas soalan n kokurikulum pagi dan petang kena rancang.

Roland Mersing

saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih.

Roland Mersing

saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih.

mizar

timakasih TPM.....beban yg ada tak tergalas, ibarat tubuh di belah 4 tuk melakukan tugasan d amanah diberikan, d kdgkala tak dihargai namun tugas tetap tugas.....

tahir dulamit

terima kasih kpa TPM yg telah membuat keputusan paling tepat dalam isu ini...

anuar nasri

Terima kasih diucapkan atas pertimbangan yang bijaksana. Marilah kita meningkatkan kualiti P&P berbanding kuantiti.

abd aziz bin ibrahim

Etos kerja guru tidak sama seperti bidang dan skop kerja yang lain. Sekadar contoh, seseorang guru bukan mentadbir urus duit, tetapi guru mentadbiran domain otak modal insan, otak manusia yang masih perlu dibentuk. Kalau guru mentadbir urus duit seperti seorang ahli perniagaan, saya yalin dan percaya guru lebih daripada boleh balik melebihi jam 4.30 petang. Sekadar pandangan peribadi. T kasih.

rafmi jkidi

Terima kasih. Pembatalan itu amat bermakna bagi guru kerana pembatalan tersebut dapat mengurangkan beban d samping mengurangkan tekanan. Bagi yg sudah bergelar ibu bapa seharusnya sudah faham bagaimana menghadapi anak. Guru umpama ibu bapa kepada pelajar di waktu di sekolah.pengurangan masa adalah mustahil tpi pengekalan masa kerja tidaklah mustahil

matteo

Guru sepatut bertugas selama 9 jam, sama seperti penjawat awam yang lain.Guru terlalu banyak rehat jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang lain.Mereka mempunyai cuti penggal/semesta yang panjang selain cuti umum.Kerja jam 7.00am balik jam 1.00pm. Sepatut guru lah yang bekerja lebih masa, sebab tugas mereka mendidik budak-budak dari peringkat tadika hingga ke universiti. Mendidik supaya seseorang itu supaya menjadi orang berilmu dan pintar memerlukan tumpuan yang serius dan padat dengan jadual-jadual pembelajaran sepenuh masa.

nurul_azmi79

Terima Kasih TPM, saya sokong, memang tugas guru amat istimewa, ramai orang beranggapan tugas guru hanya mengajar semata-mata ...sebenarnya banyak lagi tanggungjawab guru di sekolah dan di luar sekolah...tugas guru sekarang dengan dulu pun jauh berbeza...cuba bandingkan zaman kita sekolah dulu dengan anak-anak kita sekarang...saya harap semua dapat memahami....

Cikgu Abdullah

Hakikatnya, selama ini guru telah bekerja selama 9 jam. Kerja pengkeranian yang tak ramai masyarakat mengetahuinya. Tahukah, guru memeriksa buku pelajarnya hingga di atas katil ? Terima kasih TPM. Ini keputusan bijak meskipun ada pihak lain amat cemburu...

mdsabri

wow .. bestnya guru-guru gaji mahal kerja separuh hari , cuti panjang kemudahan lain pun banyak ..

ismail mahmud

tugas guru memang sangat istimewa. orang yang tidak pernah jadi cikgu atau tidak jadi cik gu tetap mengajar di sekolah mereka tidak tahu beban tugas yang sebenar yang dilakukan oleh guru setiap hari apatah lagi guru di SBP dan juga guru-guru yang berada di sekolah yang berisiko tinggi cik gu tak boleh duduk diam terpaksa pergi rumah ibybapa selain daripada tugastugas perkeranian yang lain di mana guru tidak ada kernai khas atau penbantu khas walaupun gred gaji ereka 41.44 dan 48 bahka 52 biasa saja low profile itulah guru.

mohd sukor

Harap orang ramai dan penjawat awam yang lain memahami bahawa ini bukan bermaksud guru tidak mahu bekerja 9 jam. Sebenarnya guru tidak mahu terikat 9 jam berterusan tanpa henti disekolah dari pagi sampai petang seperti pejawat di pejabat. Mereka sebenarnya bekerja lebih dari itu. walaupun jadual mengajar lebih kurang 4 jam sehari tetapi tugas- sampingan selain mengajar memerlukan masa yang lebih lama dari 9 jam seperti menanda buku,mengisi borang,menghantar pelajar bertanding,membetulkan sahsiah pelajar,biasasiswa dan terlalu banyak lagi kerja yang berkaitan dengan mendidik dan mengasuh pelajar. Seandainya masa guru di ikat dan di kawal maka banyak kerja akan terbantut dan akan memerlukan peberlanjaan kerajaan yang lebih besar kerana kerja perlu disiapkan diluar waktu kerja dan perlu di bayar OT. Bekerja sebagai guru untuk mendidik anak bangsa memerlukan keikhlasan dan yang diiringi kasih sayang kepada pelajar. JIka perasaan mereka tertekan dan mereka rasa terbeban terlampau justeru itu akan memberi kesan yang besar kepada anak didiknya. Seandainya kita tidak mahu anak kita di ajar dan diasuh oleh orang(guru) yang tidak bahagia dan bekerja penuh tekanan maka kita jangan tekan mereka. mereka dipilih dari dan ditapis untuk menjawat jawatan ini.percayalah kepada mereka. Seandai ada seorang dua guru yang buat hal itu adalah merupakan kes terpencil.

Azlan Ali

Terima kasih TPM kerana memahami tugas guru. Profesion perguruan memang tak boleh dibandingkan dengan perkhidmatan awam lain. Guru melakukan banyak tugas-tugas lain selain dari mengajar.

Robert Radin Bunak

Terima kasih. Sememangnya tugas sebagai pendidik ini amat istimewa.. banyak perkara yang perlu guru laksanakan selain dari mengajar semata - mata.. guru boleh menjadi pakar rujuk oleh murid, masyarakat setempat, orang awam dan pelbagai golongan dalam pelbagai perkara. Justeru itu, memang wajarlah beban guru dikurangkan dan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin amat releven. Terima kasih TPM merangkap Menteri Pelajaran..

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat