Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>Felda palong</b> - Google Blog Search Posted: 13 Jan 2012 07:11 AM PST PALONG, 6 Dis. – Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan telah menyerahkan Hakmilik Tanah Peneroka kepada seramai 660 orang penduduk Felda Palong 8, petang tadi. Majlis telah di adakan di Dewan Serbaguna Felda Palong 8 . Kerajaan Negeri Sembilan juga telah menyampaikan sumbangan yang menyeluruh kepada Jawatan kuasa Kemajuan Rancangan Felda Palong 8 sebanyak RM50 ribu, Badan Masjid Felda Palong 8 pula menerima sumbangan sebanyak RM25 ribu sementara Gerakan Persatuan Wanita Felda Palong 8 menerima sumbangan sebanyak RM 5 ribu, dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Palong 8 pula menerima sebanyak RM10 ribu. Dalam ucapan Menteri Besar, beliau berharap penduduk mengenal pasti masalah setempat supaya dapat diselesaikan dengan kadar segera. Beliau juga berhasrat untuk menaikan taraf loji air di Kuala Jelai untuk memudahkan penduduk setempat kerana air adalah merupakan kemudahan asas yang perlu diutamakan. Terdahulu, beliau turut melawat pam air di Palong 7 sebelum ke Dewan Serbaguna untuk majlis penyerahan hakmilik peneroka felda 8. Majlis turut dihadiri YB Dato Haji Mat Ali bin Hasan,Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Haji Mohd Nor bin Jailani, Timbalan Pengarah Besar Felda dan Dato' Aziz bin Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Palong. Oleh : Rarra Foto : Ainaa Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |