Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 05 Nov 2011 11:41 AM PDT MukaDepan PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, sebelum berangkat menunaikan wukuf bersama jutaan jemaah haji dari serata dunia di Padang Arafah. Najib dan rombongan dijangka berada di Tanah Suci selama 10 hari dan dijadual kembali ke tanah air, Rabu ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidiladha hari ini, Datuk Seri Najib Razak mengajak umat Islam di negara ini mempertahankan kesatuan ummah yang menjadi tunjang kekuatan Islam. Perdana Menteri berkata, apabila kesatuan wujud dan kukuh dalam kehidupan umat Islam, banyak perkara boleh dilakukan sama ada di dalam dan luar negara.Di Tanah Suci ini juga, saya mendoakan kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia dan turut mendoakan agar kita di beri kemurahan rezeki bagi membolehkan ekonomi diri, keluarga dan negara terus berkembang dan negara kita kekal dilimpahi kemakmuran. - Datuk Seri Najib Razak Rakyat perlu bersyukur dikurniakan kemakmuran, keamanan, ketenteraman serta kestabilan ekonomi bagi membolehkan mereka beramal dan melaksanakan tugas harian dengan sempurna."Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana saja mereka berada. "Lihatlah bagaimana Allah SWT mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan talbiah, tahmid dan zikir yang sama. Ini jelas menunjukkan umat Islam adalah umat yang bersatu," katanya dalam perutusan khas sempena Aidiladha, semalam. Perdana Menteri menegaskan, konsep kesatuan dan kesamaan sangat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan hubungan sesama umat dan perkara itu ditekankan Rasulullah SAW yang memperingatkan umatnya ketika menyampaikan khutbah wada' (perpisahan) di bumi Arafah 1400 tahun lalu. "Ketahuilah bahawa syariat Aidiladha jelas membawa bersamanya banyak mesej dan pengajaran kepada umat Islam. Tidak ada amalan yang paling mulia pada bulan ini melainkan membelanjakan harta benda dan wang ringgit dalam batas yang sewajarnya dengan melakukan ibadat korban. "Ia adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT serta sama-sama dapat membantu orang lain khususnya fakir miskin dalam menikmati daging korban," katanya. Najib turut merujuk hadis Rasulullah yang bermaksud 'Wahai Manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. "Orang yang berkulit hitam juga tidak ada kelebihan atas orang yang berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan takwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa," katanya. Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang kini mengerjakan haji di Tanah Suci turut mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia selain mendoakan kesejahteraan mereka dan dimurahkan rezeki agar ekonomi diri, keluarga dan negara terus berkembang serta dilimpahi kemakmuran. "Di Tanah Suci ini juga, saya mendoakan kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia dan turut mendoakan agar kita di beri kemurahan rezeki bagi membolehkan ekonomi diri, keluarga dan negara terus berkembang dan negara kita kekal dilimpahi kemakmuran," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwan Semoga datuk dan datin mendapat haji yang mabrur.Pulang dengan selamat kamal Salam..semuga Allah memberkati Datuk dan Datin.Mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |