Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 12 Nov 2011 09:41 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Golongan pendidik dinasihatkan supaya tidak panik berikutan rancangan kerajaan melaksanakan projek perintis sistem bekerja sembilan jam Januari ini kerana keputusan itu bukan muktamad. |
Posted: 12 Nov 2011 09:35 AM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, semalam memberi jaminan bahawa beliau akan melaksanakan pendekatan lebih prihatin bagi memastikan kestabilan ekonomi negara tidak terancam berikutan krisis ekonomi Eropah ketika ini.Menerusi mesej terbarunya dalam laman blog 1Malaysia berhubung langkah yang perlu diambil, Perdana Menteri berkata pengumuman Bajet 2012 adalah antara usaha mengukuhkan ekonomi negara selain menyediakan situasi bagi pelabur asing melihat Malaysia sebagai hab serantau atau global. "Walaupun saya tidak dapat berjanji untuk menyelesaikan krisis ekonomi di Eropah atau meredakan bencana banjir di Thailand, saya boleh berjanji bahawa apa yang saya mampu lakukan akan dilaksanakan dengan penuh keprihatinan supaya kestabilan ekonomi kita tidak terancam. "Rakyat Malaysia pula perlu berkongsi tanggungjawab untuk tidak menanggung risiko pada masa depan," katanya.Kajian Bank Dunia mengenai aktiviti perniagaan di seluruh dunia tahun ini menunjukkan Malaysia mengukuhkan kedudukannya di 20 tempat teratas, iaitu melonjak daripada kedudukan ke-23 tahun lalu kepada 18 bagi tahun ini. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, turut menyifatkan prestasi itu menunjukkan segala usaha dan kerja keras rakyat bagi menjadikan negara ini lebih selesa dan maju berjaya menunjukkan kesan menggalakkan. Menerusi indeks Bank Dunia, kita mencapai kemajuan kukuh bagi menjadikan negara ini lebih mudah untuk memulakan perniagaan dan kita berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman kredit oleh syarikat perniagaan.
Najib berkata, bagi memastikan ekonomi negara berada di landasan betul, kerajaan mengukuhkan sektor swasta dan memberikan lebih banyak peluang kepada usahawan, terutama di luar bandar. Katanya, dua langkah penting yang dirangka adalah transformasi, termasuk dalam perkhidmatan awam serta membuka sektor baru ekonomi seperti kejuruteraan, khidmat guaman dan telekomunikasi supaya usahawan tempatan dapat bersaing bagi mendapatkan dana pada peringkat global. Kedua, memperkukuhkan sektor swasta dengan menarik lebih banyak pelaburan asing yang menyokong pemodenan dan pertumbuhan serta membantu mengintegrasikan ekonomi Malaysia supaya lebih rapat dengan negara maju. Ia juga meningkatkan persaingan dan seterusnya membantu mengekalkan harga rendah, memacu inovasi dan meningkatkan tahap kemahiran di Malaysia serta menjadikan pekerjaan dalam sektor yang berhadapan dengan eksport lebih terjamin, katanya. Beliau berkata, dari segi domestik, arah yang perlu diambil adalah membangun dan melaksanakan amalan terbaik menerusi inovasi, pemikiran kreatif dan peningkatan produktiviti bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |