Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 03 Nov 2011 11:55 AM PDT MukaDepan
"Ini bukan soal membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara" Muhyiddin Yassin Katanya, beliau akan memberi penjelasan terperinci segala persoalan dan kebimbangan ibu bapa berhubung peralihan yang perlu dilalui anak mereka, kedudukan PPSMI serta pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hari ini. "Kerajaan tidak boleh bertindak `terdesak dan tertunduk' kepada kumpulan kecil yang berterusan menuntut PPSMI dikekalkan, kerana majoriti rakyat memahami serta menerima keputusan yang dibuat pada 2009 untuk memansuhkan dasar itu," katanya. Beliau menyifatkan pihak yang lantang menyuarakan desakan itu, termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), sebagai melewati tempoh dan ketinggalan kerana membuat tuntutan selepas hampir dua tahun keputusan diumumkan dan dasar MBMMBI juga sudah dilaksanakan di sekolah. "Bagi kita, ini bukan soal Kementerian Pelajaran membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara kerana kementerian memiliki cukup data dan maklumat mengenai bagaimana PPSMI dilaksanakan, apa hasil pelaksanaan itu sehingga kita membuat penilaian dan keputusan untuk tidak meneruskannya, ada asas yang kukuh. "Sebab itu jika ada pihak yang mendesak, kita faham negara ini demokrasi dan tidak menyekat atau menghalang sesiapa bersuara walaupun mereka kadang-kadang sudah melebihi batas sehingga hendak mengugut, tetapi kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan sebegini," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan guru Bahasa Inggeris yang menyertai Program Mentor Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) anjuran SMR HR Group di sini, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Datuk Dr R Palan. Program itu membabitkan 120 mentor dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Mengulas ugutan berbaur politik, Muhyiddin berkata, terserah kepada masyarakat untuk menilai pihak terbabit. "Sebenarnya soal PPSMI sudah tutup. Saya pun sudah mengatakan bahawa PPSMI sudah tidak ada lagi. Mulai tahun ini, ia tidak lagi dilaksanakan. Kita sudah melaksanakan dasar baru (MBMMBI) di sekolah seluruh negara. Muktamad. Noktah. "Yang rakyat ingin tahu ialah bagaimana peralihan itu kerana ada pelajar yang sudah berada dalam sistem (PPSMI) sebelum kita hendak memansuhkannya. Oleh itu, kita mahu proses pembelajaran mereka tidak tergendala. "Mereka ini mungkin kita akan beri pertimbangan, esok (hari ini) saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana peralihan itu berlaku supaya ibu bapa tidak risau. "Saya ada menerima SMS daripada ibu bapa yang bimbang, saya faham, saya pun ada anak, saya tahu. Kita tidak mahu ganggu mereka, jadi saya akan umumkan bagaimana kelonggaran dan proses peralihan itu akan dilakukan," katanya. Mengenai kenyataan MCA dan MIC yang turut meminta kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan PPSMI pula, Muhyiddin berkata, dua parti komponen BN itu tidak menyatakan bantahan tetapi sekadar memberi pandangan tambahan. Sambil berpendapat pihak berkenaan akan memahami apabila penjelasan diberikan, beliau berkata, MCA dan MIC juga adalah sebahagian daripada kerajaan di mana wakil mereka dalam Kabinet turut bersetuju ketika keputusan memansuhkan PPSMI dibuat. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpak awang penguasaan bahasa inggeris menjadikan pelajar kita lebih lebih gah di persada antarabangsa dan penguasaan bahasa melayu menjadikan jatidiri pelajar-pelajar kita lebih hebat. Pekerja Malaysia klaulah PPSMI diperkenalkan pada zaman saya , mesti saya rasa bertuah, sekarang nih, bila nak tulis email pon susah sebab semua communication dalam BI, kaum lain kemungkinan tiada masalah sebab mereka praktis penggunaan BI di rumah, tapi kaum melayu sudahla tak praktis BI di rumah .. may be mak bapak skrg tak kisah nanti akibatnya bila anak2 nak masuk alam pekerjaan baru tahu betapa pentingnya BI, so kesimpulan melayu sentiasa akan terkebelakang Suhaimi Penguasaan bahasa asing boleh melemahkan daya analitikal pelajar. Masa saya belajar dulu, yang punya daya analitikal dan penyelesaian masalah serta kreativiti, orang yang tak reti cakap BI. Mana lebih penting? generasi baru ada pro dan kontra.
Cg Ridzuan Saya bukan generasi PPSMI. Saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda, dan saya serta rakan-rakan lain menguasainya dengan penggunaan bahasa ibunda sehinggakan kami mampu berbincang dan memperkatakan konsep-konsep dalam fizik, kimia dan biologi serta Matematik dan Matematik Tambahan secara jelas dengan bahasa ibunda. Saya dapat membina kefahaman saya dengan begitu TEGUH dan UTUH sehinggakan saya tak punya sebarang masalah bagi memahami subjek-subjek yang saya pelajari semasa di Matrikulasi dan pengajian peringkat Ijazah saya. Amat rugi kalau kita pelajari sesuatu ilmu baharu bukan menggunakan bahasa ibunda kita. Kita rugi dari aspek pemahaman. Kalau dengan menggunakan bahasa ibunda kta boleh fahami sesuatu perkara dengan lebih mudah, kenapa pilih bahasa kedua yang menyebabkan kita susah memahaminya. Kalau mahukan anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris, latih la dia dalam percakapan, penulisan, pendengaran dan pembacaan yang lebih dekat dengan diri mereka. Bukanlah ilmu Sains dan Matematik yang jauh dari aplikasi kehidupan seharian mereka. Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman yang hanya sedikit dalam bidang pendidikan. Yakub Uton Tahniah kepada TPM dan KPPM dan warga guru di seluruh negara. Ghazali Amir Adalah diharapkan semua pihak sedar mengenai PPSMI ini kerana perbincangan mengenainya (untuk mengekal, mengubah atau memansuhkannya) telah pun dibuat sejak era Dato Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran lagi. Bermakna isu ini telah lama dan telah pun diputuskan oleh pihak Menteri Pelajaran sekarang. Sepatutnya kalau benar-benar ingin memberi pendapat, dan mahu pendapat itu diambil kira, berilah ia semasa persidangan Meja Bulat yang telah dibuat dahulu beberapa kali. Janganlah menjadi "Rumah Siap Pahat Berbunyi". frank morris Kita negara konsumer bukan negara pengeluar ilmu. negara lain adalah pengeluar ilmu maka tidak hairan boleh maju dengan bahasa ibunda masing-masing. kita masih merangkak dalam sains & matematik. golongan sains dan matematik cuma diam tetapi hakikatnya mereka mendambakan anak bangsa (melayu, cina, dan india) mereka mempelajari sains & matematik dalam bahasa inggeris untuk lebih berdaya saing di peringkat global. mulakan dari umur 7 tahun. Nor Kami sokong penuh tidakan TPM. Syabas! Walaupun anak saya cemerlang ketika PPSMI dilaksanakan, namun saya bersimpati dgn nasib 90% lagi rakan-rakannya yg dapat B dan gred ke bawah dlm subjek sains kerana gagal menjawab bahagian B (UPSR) dgn baik dlm bahasa Inggeris. Malah anak-anak ini tersangat keliru apabila anda mengajar sains dan menyebut istilah tentang tumbuhan contohnya bunga raya sebagai 'hibiscus' dan pelbagai pokok yg tumbuh melata di tepi jln dan di sekolah mereka dlm bahasa Inggeris! Ia berbunyi sangat pelik...bukankah mudah kalau kita gunakan bahasa ibunda dahulu...anak-anak yg ada masalh pembelajaran pun akan dapat dikurangkan masalahnya! Anak-anak ini perlu menguasai bahasa ibunda dgn baik sebelum menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pembelajaran - ini adalah nasihat pakar kanak-kanak terkemuka dunia Dr Mel Levine. zan Agak terkilan kenapa PPSMI dulu dibuat secara tergesa-gesa, dibuat tanpa melihat kredibiliti & kemampuan guru. Terimakasih TAn Sri atas MBMMBI, saya sokong . Suhaimi Baguslah kalau kerajaan bertegas dalam hal ini. Mesti ada titik penamat. Jika tidak, isu ini seumpama kapal yang tidak dilabuhkan sauh. Terumbang-ambing. Betullah ada orang kata, PPSMI tak sepatutnya wujud langsung.
Mohd Nazri sokong sepenuhnya keptusan mansuh tersebut. ahmad khamal abdullah syabas atas sikap tegas dan menyebelahi majoriti rakyat dan kesetiaan terhadap perlembagaan dan undang-undang. Maju terus YAB Timbalan Perdana Menteri kami menyokong Tan Sri.
Opinion Ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan nya untuk mempertahankan bahasa ibunda sahaja. Keburukan pula, di peringkat global, kerjaya & University. Contohnya, ramai bekas graduan masih tidak fasih berbahasa english bila bertutur dengan peringkat global dan kerjaya hari ini lebih mengutamakan bertutur dalam bahasa english tak kira verbal atau pun emails dan lain2.
Pada pendapat saya, bahasa english juga merupakan bahasa paling penting untuk berhubung di serata dunia selain BM. guru sains keputusan adalah muktamad....apa2 pun cadangan saya ..untuk tidak menjejaskan kemahiran bahasa inggeris para pelajar..teruskan soalan dalam bentuk dwibahasa. Pak_Jul Hidup T S Mahyudin, sepatutnya perlaksanaan MBMMMBI dipercepatkan kerana ianya bukan perkara baru, kalau terpaksa guna balik buku sekolah lama. Rozlan Alias Saya harap YAB Menteri dan kerajaan tegas dan tidak berganjak memansuhkan ppsmi demi kebaikan orang melayu dan negara. saya merupakan generasi pertama ppsmi yang dilaksanakan pada 2003. ppsmi adalah satu program yang baik dan saya bersyukur dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada nya. program ini seharusnya diteruskan kerana subjek matematik dan sains tetap akan diajar di dalam bahasa inggeris ketika melangkah masuk ke universiti. tindakan memansuhkan ppsmi hanyalah akan menyusahkan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains di peringkat universiti. yushail Memang sepatutnya kerajaan bertegas dan jangan tunduk atas desakan sebegini. Keputusan telah pun dibuat, jangan jadikan anak-anak kita bahan ujikaji,, tolong fikirkan mental mereka. Yatiman bin Hasin pada saya bahasa inggeris boleh diperkukuh dalam MBMMBI tak ada masalah faizal Bagus!Keputusan awal sudah dibuat,MBMMBI sudah diperkenalkan dan dimulakan,Guru-guru pun sudah dihantar berkursus. Kenapa masih nak kekalkan yang lama? Kalau tidak setuju dengan dasar yang baru, hantarlah anak ke sekolah swasta.Ada pulak mintak diberi pilihan untuk anak samada nak belajar dalam BI atau BM...kesudahannya siapa yang menanggung?Guru-guru jugak. Mawar Isu ni pun dipolitikan.... ini lah satu cara untuk melemahkan pelajar Melayu, sebab kurang mahir berbasa Inggeris.... yang herannya orang melayu yang banyak membangkang.. ini bahasa dunia. Sapa kata kalau sesaorang itu fasih bahasa inggeris ini tak patriotik.... renung2 lah. Adli Shinichi Salam kepada semua rakyat Malaysia. "Siapa lagi yg akan memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri? fatin bahasa melambangkan bangsa. Full content generated by Get Full RSS. |
Polis haram Seksualiti Merdeka Posted: 03 Nov 2011 11:53 AM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Polis mengharamkan semua aktiviti dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang gay dan lesbian, termasuk yang diadakan secara tertutup, berikutan bantahan pelbagai pihak.Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menghentikan semua aktiviti dalam program yang sepatutnya berlangsung Selasa lalu hingga 13 November ini, atau tindakan tegas diambil termasuk menahan penganjur dan peserta. Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis. Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti lebih 10 penganjur membabitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan memanggil mereka bagi membantu siasatan termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadual merasmikan program itu pada 9 November ini."Sehubungan itu, mulai hari ini (semalam) kita akan menghentikan apa juga acara dalam program berkenaan, kita beri amaran kepada penganjur dan peserta supaya bersurai dan jika berdegil, tindakan tegas akan diambil termasuk menahan sesiapa saja yang terbabit. "Kita akan panggil semua selepas ini kerana kertas siasatan sudah dibuka. Kepada sesiapa yang bercita-cita nak hadir, lupakanlah," katanya kepada pemberita di Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam. Program Seksualiti Merdeka diadakan setiap tahun sejak 2008 bertujuan menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Bertemakan 'Queer Without Fear', program berkenaan diadakan di The Annexe Gallery Pasar Seni di sini. Antara penaja dan penyokong program berkenaan termasuk Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dengan beberapa aktiviti dirancang seperti bengkel, perbincangan, pameran dan persembahan. Khalid berkata, pihaknya menerima dua laporan polis selain mendapat maklum balas pelbagai pihak yang mengecam penganjuran program berkenaan termasuk NGO dan pertubuhan berkaitan agama Islam serta agama lain. "Polis bertanggungjawab memastikan keselamatan negara dan bila ada ancaman kepada ketenteraman awam, kita perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Penganjur sepatutnya berfikir terlebih dulu, adakah acara dianjurkan diterima semua golongan masyarakat, malah saya percaya majoriti masyarakat tak boleh menerima homoseksual dan lesbian, jadi janganlah kita nak mengagungkan perkara seperti ini," katanya. Khalid kesal kerana Majlis Peguam tidak memberikan nasihat yang betul terhadap penganjur berkaitan pelanggaran undang-undang negara berhubung penganjuran program seperti itu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenNor Semoga Allah akan selamatkan Malaysia dari manusia2 ini..tentanglah habis-habisan..ingatlah balasan Allah hanya kerana sebilangan umat yg membuat maksiat maka akan terkenalah kesemuanya.. ape nak jdi hidupkan hukum islam!!! jika hukum islam yg sebenarnya dihidupkan maka tdk akan berlakulah perkara yg sedemikian.... thiru saya agak terkejut mendengar berita ini.tindakan undang-undang harus diambil segera. jefrey memang patut dihalang, jgn biarkan negara menjadi huru hara dengan kegiatan tidak bermoral ini. mashor ayuh...saudara ku sesama islam tak kira parti pas atau umno tentanglah budaya ini dan jauhkan dari hidup kita.jika pas lantang boleh menyuarakan kempen bersih kenapa tidak berani buat demontrasi menentang homoseksual dan lesbian ini...kenapa ..dan juga umno jika boleh menentang perhimpunan bersih kenapa tidak boleh buat demontrasi menantang perbutan yang boleh merosakkan akidah manusia khususnya orang islam..tentang mereka..hapuskan dari bumi allah ini..jangan bertelagah sesama islam..ingat kaum lut.yang telah di laknat allah ..akibat perbuatan manusia itu sendiri..umno..pas buatlah sesuatu untuk kesejahteran semua ummah jangan allah murka pada kita..seperti datuk ambiga ini harus diambil tindakan sekeras2nya dan buat masa ini syabas ketua polis negara..teruskan perjuangan mu.demi islam saya berdoa bakti suci itu mendapat rahmat dari allah .. zam tuhan dah bagi banyak rahmat kehidupan di negara malaysia penuh keberkatan. kalau aktiviti seksualiti merdeka tak diharam takut bala, kemusnahan dan kemurkaan tuhan pula yang jadi, itu yang bahaya.kita setuju dengan tindakan pihak berkuasa. Affandy 'Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau dari penduduk neraka'
hamba saya agak terkejut bila dapat tau hal ni berlaku.. lebih2 lagi dah dibuat sejak tahun 2008.. memg tak percaya...saya harap pihak atasan dapat membanteras perkara yg tidak boleh diterima akal ni.. masih ada wujud lagi..kaum nabi lut.. wira amar makruf,nahi mungkar/// kaseh Tahniah kepada polis. Kerajaan mesti dan wajib bertindak tegas kepada penganjur seksualiti merdeka.Penganjur tidak menghormati perlembagaan negara dan menjiwai rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. Elok sangat mereka yang seperti ini dilucutkan kewarganegaraan kerana tiada jati diri dan hormat pada perundangan negara. Ini perbuatan orang tidak berakal, mereka sama taraf seperti haiwan. Mohon semua rakyat Malaysia bersatu menentang program seperti ini dan ambil tindakan tegas. Golongan ini perosak bangsa dan keturunan manusia. afez al assad salam 1 m'sia, mewakili seluruh rakyat m'sia amat terkeliru dgn pemikiran seekor manusia yg bernama ambiga yg secara terang2 nya telah mempergunakan pentas diatas nama majlis peguam dan hak asasi manusia supaya dapat ia melaksanakan segala rancangan yang boleh menghancur dan menghuru-harakan negara m'sia yang berbilang kaum, dimana majoriti penduduknya adalah beragama islam, dan kami percaya seluruh rakyat m'sia yang mempunyai pegangan agama tidak boleh menerima sama sekali apa yang ingin dianjurkanan iaitu program Seksualiti Merdeka 2011.kerana ia secara terang2nya telah mencabar pelembagaan negara di mana agama islam adalah agama rasmi.di harap kerajaan dapat memandang perkara ini dgn lebih serius sebelum terlewat,kerana lebih baik mencegah dari sekarang sebelum menjadi lebih parah, suadah tiba masanya kaum yg bernama melayu islam bersatu ketepikan segala fahaman politik yg lebih kpd kepayahan utk bersatu,jgn sehingga kami rakyat m'sia beragama islam bangun untuk mempertahankan AGAMA,BANGSA & NEGARA. Masa itu sudah terlewat. tengkupauljr saya ingat manusia mcm ni...patut di nikahkan dengan anjing saja. go...PDRM...guna kuasa anda.Kenakan tindakan kepada orang2 yang dah tak berakhlak ni.Buat malu Malaysia je izz macam mana lah Datuk Ambiga Sreenevasan boleh jadi Presiden Majlis Peguam sebelum ni.. ape sudah jadi kepada cerdik pandai ni? ambiga patut ambil kursus perubatan sebab dia tak belajar kah ape kesan dari segi perubatan kalau amalkan seks sama jantina banyak penyakit lain akan wujud. aswad shooter ini negara islam!!!hormatilah majoriti umat islam kt negara ni!!! frank morris Dalam hal ini, jangan benci beliau dari segi individu, tapi benci inisiatif beliau. Ada yang Ambiga buat disokong, ada yang ditolak. Rakyat jelata tahu menilai, cuma, Ambiga, this is not right for all religions and beliefs. JEEJAN INILAH SEBAHAGIAN MANUSIA YANG KURANG BERAKAL FIKIRAN YANG SENTIASA MENCIPTA KEROSAKAN MUKABUMI. Ghazali (nama sebenar) Orang macam ni tak layak jadi rakyat malaysia. Sudah jelas Islam adalah agama rasmi negara Malaysia, berani betul mereka menuntut hak2 yang ternyata jelas melanggar/bercanggah dengan ajaran Agama Islam yg telah termaktub didalam perlembagaan sebagai agama rasmi. Majoriti rakyat malaysia pasti tidak akan menyokong mereka tp sekiranya kita yang majority ni berdiam diri maka mereka berani sewenang-wenangnya menuntut hak yang bukan2. Marilah kita sekeras-kerasnya menolak ideologi barat yang menyesatkan lagi membinasakan masyarakat. Kepada muslim/muslimah yg menyokong gerakan mereka ini, segeralah bertaubat. Takutlah kpd balasan ALLAH, tak cukup lagi ke bencana2 alam yang menimpa negara2 jiran untuk kita ambil pengajaran. Insaflah kalian saudara/saudari seagamaku.
amoyciplak mmg patut halang.. sokong sgt2!! misbahuddin kusnin Hendaklah kamu masuk islam sepenuhnya. Nescaya kamu selamat Annfie Hentikanlah segala yang boleh merosakkan negara... jangan sampai turunnya balasan dari Tuahn baru kita nak bertindak? Saya tidak mahu negara yang tercinta dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Banteras habis-habisan. Kita negara Islam. jangan sewenangnya dipijak-pijak oleh bukan Islam. terima kasih kerana membaca komen saya. el hafeez Tahniah kepada Polis Negara Jika dilihat di sini, bagi mengelakkan ia berulang kembali, satu operasi 'pembersihan' hingga ke akar umbi perlu segera dilakukan. Begitu juga kepada aktiviti-aktiviti seks bebas, termasuk kelab-kelab malam dan kes 'bunuh anak' atau dengan kata lembut 'buang anak' perlu dihukum dengan hukuman yang lebih keras dan tegas. Yangretibase Tahniah polis. Selalu beristiqomahlah anda dalam melaksanakan amanah Allah. roslan lan astaghfirullah..Ni kaum Nabi Lut.. hambran Tangkap penganjur rizu bertindak sekarang sebelum terlewat. coshare2 Sek bebas? Manusia semakin jauh dari fitrah kejadiannya. Si bijak pandai menjadi semakin taksub dgn demokrasi sehingga mereka kembali kepada kejahilan hakiki. Di waktu masyarakat dihidangkan dengan kes2 pembunuhan bayi akibat seks luar nikah, kini muncul pula kumpulan yang inginkan sesuatu yg di luar tabi'e. Inilah strategi manusia2 yang memusuhi agama menggunakan prinsip demokrasi untuk menganyang ketetapan ilahi. Astagfirullah, jangan sampai si kaduk yang naik junjung menggamit kemurkaan Allah yang maha penyayang! yushail Polis kena tegas... abc dari 2008????? skg baru nk bantah??? luqman Apalah ambiga ni tak abis-abis, kalaulah turun azam Tuhan dibumi Malaysia ini barulah kita sedar, ingat lagi ke sunami di indonesia. Mana orang-orang dan pengikut pengikut BERSIH tak kan sokong juga kot, tengoklah, bacalah dan dengarlah makluk Tuhan yang selama ini kamu angkat siapa dia sebenarnya. Apa lagi alasan yang kamu bagi pada pemimpin BERSIH ini, bagilah huja-huja kamu yang menyokong ambiga, keluarkan nas-nas kalau ada? Atau mudah saja, mereka yang taksub ini, mereka yang tak nampak kebenaran. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |