{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Corot punca jenayah

Posted: 13 Nov 2011 02:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengasingan pelajar kurang bijak ke kelas tercorot dikenal pasti antara punca kanak-kanak berumur antara 10 hingga 18 tahun terbabit jenayah. Ini disebabkan faktor pengaruh negatif rakan sekelas yang boleh mewujudkan persekitaran tidak kondusif untuk pembangunan mental mereka.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

alexandria estrada

yang mendidik dan mengajar. 2 perkara berbeza. yang mengajar adalah guru di sekolah, yang mendidik adalah ibu bapa di rumah. berapa ramai ibu bapa kejutkan anak2 "nak, bangun solat subuh" dengan "nak, bangun, nak pegi skolah". jgn salahkan sekolah. susur semula kehidupan seharian pelajar.

rahman talib

harap encik zol ibrahim bukan seorang guru atau pengerusi pibg, boleh hancur sistem pendidikan negara ini

Bro

Tolong jangan ikut sedap mulut sahaja menuduh pihak sekolah. Keciciran pelajar dalam aspek akademik sahsiah dan tingkah laku banyak dipengaruhi faktor luar sekolah khususnya ibu bapa. Mendidik anak adalah amanah dan tanggungjawab ibu bapa, ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan oleh ibu bapa bermula dari dalam kandungan hinggalah anak tersebut dewasa. Jika ibu bapa menyerah kesemua tugas ini kepada pihak sekolah, bermakna mereka telah memandang enteng akan tanggungjawab dan amanah ini. Sekolah dan guru-guru hanya melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran seperti mengajar mata pelajaran tertentu yang telah ditetapkan dan perlu dihabiskan dalam masa setahun. Pengasingan dibuat bagi mengelak murid lemah ini tercicir dan mengganggu pembelajaran murid cemerlang. Tanpa pengasingan, murid yang lemah ini akan lagi teruk ketinggalan kerana mereka tidak akan mampu bersaing dengan murid yang pandai. Jika diasingkan, mereka akan lebih mudah belajar dalam tahap dan pencapaian mereka. Soal mereka menjadi penjenayah, itu bukan urusan sekolah kerana masa mereka berada di sekolah hanya sekitar 5 jam sahaja sehari sedangkan 19 jam lagi adalah di luar sekolah. Ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka. Jika anak kita rosak orang tidak sebut siapa cikgunya tapi orang akan sebut anak siapa budak itu.. fikirkanlah.. Wallahualam..

cikgu afendi

salam,saya adalah seorang guru dan saya bukan nak manyalahkan mana2 pihak,baik sekolah mahupun ibubapa sekadar mahu berkongsi pendapat...sebenarnya isu ini timbul kerana ada segilintir di kalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab sbg guru mahupun ibu bapa...saya percaya jika semua pihak sedar tanggungjawab masing2,semua masalah dapat diselesaikan tanpa ada perbalahan...marilah kita sama2 mulakan dengan diri sendiri, usah fikirkan tentang orang lain yang mengabaikan tanggungjawab kerana walaupun sumbangan kita sangat kecil tetapi itu sudah memadai...insyaallah. terima kasih.

Afidah Mastor

Saya setuju dengan Saudara Zol Ibrahim. Penglibatan ibubapa dari peringkat awal pendidikan pelajar sangat-sangat penting dalam memupuk sahsiah pelajar. Jangan sandarkan 100% pada sekolah/guru.

Saya ex-student MRSM 84-88. Saya perhatikan, tiada budaya strata pengkelasan sewaktu pembelajaran menengah saya di MRSM ketika itu. Pelajar cerdik dan kurang cerdik di tempatkan kelas yang sama. Ini mampu menyuntik semangat berlumba2 dikalangan pelajar kurang cerdik untuk sama taraf dengan pelajar cerdik dan pelajar cerdik akan berkongsi ilmu/kepandaian dengan mereka yang kurang. Ini menguntungkan semua pihak. Saya bersyukur melalui sistem pendidikan di MRSM seperti ini dan tidak meminggirkan mereka yang lemah. Sekolah kementerian harus mencontohi pendekatan MRSM.

Zak

Pernah dengar pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelenggan? Dalam kecorotan itu pasti ada pelajar yang ingin belajar tapi mungkin agak lembap. Tapi apabila di temani oleh pelajar yang malas dan sikap lewa, pasti pelajar ini akan turut sama malas. Akhirnya mengambil jalan mudah ponteng sekolah kerana bagi pelajar ini lebih baik daripada pegi kesekolah.

laila

Saya dgn pendapat di atas, tetapi ibu bapa dan penjaga juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2 agar tidak terbabit dlm perkara yg tidak diingini. Jika bercampur dgn yg kurang baik pun tapi iman dan pengaruh keluarga lebih hebat, perkara tak baik tak akan berlaku. Sebenarnya terpulang kepada pelajar2 itu sendiri, guru2 dan ibu bapa telah membimbing, its up to them to decide......

rakyat malaysia

sy rs pihak skolah or kementerian pndidikn perlu kaji isu ini,sbb mngikut pngalamn sy masa masih bljr di sekolah dulu,mmg xptt dipinggirkn plajar yg kurang baik kptsn pelajarannye,sbb mereka akn trs trsisih,brcampur dgn rakan sptnye shj,so smp bile2 pun mereka xkn maju.sy ada sorg kwn,dia brada di kelas blkg sdikit dr sy dan rakan2 yg lain..tp skrg dia antara kwn kami yg paling brjaya.apabila kami bljr brkumpulan,dia ikut bljr skali..scara xlgsung mmbantu dia utk ske bljr n akhirnye brjaya..guru perlulah pndai mnilai seseorg pljr itu..smoga remaja2 trutama pljr2 di malaysia trs maju n brjaya..amin..

kamariah

Setuju. Tumpuan cikgupun kurang dan tidak membina. Sepatutnya mereka perlu dipupuk dan diberi penekanan agar keseimbangan tidak ketara. bila hujung tahun murid udah malas nak pergi sekolah alasan cikgu tidak mengajar dan kerap tiada disekolah. Bagi kelas yang cerdik... cikgu bagi tumpuan untuk persiapan tahun depan.

mohmad shalan bin jasman

Pengasingan pelajar bijak dengan kurang bijak perlu dilakukan untuk pencapaian prestasi lebih tinggi. Isu sebenar bukan pengasingan tersebut; tetapi sejauh mana para guru dapat berlaku adil kepada pelajar di kelas kurang cemerlang. Sekiranya komitmen dan kesungguhan guru dikedua-kedua posisi tersebut seimbang, saya percaya kita mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang disetiap sekolah. Masalahnya berapa ramai guru yang seronok mengajar murid bodoh berbanding murid pandai?

Soal pengasingan kelas corot bagi pelajar kurang bijak menjadi punca jenayah pelajar terlalu subjektif untuk dibuat rumusan. Soal yang patut ditekankan adalah setakat mana mereka mendapat bimbingan yang betul ke arah menjadikan mereka modal insan yang berkualiti. Isu ini melibatkan semua pihak dan tidak adil meletakkan siatem sekolah sebagai satu-satunya punca. Senangnya hidup ini kalau macam ini cara kita berfikir....

Moktar bin Sulong

kaji punca rezeki yang diperolehi. didik anak-anak mengikut acuan yang baik. pendidikan berdasarkan agama amat penting walaupun ada yang berbuat jahat tetapi terkawal. semangat kejiranan amat penting. mengawal dan mendidik anak-anak sementara masih dari 'rebung' lagi.

mail

JKM kena pasti betul punca sebenar kanak-kanak melakukan/terbabit dalam jenayah tidak boleh disalahkan sepenuhnya ke Sekolah.Keluarga kena tahu juga kelakuan anak-anak kerana separuh masa mereka berada dirumah.Bagi saya anak-anak yang melakukan/terbabit dengan jenayah kerana masalah kedudukan kewangan,keluarga dan pengaruh dari media masa seperti filem/internet dan berbagai-bagai pengaruh disekeling

Azman

sistem pendidikan negara telah 'berjaya' menjelmakan jarak atau 'gap' antara pelajar pandai dan mereka yang kurang bijak dalam pelajaran dan peperiksaan. Keadaan semakin parah dengan pengenalan Sek Berprestasi Tinggi yg sebenarnya menimbulkan 'ego' di kalangan ibu bapa dalam memilih sekolah dan melahirkan pengetua yg tamak mengejar nama dan pangkat dengan menggadaikan nasib pelajar yang kurang pencapaian dalam pelajaran. Selain itu, waktu sekarang terdapat golongan guru yg memilih pekerjaan itu kerana gagal mendapatkan pekerjaan lain, maka mereka seperti ini selalu bersikap sambil lewa dalam mengajar. Pada masa hadapan, ianya bukan saja melahirkan generasi yang berada pada status yg jauh berbeda, tetapi juga menyebabkan sektor2 pekerjaan berasaskan kemahiran seperti pekerjaan kelas kedua di Malaysia. Pengalaman di sekolah rendah anak saya di Sentul, KL menyaksikan tumpuan lebih diberikan kepada kelas murid-murid cerdik pandai dan kurang kepada kelas yg ke bawah dan seterusnya. Anak saya menjadi mangsa gara-gara kesilapan guru yg salah menulis dalam laporan penyata markah sebenar yg diperoleh oleh anak saya, dia diletakkan dalam kelas yg pertengahan walaupun sepatutnya dia masuk dalam kelas 'istimewa' tadi. Guru enggan membetulkan kesilapan markah tersebut - inilah yg saya maksudkan dengan adunan guru yg sambil lewa dan sistem pendidikan sekarang yang menyesakkan.

Sha

kepada cikgu2 semua..jgn cepat melatah, ini cuma "antara punca" iaitu salah satu faktor penyebab. Jadi utk ibu bapa dan guru kena sama main peranan. Apa2 Pun...ibu bapa yg berkerja...sila lah balik awal ke rumah...cukup masa sila balik dan beri perhatian pada anak...tak perlu sumbang2 masa...kerja sampai bila2 pun tak kan habis...anak2 saham kita diakhirat.

Rossa

Saya tertarik dgn isu ini dan sangat setuju dgn pendapat YULAI JULAIDI

Sistem kelas mengikut tahap kepintaran memang sgt2 penting. Bayangkan kalo dlm satu kelas yg majoritinya bijak, tapi ada 3 orang yg 'lambat', mereka pasti bertambah rasa rendah diri. Lebih teruk, mereka tak dapat tangkap apa yg cikgu ajar, sebab cikgu speed ikut murid yg majoritinya bijak. Kalau mereka yg 'lambat' ni berada dlm kelas yg sama, cikgu pun boleh ikut rentak mereka.
Masalahnya, selalu juga berlaku, cikgu tak masuk kelas. Cikgu ganti sekadar jaga budak supaya tak bising.

Bagi saya, result yg corot hanyalah symptom awal kepada masalah jenayah. Bukan punca. Punca jenayah tetap berbalik kepada faktor pengaruh rakan dan kurang didikan keluarga.

Rossa

Saya tertarik dgn isu ini dan sangat2 setuju dengan pendapat

azrulms

Rasional pengasingan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik adalah bagi memudahkan sesi pengajaran. Pada pandangan saya polemik keterlibatan pelajar dengan jenayah berakar umbi kepada permasalahan keluarga atau lebih tepat dinyatakan sebagai kepincangan ibubapa mendidik anak-anak. Ibubapa yang prihatin akan masa depan anak-anak mereka memberi penekanan kepada penerapan nilai agama dan pencapaian akademik anak-anak mereka seawal usia mereka 5 tahun dan lebih perhatian diberikan semasa anak-anak meningkat remaja. Pertimbangan dangkal dengan menghantar anak-anak ke sekolah dan memberi mereka wang saku sambil mengharapkan usaha mendidik anak-anak mereka terpikul di bahu guru-guru semata-mata. Justeru kelemahan ibubapa mendidik anak-anak menjadi insan terpelajar dengan sahsiah yang wajar, dilihat menyumbang kepada peningkatan indeks keterlibatan pelajar dengan jenayah. Berpaksi kepada kenyataan tersebut, seharusnya penekanan memperkasakan institusi kekeluargaan dan meningkatkan rasa kebertanggangjawaban ibubapa dilihat sebagai mekanisme yang perlu diberi lebih penekanan. Tambahan lagi, mencampuradukkan para pelajar yang komited mengejar cita-cita dengan rakan-rakan sebaya yang berkiblatkan keseronokan semata-mata bukan hanya akan menyukarkan pengajaran lantaran tahap pemikiran yang tidak tara malah mempunyai implikasi para pelajar yang dedikasi yang lebih sedikit bilangannya akan luntur keazaman mereka akibat pengaruh rakan-rakan khalayak yang cenderung berpoya-poya.

zulkarnain

Pengasingan pelajar-pelajar yang bijak dan yang kurang pandai ni adakalanya perlu kerana kemampuan pelajar-pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Pada pendapat saya, jika taraf pelajar di sekolah disatukan dikuathiri golongan pelajar yang berpontesi untuk berjaya akan dirosakkan oleh segelintir pelajar yang kurang pandai. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. seharusnya kita perlulah tahu menilai tahap kemampuan pelajar itu sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kemajukan pelajar-pelajar mengikut kelayakkan akademik masing-masing.

Zaharin Bakri

Dalam dimensi baru dunia pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah menampilkan lebih kreativiti dikalangan pendidik. manakala di pihak pelajar, mereka perlu kerap di galakkan untuk diingatkan tujuan mereka kesekolah. bagi pelajar yang kurang bijak, guru-guru agama boleh berperanan untuk menggalakkan mereka menghafaz al-quran. kelas-kelas seperti kemahiran hidup (pertukangan, memasak, berkebun) yang mana pihak pengurusan sekolah terlalu mementingkan kejayaan akademik semata-mata. Bila pak Menteri bertukar, masing-masing ada agenda yang tersendiri. yang jadi mangsa anak bangsa. aktiviti disekolah terlau rutin sangat. nak jemput bagi talk atau ceramah terlalu berkira dan melebihkan hiasan sekolah berbanding membentuk jatidiri anak bangsa.

zol ibrahim

kenapa seolah-olah sekolah jadi mangsa pelajar-pelajar ini terbabit jenayah .... ibubapa pelajar ini mana .... berapa kali peksa buku anak sekolah , berapa kali pergi mesyt PIBG, berapa kali pergi hari terbuka sekolah , harap Ibubapa tahu tanggungjawab terhadap anak -anaknya.....

ramle rahman

saya bersetuju

Sulaiman Dali

Sedih semasa dari sekolah lagi kita telah diterapkan strata pengkelasan menyebabkan rasa rendah diri kepada pelajar tidak bijak dan melemahkan lagi semangat mereka untuk belajar. Pihak sekolah tidak seharusnya mengikut formula dari pihak Barat kerana dalam Islam menganjurkan kesaksamaan kepada semua. Tidak bijak diperuntukkan untuk mengikut kelas pemulihan atau kelas tambahan bagi mereka menyaingi pelajar pintar.

paiwunan

Ada dikalangan guru pula menyisihkan golongan ini dan membiarkan mereka terkontang kanting dalam kelas tanpa perhatian sewajarnya. Tumpuan lebih kepada murid yang dianggap bijak dan murid corot terus terpinggir.

yulai julaidi

Saya tertarik dengan pengasingan pelajar bijak dan pelajar yang mempunyai prestasi yang tidak memuaskan malah memiliki masalah disiplin. Apa yang sedang dihadapi ketika ini dan telah berlaku sejak dahulu lagi, seolah-olah telah menjadi satu tradisi sekian lama. Pihak sekolah mengasingkan kemampuan pelajar mengikut kelas yang tertentu. Jika diperhalusi, kehadiran pelajar yang bermasalah dari aspek pembelajaran dan memiliki masalah disiplin kerap diletakkan di kelas 'belakang'. senario ini berlaku disebabkan bagi mengelakkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kepada pihak yang perihatin, kebanyakkan pelajar yang memiliki akademik yang rendah lebih cenderung kepada kemahiran. Bagi menjayakan kecemerlangan institusi pendidikan, seharusnya mata pelajaran berbentuk praktikal diperluaskan di semua lapisan sekolah ibarat alang-alang mandi biar basah. Tidak terkecuali persaingan menjenamakan sekolah berprestasi tinggi dengan ganjaran yang dijanjikan menjadikan pelajar 'pandai' diberikan tumpuan istimewa dalam mana-mana sekolah manakala pelajar 'kurang' pandai menjadi anak tiri. Natijahnya, kurikulum perlu diubah dengan segera. Lain keris lain pedang, lain dulu lain sekarang. Kajian dan program berkesan diperingkat akar umbi perlu dilaksanakan selaras dengan kemampuan pelajar yang berlainan tahap kecerdasan dan kecergasannya. Harap dikongsi bersama.

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat