{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


9 jawapan NFC

Posted: 17 Nov 2011 03:18 PM PST

MukaDepan

Pembelian kondominium One Menerung bawa keuntungan RM3.12 juta setahun

GEMAS: Semua sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang dijawab Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semalam.

Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.

Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

"Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal," katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

"Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

"Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

"Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

"Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

"Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000," katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

"Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet," katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

"Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tajuddin

Saya harap NFC dapat diperkasakan dgn membela lebih banyak lembu supaya bekalan daging lembu mencukupi dan tidak perlu kita import daging kerbau drpd India atau Australia. Kalau boleh harga daging lembu ketahap RM8 sekilogram. kalau nak perluaskan lagi aktiviti NFC mungkin p pinjam ke dana lain. Jgn guna dana kerajaan. Al-maklum la mulut orang yg suka mengossip walaupun prosedur utk dptkan dana tuh bukannya mudah dan dibuat aturan yg betul. Kalau dpt pinjam dana bukan drpd kerajaan mungkin ia melenyapkan persepsi negative.

dahdenkoba

boleh kah soft loan dari kerajaan dengan tujuan khas tetapi digunakan untuk pembelian hartanah yang tak ada kena mengena dengan tujuan loan yang dipersetujui oleh kerajaan?

baharuddin

Nah, ini jawapan yang jelas kepada pihak-pihak yang sentiasa mencari kesalahan orang lain. Mentang-mentanglah pilihanraya umum dah dekat, ramailah yang mencari publisiti murahan terutamaa parti-parti pembangkang. Kenapakah tidak dipersoalkan dari manakah datangnya duit yang banyak untuk membeli mahligai DSAI, ibupejabat parti PKR yang menjadi pencakar langit, belanja yang banyak digunakan oleh DSAI melawat keluar negeri hingga mampu membayar perbelanjaan "coffee boy"?. Kenapakah asyik nak cari salah pemimpin BN, lihatlah dengan mata kepala sendiri tentang kekayaan pemimpin PKR, DAP dan PAS?

Hiruddin Hashim

Dana untuk pertanian tidak boleh digunakan untuk Kondominium. Kalau ini berlaku maka ramai penternak pinjam dana dengan kadar murah dari bank melalui dana kerajaan, belanja sikit untuk beli lembu dan kandang, selebihnya beli hartanah.
Alasan yang diberi seolah-olah "the ends justify the means".

tfazuin

Pelik la, apa UPM x wujud ke? Kalau bagi UPM RM250 juta sebagai dana, dan graduan sebagai tenaga pelatih, dah lama break even, setidak2 nya sebelum tahun ketiga.

kandar selamat

Sewajarnya mereka yg membuat tomahan perlu bertanggung jawab, heret mereka ke mahkamah. Modal politik dengan niat memfitnah perlu dikenakan hukuman yg berat.

Wan

Masih ada yang tidak memahami jawapan bagi tuduhan ke :

Ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

nz

Orang kata zaman sekarang kalau nak bersih fitnah di mata rakyat melalui saman.

DINO

Ambil tindakan tegas kepada yang membuat fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dengan tujuan memburukkan kerajaan. Kebenaran harus ditegakkan.

roshayati

Kalau di uruskan dengan baik rakyat akan puji tapi kalau ada bunga bunga penyelewengan faham faham la sendiri pembangkang menegur untuk kebaikan harus di ambil positif rakyat sekarang dah bijak zaman IT katakan.

zulhairi fetani

Seboleh bolehnya mereka cuba "menukar" pinjaman kepada wang kerajaan atau pun wang rakyat...ini hanya pinjaman yang perlu dibayar balik.. bukan diberi secara percuma untuk joli..

az

urskan syarikat dengan profesional, jangan terlalu bergantung kepada dana kerajaan dan berdirilah atas kaki sendiri

roslan lan

Berniaga berniaga juga, tapi jagalah halal haramnya, jgn sampai keuntungan dpt adalah hasil RIBA semata-mata..tak akan berkat selamanya...

Hadi

Jawapan ini belum tentu dapat meredakan keadaan.. Apa faedah kepada rakyat jika duit kita diurus secara begini.. Ini bukan lagi isu politik..isu kepentingan rakyat..jika ada terkait dengan politik itu adalah saluran bagi pembaikan. Sepatutnya berterima kasih kepada pihak yang memberi pandangan dan sesuatu pandangan ada nilainya dan harus didengari untuk kepentingan rakyat umumnya.

shahfiran

wlpn penjelasan telah di buat tp output untuk NFC nie msh takde lagi..kerajaan bg pinjaman kepada company tersebut adalah untuk menternak lembu supaya harga daging pasaran sentiasa berada di tahap normal..tp bila perkara nie tak terjadi maka harga daging akn terus naik dan rakyat yg tanggung kesusahan.

harapnya NFC dapat menjalankan perniagaan dengan amanah kerana duit yg anda dapat adalah dari duit rakyat malaysia bkn bkn duit org persendirian..sekiranya anda menyeleweng..akhirat nnt adalah amat berat siksaannya....

pak_Jul

jangan putus asa Datuk, bukan senang nak bela lembu, yg banyak dibiar tidor atas jalan raya

wak_jnal@yahoo.co

ini le dia keje pembangkang takde isu reka isu, penat le den dgn pembangkang nih

razi

Saya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menggalakkan umat Islam berniaga. Umat Islam di negara ini mmg majoriti tiada pengalaman berniaga berbanding kaum lain. Bayangkan, semasa datok nenek kita jadi pesawah, datok nenek mereka sudah pun menjadi peniaga yang kaya. Kita haruslah berusaha memecahkan monopoli kaum lain supaya umat Islam tidak hanya menjadi pengguna selama-lamanya.

Jika berlaku sebarang kepincangan dalam syarikat bumiputera/Islam, eloklah dibimbing dan diperbetulkan, bukan diburuk-burukkan semata-mata kerana syarikat itu bukan kroni atau geng kita.

azmel

satu pelaburan yang cukup baik. saya cadangkan selepas ini, ptptn,felda,mas atau mana-mana badan yang mendapat keuntungan yang kurang,bolehlah melabur seperti NFC.ini adalah contoh yang sangat baik.

amamiza

Musin PRU dah sampai. jadi pa pun akan jadi isu. sebaiknya urskan syarikat dengan profesional, jangan terlalu bergantung kepada dana kerajaan dan tender kerajaan kemudian dabik dada mengatakan dah lakukan urustadbir niaga terbaik.


Full content generated by Get Full RSS.

ASEAN tubuh Pusat Bantuan Kemanusiaan

Posted: 17 Nov 2011 02:25 PM PST

MukaDepan

NAJIB bergambar bersama (dari kiri) Setiausaha Presiden Filipina, Ramon A; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra;  Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah;  Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong dan Presiden Myanmar, Thein Sein ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Bali, semalam.

NAJIB bergambar bersama (dari kiri) Setiausaha Presiden Filipina, Ramon A; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong dan Presiden Myanmar, Thein Sein ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Bali, semalam.

SIDANG Kemuncak ASEAN ke-19 yang berakhir semalam memeterai tiga dokumen perjanjian, termasuk komitmen menubuhkan Pusat Penyelarasan ASEAN Bagi Bantuan Kemanusiaan (HADR) berikutan musibah bencana yang melanda beberapa negara anggota seperti banjir besar di Thailand.

Persidangan juga mengeluarkan Deklarasi Bali oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam ucapan perasmiannya pagi semalam, yang antara lain mahu menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang boleh memainkan peranan lebih besar dalam konteks Komuniti Negara Sejagat.

Perjanjian ketiga yang dipersetujui adalah mengenai kepelbagaian kebudayaan, sebagai satu pengiktirafan bahawa kekayaan kesenian adalah kekuatan kepada ASEAN. Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas berakhir sidang itu petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjelaskan beberapa perkara lain yang dipersetujui serta memaklumkan mengenai kemajuan dicapai negara anggota. Ia termasuk permohonan Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN ke-11.

"Mesyuarat juga bersetuju supaya Myanmar menjadi tuan rumah dan pengerusi Sidang ASEAN 2014. Ini diperkukuhkan lagi dengan langkah terbaru oleh kerajaan Myanmar seperti membebaskan tahanan politik dan membenarkan lebih kebebasan serta hak asasi," katanya.

Hari ini pula diadakan Sidang Kemuncak Asia Tmur bersama rakan dialog, termasuk mesyuarat ASEAN dengan Amerika Syarikat dan Najib dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Barack Obama. Tengah hari semalam, Najib mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra.

Menjawab pertanyaan, Perdana Menteri menjelaskan penubuhan HADR bertujuan menyelaras segala tindakan dalam menangani sebarang malapetaka di mana-mana negara ASEAN bagi meningkatkan tindak balas kepada usaha membantu dan menyelamat serta menghantar bantuan kemanusiaan.
"Ini disebabkan perubahan iklim amat jelas bahawa negara ASEAN tidak terkecuali seperti banjir di Thailand sekarang serta banjir di Kemboja, Laos dan Vietnam," katanya.

Mengenai cabaran masa depan ASEAN, Najib berkata, yang utama adalah menangani hubungan dan kepentingan strategik antara China dan Amerika Syarikat.

Katanya, kedua-dua negara mempunyai kepentingan strategik dalam hubungan dengan ASEAN serta rantau ini dan ada sedikit sebanyak persaingan untuk memperluaskan pengaruh masing-masing meskipun kemasukan dalam proses Sidang Kemuncak Asia Timur adalah untuk meningkatkan kerjasama antara AS, China dan ASEAN.

"Cabaran lain adalah bagaimana kita hendak menangani tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Mesyuarat berpendapat, sebarang tuntutan mestilah diselesaikan melalui proses rundingan secara baik, melalui proses dialog dan mematuhi prinsip serta undang-undang antarabangsa," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan turut melahirkan kebimbangan itu ketika menemui Obama, Perdana Menteri berkata: "Kita mungkin akan bertukar pendapat tetapi pendirian Malaysia ialah betapa pentingnya kawasan ini terus menajdi kawasan aman dan stabil."

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat