{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Tol tak naik

Posted: 16 Nov 2011 11:44 PM PST

MukaDepan

  • PLUS, ELITE, Linkedua, KLBK, kekal kadar hingga 2015
  • Tol jambatan Pulau Pinang tidak berubah sehingga 2038
KUALA LUMPUR: Kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) kendalian Plus Expressways Bhd, tidak akan dinaikkan sehingga 2015. Kadar tol Jambatan Pulau Pinang yang dikendalikan Penang Bridge Sdn Bhd pula dikekalkan sehingga penghujung tempoh konsesi 2038.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Kumpulan UEM, Datuk Izzaddin Idris, berkata bermula 2016, kadar tol empat lebuh raya Plus Expressways Bhd itu hanya dinaikkan lima peratus setiap tiga tahun, sehingga penghujung tempoh konsesi, 31 Disember 2038 berbanding 10 peratus mengikut konsesi lama.

Berikutan persetujuan semakan semula syarat perjanjian konsesi tol terbaru itu, kerajaan akan memperoleh penjimatan sehingga RM6.5 bilion kerana tidak perlu membayar pampasan kepada Plus Expressways.

Mengikut perjanjian konsesi tol lama, kerajaan perlu membayar pampasan tertunggak berjumlah RM2.9 bilion dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun berjumlah kira-kira RM3.6 bilion kepada Plus Expressways.
Persetujuan semakan semula syarat perjanjian konsesi tol itu dimeterai antara kerajaan dengan UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu lalu dan semakan itu dilaksanakan susulan cadangan pembelian aset dan liabiliti Plus Expressways dan Penang Bridge Sdn Bhd.

Izzadin menyifatkan persetujuan terbaru itu adil kepada kerajaan, pengguna Lebuh Raya Plus Expressways dan jambatan Pulau Pinang.

Katanya, dengan perjanjian itu, empat matlamat berjaya dicapai iaitu meminimumkan kenaikan kadar tol dan mencapai satu struktur tol yang munasabah; mengurangkan beban kerajaan dalam pampasan tol; memastikan kepentingan pemberi pinjaman terpelihara dan mengelakkan sebarang kesan terhadap pasaran modal hutang; serta memastikan pampasan yang adil kepada pemegang kepentingan ekuiti.

Beliau berkata, berdasarkan persetujuan itu juga, tempoh konsesi PLUS dan Linkedua tidak akan dilanjutkan dan tamat seperti dijadualkan, pada 31 Disember 2038.

"Manakala tempoh konsesi ELITE, KLBK dan Jambatan Pulau Pinang, iaitu masing-masing yang akan tamat pada 2030, 2026 dan 2021, akan diselaraskan dengan PLUS dan Linkedua," katanya.

Izzaddin berkata, kenaikan kadar tol selepas 2015, iaitu pada lima peratus setiap tiga tahun adalah bersamaan dengan 1.7 peratus setahun.

Katanya, kadar kenaikan itu adalah di bawah kadar purata inflasi negara bagi tempoh tiga tahun iaitu 2.6 peratus setahun.

Sebagai contoh, kadar tol perjalanan dari Jalan Duta ke Ipoh Selatan ketika ini ialah RM26.50. Berdasarkan kiraan kenaikan lima peratus bermula 2016, kenaikan kadar tol untuk perjalanan berkenaan hanya meningkat RM1.30 kepada RM27.80 berbanding mengikut konsesi lama iaitu jika peningkatan 10 peratus, kenaikannya ialah sebanyak RM2.60 kepada RM29.10.

"Kami mengekalkan PLUS sebagai aset utama negara yang juga tunjang infrastruktur jalan raya di Semenanjung Malaysia.

"Hasil kutipan daripada kadar tol yang sederhana ini (selepas 2015) akan membolehkan kami mengekalkan taraf jalan raya dan perkhidmatan dengan lebih baik,"

katanya sambil menambah kos penyelenggaraan lebuh raya membabitkan RM800 juta setahun.

Maklumat lanjut layari http://www.pluschannel.com.my/

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Cyberkerisz

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak berwajib yang berusaha memberikan perkhodmatan terbaik kepada masyarakat.

Namun saya agak terkilan, jikalau tol naik, ramailah manusia yang tak pernah bersyukur akan mengutuk, mengeji dan melemparkan tuduhan kepada pihak kerajaan. Namun jika kerajaan telah berusaha memberikan sesuatu yang baik, tiada pula kata2 terima kasih yang diberikan oleh mereka. Lumrah sesetengah golongan manusia, tidak pernah rasa bersyukur...

hasry

bagusla tol tak kan naik, tp tol dalam area lembah klang/KL macam mana? ari2 dpt collection byk tu, means next year ade naik lagi?

Umno Serdang

Terima kasih kepada kerajaan BN yang prihatin dan tidak menaikkan tol demi mengekang kenaikan kos sara hidup. Kalau tol naik lepas minyak naik susahla.

Pak Rosjo

Tak gembira pun...Cuba la announce harga tol turun pulak..

Mahadi Abu Bakar

Kalau kadar diturunkan dari tahun ke tahun lagi bagus, sebab hutang buat lebuhraya dah makin kurang...

NOORHAS

Baik juga gitu, barang tengah naik ne....

afzan shahril

thank you Barisan Nasional !!

kamal

highway tu time balik kampung je pakai...yg penting jangan naikkan highway2 dalam kl seperti LDP..KESAS..dll.Orang ramai ulang alik pegi keje separuh gaji bayo tol jer...sapa yang tk sakit hati


Full content generated by Get Full RSS.

Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

Posted: 16 Nov 2011 02:23 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes," katanya ketika dihubungi semalam. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat