felda ijok - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda ijok - Google Blog Search |
Peneroka <b>Felda Ijok</b> ucap terima kasih kepada Perdana Menteri <b>...</b> Posted: 16 Jan 2012 03:03 PM PST Lebih 3,500 peneroka Felda Ijok menyampaikan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM3.8 juta untuk pembangunan kawasan itu. Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, melalui peruntukan itu, tiga agenda utama yang menjadi kekangan kepada peneroka Felda Ijok dapat diselesaikan. "Kita mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menaiktaraf padang bola sepak kepada sebuah mini stadium. "Saya akan gunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia untuk membentuk sebuah pasukan dari Felda Ijok," katanya kepada pemberita hari ini. Tambahnya lagi, keputusan itu juga menunjukkan kenyataan beberapa pihak terutamanya pembangkang mengenai pemimpin menganaktirikan peneroka felda adalah tidak benar sama sekali. Tegasnya, kenyataan itu adalah bersifat politik propaganda dan sengaja diada-adakan supaya rakyat membenci kerajaan. Selain itu, Felda Ijok juga menerima peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembangunan semula pekan yang berusia lebih 50 tahun. "Melalui peruntukan itu, peneroka yang berkelayakan boleh menggunakan peluang ini untuk memulakan perniagaan dan menambah pendapatan," katanya. Pada masa ini, katanya, peneroka hanya berpeluang berniaga di pekan sehari yang diadakan sekali seminggu kerana ketiadaan tempat yang sesuai. Selain itu, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat di kawasan berkenaan. Full content generated by Get Full RSS. |
RM3 juta untuk penduduk <b>Felda Ijok</b>: Mana logiknya dakwaan Felda <b>...</b> Posted: 14 Jan 2012 01:03 AM PST "Felda tidak bankrap" Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya beliau menempelak individu yang mengeluarkan kenyataan itu sebagai satu penipuan atau fitnah semata-mata. Beliau menegaskan, sekiranya Felda dikatakan bankrap maka tidak mungkinlah agensi tersebut mampu membayar bonus, memberi duit raya mahupun bantuan kepada anak-anak generasi kedua melanjutkan pelajaran. "Mana mungkin Felda bankrap… jika tidak bagaimana kita mampu meluluskan peruntukan RM200 juta untuk manfaat 10,400 orang peserta Felda. "Kejayaan ini adalah hasil daripada kecekapan pantadbiran Felda yang berjaya mengurus tadbir hala tuju agensi itu sehingga mampu menjana pendapatan yang tinggi setiap tahun. "Hari ini, harga komoditi getah dah naik dan purata pendapatan peserta pun semakin tinggi sehingga mencecah antara RM3,500 ke RM4,000 seorang," katanya ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di Felda Ijok, petang tadi. Najib turut mengingatkan, warga Felda terutama di kalangan pewaris harus bertanggungjawab untuk memastikan perjuangan untuk membangunkan agensi itu berakhir dengan pencapaian baik. Katanya, pewaris Felda memainkan peranan penting dalam usaha memajukan di masa hadapan. Dalam pada itu, menerusi wang kocek Felda, Najib meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan mini stadium selain menaiktaraf pekan Ijok. "Jadi di mana logiknya tuduhan mereka yang menyatakan Felda bankrap," katanya. Hadir sama pada majlis itu, isteri Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from felda ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |