{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


Anak-anak Gugusan <b>Felda Kerteh</b> terus diabaikan

Posted: 28 Nov 2011 07:15 AM PST

Gugusan Felda Kerteh terletak di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Kawasan tersebut meluputi kepentingan bertindih tiga pihak iaitu Felda, Ketengah dan Kerajaan negeri. Oleh itu, kawasan tersebut sepatutnya mendapat lebih banyak keistimewaan.

Tetapi malang apabila penduduk di kawasan tersebut terus terabai, terutamanya untuk kepentingan hidup masa depan generasi kedua. Tidak banya peluang pekerjaan dan peluang untuk memajukan kehidupan orang muda dibawa pihak Felda, Ketengah atau kerajaan negeri.

Ketengah adalah sebuah badan berkanun yg ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1973. Mula didiami pd tahun 1980/81. Hari ini, usia Ketengah telah hampir 40 tahun kawasan ini dibangunkan oleh agensi kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah

Jumlah penduduk kawasan tersebut adalah seramai 62,634 (1980 - 2007) dengan taburan seperti berikut;
- Bandar Al-Muktafi BiLlah Shah (Ambs) 12,239 orang
- Bukit Besi 7,413 orang
- Ketengah Jaya 21,962 orang
- Seri Bandi 6,773 orang
- Cheneh Baharu 14,247 orang

Keluasan kawasan keseluruhannya termasuk Tasik Kenyir adalah berjumlah 653,075 hektar.

Permasalahan

1. Tahap sosio-ekonomi rakyat yg semakin merudum berikutan tutupnya kilang-kilang. Usaha kerajaan BN untuk mempelbagaikan sumber ekonomi rakyat hampir sifar dlm tahun tahun kebelakangan ini.

3. Kaedah pemilikan tanah yg tidak sempurna milik oleh Ketengah menyebabkan tanah tidak dapat dimajukan dengan baik kerana terikat dengan kerajaan negeri. Pemimpin bersikap sambil lewa terhadap pembangunan masyarakat.

4. Banyak kilang tutup, malah projek yg dibangunkan oleh anak syarikat Ketengah sendiri pun banyak yang gagal.

5. Tiada Pelabur swasta sebagai punca pendapatan penduduk. Tumpuan pembangunan kpd Wilayah Pantai. Menyebabkan Wilayah Ketengah ini tidak mempunyai asas ekonomi yg kukuh yg boleh menarik pelaburan. Tiada dalam Pelan Induk Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Tidak menjadi keutamaan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun. Kadar Pengangguran kawasan terbabit adalah; Bandar AMBS 7.3%, Bandar Bukit Besi 12.8%, Bandar Ketengah Jaya 9.0%

6. Migrasi penduduk keluar dari Bandar-bandar KETENGAH akan menjadikan ia bandar hantu dalam tempoh 20 tahun lagi. Melainkan satu usaha yang komprehensif dibuat sekarang. Kadar migrasi tenaga buruh keluar:
Bandar AMBS 13.5%, Bandar Bukit Besi 24.6%, Ketengah Jaya 25.8%

7. Akibatnya, selepas 35 tahun membangunkan bandar, hari ini Ketengah masih belum mencapai 30% pembangunan fizikalnya. Dan tidak boleh dikategorikan sebagai bandar kerana kriteria utama sebuah bandar perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60% penglibatan penduduk dalam sektor bukan pertanian.

8. Rakyat masih duduk di rumah yg dibangunkan oleh Ketengah 30 tahun dahulu dan masih tidak mampu membayar hutang perumahan ug terus meningkat peratus bunganya dek kerana panjang pinjamannya.

9. Puncanya? Ketengah kurang memberi peluang penduduk untuk maju apabila ruang niaga yg baik tidak disediakan atau dirampas oleh Anak-anak syarikat Ketengah sendiri yg meniaga. Ketengah mempunyai lebih dari 10 anak syarikat yg bersaing dengan peniaga tempatan.

10. Puncanya juga kerana Pemimpin yg tidak prihatin masalah rakyat. Sibuk dengan masalah parti dan peribadi serta perbalahan dalaman.

*** Ucapan Ustaz Hj Roslan Hj Ismail, (Gambar paling atas berbaju kuning) Pengerusi WARIS dalam perjumpaan 'Chit Chat' dengan anak-anak peneroka pada Isnin 28 November, 2011, Rumbia Resort, Paka.

Komen:

Full content generated by Get Full RSS.

Ribut Bagai Tsunami Melanda Di <b>Felda Kerteh</b> | My Berita

Posted: 18 Sep 2011 09:03 PM PDT

KEMAMAN – Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit.

Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu.

Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan.

Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini.

Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk.

"Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah.

"Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan.

"Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu.

Sumber

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat