{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Tragedi 11.11.11

Posted: 11 Nov 2011 02:22 PM PST

MukaDepan

Empat termasuk dua murid maut, tujuh parah; Bas rombongan terbalik
sebelum dirempuh treler pasir

SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban.

Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan. Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya dilaporkan hilang selepas usaha mengesannya di lokasi kejadian dan hospital sebelum itu gagal.
Guru mereka, Siti Hajar Mohamad, 33, dari Kota Sarang Semut, Kedah pula meninggal dunia di Hospital Slim River (HSR) dengan sebelah kakinya putus dan ditemui berdekatan mayat Maysarra.

Seorang lagi yang meninggal dunia ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad, 45 yang dirempuh ketika membantu menyelamatkan pelajar keluar daripada bas berkenaan.

Dia menaiki bas lain bersama rombongan Wanita UMNO Kedah yang dalam perjalanan menghadiri program parti di Tanjung Karang, Selangor, dan berhenti di tempat kejadian atas permintaannya sendiri untuk membantu mangsa.
Kemalangan juga menyebabkan guru mereka, Rosilawati Mat Rifin, 40, dan Azriahani Ahmad, 31 tahun cedera parah. Empat pelajar, Abdul Rahman Danial Abdul Ghani, Mohd Azim Dahalan, Moha Faisal Anuar dan Mohammad Shariffuddin, semuanya berusia 15 tahun dan anak Azriahani, Idzmi Haikal Khairul Shah, 5 yang mengikut ibunya juga parah.

Selain itu, 22 lagi pelajar dan seorang guru cedera ringan. Semua yang cedera ringan dan cedera parah dirawat di HSR dan Hospital Teluk Intan (HTI). Mereka adalah antara 60 pelajar dan tujuh guru SMK Air Merah yang menyertai rombongan menaiki dua bas, tetapi satu lagi tidak terbabit dalam kemalangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kassim, berkata mangsa yang menyertai rombongan tiga hari dua malam ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands itu, menaiki bas persiaran itu di Kulim pada jam 11.30 malam kelmarin, menuju ke ibu negara.

"Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki berusia 25 tahun itu terbabas ke kiri jalan lalu terbalik dalam posisi mengiring. Dalam keadaan kelam kabut pelajar dan guru menyelamatkan diri, treler membawa muatan pasir yang datang dari belakang melanggar bas berkenaan.

"Kita sudah menahan pemandu bas dan pemandu treler untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Lagi berita dan gambar dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

takziah utk keluarga mangsa..tragedi x kira dimana sahaja kita berada..sudah ketentuan illahi kita kena pasrah n redha..semoga menjadi pengajaran utk semua..

mashita shinta

amat menyedihkn...bagi yg ingin b'cuti2,,bhati2 lar slalu....

abd rahim saad

"takziah" kpd keluarga mangsa,kpd pemandu bas berhati2 bila memandu.......

Daniel niel

kita berdoa semoga pemergiaan mereka dirahmati allah. Untuk keluarga magsa harap bersabar..

roslan lan

innalillah wainnaillahirujiunn...semoga roh mereka di tempatkan bersama org2 yg solleh..Aminn

annacomel

Takziah... harap rombongan itu mengikut prosedur yang betul..dan jangan pula guru yang disalahkan..

zul

saya ucapkan takziah kepada keluarga guru dan murid yang meninggal dunia dan mendoakan mangsa yang cedera cepat sembuh, kepada keluarga murid yang terlibat semuga dapat bersabar, sebagai seorang guru juga saya merasa amat sedih atas kemalangan ini, saya percaya para guru yang terlibat telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya, takdir allah mengatasi segalanya.

erica hamsah

Sangat terharu dengan kejadian seperti ini, apa yang boleh saya lakukan hanya sedekahkan doa iringan saya semoga roh yang terkorban dicucuri rahmat.AMIN.

Rosmiza Erik

Takziah kpd keluarga mangsa..Al-fatihah..

Itayrah Imim

Klau dulu 10.10.10 tragedia bas terbalik di Lebuhraya Rembau-Simpg Ampat..agak tragis..ni 11.11.11 lagi kemalangan yg mengerikan....

Ruzaini

TRAGEDI BERULANG PADA TARIKH KERAMAT. Mengimbau kembali tragedi 10-10-10. Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas.

sisca alejandro

kciannya! Stiap hri msti ada kematian..! Innalillaa..

Cina Berkat

Sangat2 terasa jiwa kemanusiaan.. Buat yang terkorban, al-fatihah diucapkan termasuk anak murid, guru SMK Air Merah dan juga arwah Ketua Wanita Umno Alor Teja.. Didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan.. Amin..

nadiah

innalillahiwainnailaihirojiun..


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat