{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


UMNO tak sekat

Posted: 25 Nov 2011 02:23 PM PST

MukaDepan

MUHYIDDIN ketika ditemu bual di Kementerian Pelajaran, semalam.

MUHYIDDIN ketika ditemu bual di Kementerian Pelajaran, semalam.

Muhyiddin jamin Perhimpunan Agung parti telus, terbuka

PUTRAJAYA: UMNO akan bersikap telus dan terbuka tanpa mengenakan sekatan kepada mana-mana pihak, termasuk media untuk mendengar dan melaporkan sebarang isu dibangkitkan pembentang serta pembahas usul pada Perhimpunan Agungnya bermula Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tiada apa yang mahu diselindungi walaupun sedar perbahasan perwakilan akan banyak menyentuh soal kepentingan dan masa depan orang Melayu.

"Walaupun dikatakan perhimpunan ini tertutup, dalam erti kata yang menyertai dalam perbahasan itu adalah perwakilan yang terpilih saja tetapi bagi saya, ini suatu amalan yang sudah kita mulakan dan kita akan teruskan, tidak ada sekatan untuk mereka mendengar di luar dan untuk media membuat liputan. "Kita harus bersikap telus walaupun ia akan banyak menyentuh banyak soal kepentingan dan masa depan orang Melayu, tetapi kita juga harus faham bahawa peranan UMNO khususnya dalam kerajaan itu adalah utama kerana kita jadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini, semalam.

Mengenai perhimpunan kali ini, Muhyiddin menyifatkannya sebagai perhimpunan yang amat penting dan bakal menarik perhatian bukan saja masyarakat Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

Beliau juga yakin isu yang akan dibicarakan dalam perhimpunan itu akan diteliti segenap lapisan masyarakat, khususnya ahli UMNO untuk melihat dan menilai kewibawaan parti dan sama ada ia masih relevan dengan perjuangan semasa orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Tumpuan juga akan diberi untuk melihat sama ada UMNO ini parti yang sejak awal lagi dikatakan membela kepentingan orang Melayu, masih lagi meletakkan asas itu sebagai pegangan paling utama dalam perjuangannya dan apakah parti ini sudah menjalani proses perubahan atau transformasi yang diharapkan selepas kita menjalani Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008," katanya.
Muhyiddin juga berharap pembentang dan pembahas usul lebih profesional, memahami isu dengan lebih mendalam dan tidak bersifat retorik dalam penyampaian mereka.

"Mesti ada pendekatan baru, nafas baru dan kandungan baru serta asas dan data yang lengkap, jangan membicarakan sesuatu dengan kenyataan yang begitu saja tanpa didukung oleh asas yang kukuh," katanya.

Ini kerana, katanya perbahasan perwakilan akan didengari jutaan masyarakat yang semakin bijak menilai dan dengan itu maklumat dan pengetahuan mereka tidak boleh diperlekehkan.

Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Suami isteri ditahan proses, edar syabu

Posted: 25 Nov 2011 02:19 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri antara 50 orang berusia 20 hingga 45 tahun ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dan memproses dadah menerusi serbuan Ops Tapis Bersepadu di sekitar Ampang, di sini pada Sabtu dan Ahad minggu lalu.

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ampang itu bermula jam 9 malam Sabtu hingga keesokannya, membabitkan Taman Ampang Hilir dan Taman Melur serta beberapa lagi lokasi.

Turut dirampas menerusi operasi itu dua pistol tiruan, beberapa kad pengenalan, lapan set walkie-talkie, syabu seberat 253 gram, ketamin (69 gram), estacy (5 gram) dan eramin 5 (305 biji), semua dianggarkan bernilai RM600,000 selain wang tunai RM7,000. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata gerakan awal berjaya menahan 44 individu, termasuk seorang wanita di beberapa lokasi dan ujian air kencing mendapati 39 daripada mereka positif dadah.

Katanya, susulan operasi itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Ampang Hilir dan menahan dua lelaki serta seorang wanita berusia 20 hingga 28 tahun dengan siasatan awal mendapati mereka yang bekerja sebagai jurujual mempunyai beberapa rekod jenayah, termasuk berkaitan dadah.

"Polis membuat serbuan kedua di sebuah rumah Taman Melur kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu yang membawa kepada penahanan sepasang suami isteri berusia 44 dan 45 tahun disyaki terbabit memproses syabu. Siasatan di rumah pasangan itu menemui sebuah makmal mini memproses dadah bersama beberapa biji eramin 5 dan ectasy," katanya.

Beliau berkata, serbuan ketiga di sekitar lokasi sama membawa kepada penahanan seorang lelaki bekerja sebagai penjual cakera padat berusia 26 tahun di sebuah restoran selain turut merampas 300 biji eramin daripada suspek.
"Keseluruhan dadah dirampas dianggarkan bernilai RM600,000. Semua suspek direman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Rubi Honeymadu Wee

x hbs2 kes proses dadah. perosak anak bangsa sdri.

Fauziah

Kerja sama2.ketali gantung pun sama2.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat