felda chiku - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chiku - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search Posted: 28 Jan 2012 04:56 PM PST Wassup bro!! Ni gua nak citer sikit pasal kampung gua… Felda Chiku 01, terletak di daerah terbesar di Kelantan iaitu Gua Musang. Ni la rumah gua… Gua ni org biasa2 jew.. bukan org kaya pon, walaupun org nampak gua ni stylo sakan cam org kaya kan,,, tp gua org biasa jew… well, fashion never know who we are… Ni la dia turbo klasik datuk gua… Toyota apa ntah! Laju giler kowt walaupon barang antik hehehe… wat lumba mesti menang nih! Dan kalo lu orang perasan, rumah gua ni unik sikit… Nampak tak rumah warna merah kat blakang tuee?? Jom kita zoom sikit lagi…! Mesti lu orang tertanya-tanya napa bumbungnya begitu pelik?? Sebenarnya, rumah ni belum 100% siap… tu pasal la bumbung dia macam tu… Best kat dalam ni, tak yah pakai air cond pon bilik ni rasa sejuk… Datuk gua (panggil Tok Ayah), buat ruang baru ni tinggi sikit untuk pengaliran udara yang baik… lubang2 kat atas jendela tu la yang support oxygen time pintu ditutup… bijak Tok Ayah gua ni hehehe… Di satu sudut kawasan rumah (front yard) yang sangat luas tu, ada laa sebuah perigi yang dah berpuluh tahun berkhidmat utk support bekalan air kat family kitorg… bukan kampung ni takde bekalan air, tapi Tok Ayah gua amik inisiatif beli mesin penyedut air supaya bil air tak perlu la dibayar lagi setiap bulan… menjimatkan. Ni la perigi tersebut… dulu2, masa kampung ni takde bekalan air, org2 kampung selalu datang guna perigi ni… muafakat la katakan… gua tak tau sangat la bro, masa tu gua tak beranak agi… Jernih kan air dia? Lagi jernih dari Kelantan water…hahaha, tu sebab atuk gua suka guna air perigi dari air paip yg dirawat… rumah kitorang ada sistem air yang lagi baik dari rumah org lain yang melanggan dengan syarikat air… bekalan air sentiasa ada dan tak pernah putus, kecuali kalau elektrik tibe2 black out… tu pon tak risau, perigi kat kawasan rumah je…Selagi mata air kat dasar perigi tu berfungsi, air akan sentiasa ada dan sentiasa jernih! Tapi satu je kelemahan dia, air dia sejuk giler kowt waktu pagi, bukak jerr paip, wahh bagai mandi di kutub utara! Depan rumah gua, ada dua batang pokok manggis… kat pokok2 ni la gua slalu panjat masa kecik2 dulu… Ni la pokok manggis favorite gua masa kecik dulu, time musim manggis memang tak naik atas rumah, sehari suntuk dok lepak atas pokok ni.. umpama rumah kedua..hehehe… jom kita zoom suasana dalam pokok ni…. Amat mudah dipanjat walaupon budak kecik… Hehehe masa buat sesi fotografi ni, teringin plak gua nak rasa balik hobi time kecik2 dulu.. panjat pokok manggis!! Gua suka benar panjat pokok, maklum la gua kan dilahirkan pada tahun monyet, ikut calendar cina… Hehehe.. seronok panjat pokok ni.. tapi akhir2 ni, batang2 dia banyak dah tumbuh pokok duit2, sebab lama tak panjat kowt.. maklumlah dah besar… Sepupu2 gua yang masih kecik2 ni tak main dah panjat pokok segala nih… Angry Bird, Counter Strike, Dota, GTA dan yang sekutu dengannya… fuhh, zaman dah berubah… Bawah pokok manggis yang satu lagi tu, ada sebuah meja simen dan kerusi2 yang comel. Direka seperti meja kerusi yang dibuat dari kayu balak, tapi hanya simen sahaja… Kat sini la gua selalu lepak2 sambil buat homework dan boraque2…hehehe…Masa gua kecik lagi meja ni dah ada… Sebelah rumah gua ada laa sebuah lapangan…. Pada setiap hari Selasa, kat sini la dipasang khemah2 peniaga.. coz' hari selasa, adalah giliran kampung gua utk pekan sehari a.k.a pasar malam…huhu… Depan rumah gua ada jalan utama kampung… boleh dikatakan, kawasan sederet dengan jalan utama ni adalah prime area kat kampung ni…banyak kemudahan spt kedai2, cyber cafĂ©, masjid,public library dan sebagainya… bnyk la..dah macam pekan! Jom tinjau plak kebun nenek gua kat belakang rumah… Pokok-pokok pisang ni nenek gua tanam sendiri. Memang rajin la kan orang2 tua kat kampung…? Rumah gua ni memang dibuat di atas sebidang tanah yang cukup luas… cukup luas utk membina sebuah villa. Memang impian gua pon utk tukar rumah ni jadik sebuah villa suatu hari nanti… Kawasan depan rumah memang cukup luas utk bina sebuah swimming pool dan mini garden… at least ada la konsep villa tu kan?? Tak mewah tak apa, janji villa dan cukup besar utk keluarga gua yang besar ni… Maklumlah, bila tiba hari raya atau apa2 keramaian kat rumah ni, mesti kecoh sebab tak cukup bilik tidur. Rumah ni ada 4 bilik tidur je…Lastly, kat bawah ni shoot paling cantik pernah gua amik kat kawasan rumah ni… |
You are subscribed to email updates from felda chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |