{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Syor tambah baik prosedur pinjaman

Posted: 01 Jun 2012 11:56 AM PDT

MukaDepan

SPRM kemuka tujuh cadangan berikutan kelemahan isu National Feedlot Corporation

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mencadangkan anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik mengisytiharkan jika ada ahli keluarga terdekat yang memohon kemudahan kerajaan, termasuk pinjaman mudah.

Pengisytiharan kepada Lembaga Tatatertib di kementerian atau jabatan masing-masing perlu dilakukan supaya tidak timbul salah faham, konflik kepentingan, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah di kalangan anggota pentadbiran ketika projek atau tender berkenaan diluluskan.

Kita kena ambil langkah pencegahan awal bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan pemberian kemudahan pinjaman, tender atau projek kerajaan dan jika gagal berbuat demikian, boleh dihadapkan ke Lembaga Tatatertib atau diambil tindakan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Datuk Sutinah Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan (gambar kanan), berkata syor itu satu daripada tujuh cadangan pihaknya kepada kerajaan terutama Kementerian Kewangan bagi menambah baik sistem pengurusan dan prosedur pemberian pinjaman mudah dan tender projek kerajaan pada masa depan.

Beliau berkata, cadangan itu berikutan kelemahan yang timbul daripada isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) selepas menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah ke atas projek NFC.

Pemeriksaan itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan lain termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Menteri Besar Diperbadankan dan NFC.

"Hasil pemeriksaan itu dibentangkan kepada Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah, sebelum cadangan penambahbaikan diserahkan kepada Kementerian Kewangan, pada April lalu.
"Kita kena ambil langkah pencegahan awal bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan pemberian kemudahan pinjaman, tender atau projek kerajaan dan jika gagal berbuat demikian, boleh dihadapkan ke Lembaga Tatatertib atau diambil tindakan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"SPRM percaya Kementerian Kewangan mengambil langkah sewajarnya memperketatkan sistem dan prosedur bagi menambah baik proses pemberian tender dan pinjaman mudah pada masa depan," katanya.

Sutinah berkata, SPRM turut mencadangkan Kementerian Kewangan menyediakan satu tatacara seragam, lebih jelas dan telus berhubung proses pemberian pinjaman mudah.

"Langkah itu untuk memastikan tiada ruang mana-mana pihak melakukan penyelewengan," katanya.

INFO: 7 cadangan SPRM perketat dan tambah baik prosedur

  • Kementerian Kewangan menyediakan satu tatacara seragam yang jelas dan telus berhubung proses pinjaman mudah supaya tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak menyeleweng.
  • Dari segi pemilihan syarikat, kementerian berkenaan perlu membuat 'due delligent' terlebih dulu untuk mengetahui latar belakang syarikat dan kemampuannya sebelum memutuskan untuk pemberian sebarang projek.
  • Kementerian Kewangan perlu melakukan kajian terperinci termasuk penilaian dan pengurusan risiko terhadap sesebuah projek sebelum ia dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika pelaksanaannya.
  • Penyelarasan projek oleh agensi pelaksana perlu dibuat bagi memastikan kelicinan pelaksanaan projek dan pemantauan terhadap status pembangunan ketika dilaksanakan.
  • Menyediakan terma rujukan yang jelas kepada ahli lembaga pengarah supaya mereka dapat memainkan peranan lebih berkesan.
  • Syarat pinjaman mudah perlu diperketatkan untuk meningkatkan akauntabiliti dan menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
  • Mewujudkan kod etika bagi anggota pentadbiran, dengan memasukkan klausa supaya setiap anggota pentadbiran mengisytiharkan jika ada ahli keluarga memohon kemudahan pinjaman mudah daripada kerajaan.
  • Jurutera hina Sultan kena penjara setahun

    Posted: 01 Jun 2012 11:39 AM PDT

    MukaDepan

    HON Keong  (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya kerana didapati bersalah menghina sultan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

    HON Keong (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya kerana didapati bersalah menghina sultan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

    BUTTERWORTH: Jurutera, Chan Hon Keong, 29, semalam dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM50,000 kerana menghina Sultan Perak dengan menghantar komen lucah dalam sebuah laman web, pada 2009.

    Hakim Mahkamah Sesyen, Akmal Hishan Mohd Tajuddin turut memerintahkan Hon Keong dikenakan enam bulan penjara tambahan jika gagal membayar denda itu.

    Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman.

    Enam individu didakwa di mahkamah berhubung kes menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika kemuncak kemelut politik di negeri itu pada 2009.

    Difahamkan, Hong Keong menjadi individu pertama dipanggil untuk membela diri dan didapati bersalah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2009.

    Enam individu didakwa di mahkamah berhubung kes menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika kemuncak kemelut politik di negeri itu pada 2009.

    Dalam penghakimannya, Akmal Hishan berkata, beliau berpendapat perbuatan menghina sultan yang menjadi simbol pemerintah negara adalah sebagai satu kesalahan serius dan jika tidak dibendung, ia akan menular serta tidak dapat dikawal.

    "Oleh itu, mahkamah tiada pilihan dan wajar mengenakan tindakan maksimum ke atas tertuduh iaitu dipenjara selama satu tahun berkuat kuasa hari ini (semalam) serta denda RM50,000 dan gagal membayar denda boleh dikenakan tambahan penjara selama enam bulan," katanya.
    Dia didakwa menghantar komen itu ke alamat http://books.dreambook.com/duli/duli.html, yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.Sultan.Perak.gov.my dengan niat menyakitkan hati orang lain.

    Hon Keong dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen itu yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Pada 15 April 2009, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di ruang siber.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Arowana Emas, Permatang Pauh di sini, jam 12.05 tengah malam, pada 13 Februari 2009.

    Bagaimanapun, Hui Suang dibebaskan selepas didapati tidak bersalah di akhir penghujahan kes pada 13 Mac 2010, sementara Chan diarah membela diri.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Idris.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    man

    Hukuman ini wajar supaya menjadi peringatan kepada mereka yang yang cuba mempermainkan institusi diraja...hukuman ini wajar diberikan kepada sesiapa saja tidak kira bangsa,agama atau budaya asal mereka rakyat malaysia...hormatilah islam,melayu dan raja.

    abu zarin

    Nasib baik kena penjara je, kalau kena buang negeri lg bagus. Tu la kalau dh terlampau pandai tp x pernah kaji sejarah dan asal-usul keturunan. Sepatutnya rasa beruntung tggl di Malaysia yg mengamalkan demokrasi berperlembagaan, kalau kt negara lain x tau la jd apa kt dia ni, mgkn dh kena hukum tembak dah.

    Zainal Abidin

    Pada pandangan saya bukan saja Hon Keong saja malah ada juga beberapi individu lagi yang patut dikenakan tindakan yang sama ataupun lebih.Perkara menghina raja bukan saja berlaku dikalangan orang cina malah ia berlaku pada bangsa melayu sendiri.Mungkin orang melayu tidak sedar bahawa dengan adanya raja raja melayulah yang dapat menghalang beberapa perkara yang tidak diingini berlaku.Daulat Tuanku dari anak Melaka

    shamad lasilah

    org sprti ni tidak pernah brsykur...sy brstju dgn hukum yg diberikan...

    muhamad syafiq

    Yang membaca berita ini, bukan soal perkauman...ini so al adap dan tatasusila..belajar dari kisah ini

    ad

    sepatutnya dia dikenakan hukuman lebih berat, denda lebih banyak, dan dia dikehendaki mengadap tuanku raja perak memohon maaf. ditambah dengan mohohom maaf sevara terbuka kpd raayat perak dan raayat malaysia terlebih dahulu. barulah dikatakan adil. (Bukan keadilan PKR). bagi memantau perkara ini tidak berlaku lagi dan mecegah kebiadapan serupa tidak berulang.

    Naza

    Inilah akibatnya membuat sesuatu tanpa berfikir. Hanya tahu ikut nafsu. Terimalah akibat dari perbuatan dangkal diri sendiri.

    Pribumi

    Perlu untuk semua warganegara celik sejarah. Untuk peroleh kemerdekaan, pemimpin pribumi termasuk raja-raja melayu bermurah hati bersetuju untuk menerima kerakyatan percuma kepada kaum bukan pribumi (ketika itu sebagai pendatang) sebagai warganegara yang sah. Dan bukan pribumi mesti tidak mempertikaikan hak istimewa orang melayu, serta raja-raja melayu. Wajarkah perkara ini dipersoalkan?

    hsym

    ..rakyat malaysia tolak budaya hina mghina lebih2 lagi kpd raja2 dan sultan2 kita...buat pgajaran kpd kita semua...

    Husri Jumaiadin

    Sebagai warganegara..kita semua sedia maklum RUKUN NEGARA adalah tunggak segalanya...cuba fahami dengan mendalam RUKUN NEGERA tersebut.

    Mana-mana individu yang tidak mengikut RUKUN NEGARA tidak wajar menjadi warganegara MALAYSIA.

    pak cik din

    D mn bumi d pijk d situ lgt d jujng. jgn jd anjing menylk bukit. Ular lidi jgn nk menelan gajah.

    roslan lan

    bersyukurlah, makan free kat dlm jel tu...
    tidur free...

    zainuddin mendoza

    Daulat tuanku,Daulat tuanku,Daulat tuanku....

    arif

    Sewajarnya dikenakan hukuman begitu lebih lama lagi baik 5 tahun kah...w/pun negeri kami tidak bersultan/beraja namun kami tetap menyanjungi institusi sultan sebagai kuasa pengimbang di negara ini,lihat negara2 yang mengamalkan sistem berpresiden apa jadi!manusia seperti Hon Keong ni sebenarnya tidak tahu bersyukur apa dia ingat kalau bukan di negara ini dia nak ke mana? nak balik China barangkali so cuba2 mohon balik dengan leluhur mereka... Saya sangat setuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah ini sebagai pengajaran kepada yang lain yang sedang2 pasang angan2 berbuat demikian.

    TimuR

    Dorg x sdr asl usul dh..dh mkn knyang krjaan tnh mlayu bg dorg smpai jd sng. Dh sng nk naik kpla plk. Dia lupa k smpai dh x knl sultan atau mmg jnis bsuk hati?

    Aku Hormat Orang

    nilah salahsatu padahnya kalau gagal sejarah SPM ... :D

    dmas

    padan muka,terpelajar ttp tidak boleh berfikir dgn baik.

    wie

    Name wee dahulu yg menghina negara tidak diambil tindakan yang berat.menghina negara adalah yang lebih buruk sebenarnya

    HJ ABD HAMID ABDULLAH

    sudah sewajarnya rakyat Malaysia yang menghina Raja-raja Melayu diambil tidakan dan tidak terkecuali juga di kalangan orang-orang politik.

    Pelawat

    Buat pengajaran pada yg lain jugak ni. Tu pun kire ringan, cuba hina raja Thai, akta menghina raja Thai lagi berat hukuman, tu belum lagi sampingan masa dlm penjara thai.

    farra

    Jangan menghina Raja-Raja Berdaulat... Menjunjung kasih pautan mesra rakyat sejahtera... Daulat Tuanku!!!

    jurahaini

    terbaik..jgn suka hati nak hina...

    nurul

    memang kebanyakan rakyat malaysia tak tau bersyukur...

    Warong Pok Kob Balok

    jgn ada yg jadikan isu perkauman dahlah... salah tetap salah. Jgn takut ambil tindakan

    BANDUT

    YANG KENA ORANG BIASA JE ORANG POLITIK LEPAS. PUNCA MENGHINA RAJA DATANG DARI ORANG POLITIK.

    Hajimin M

    patut dihukum kpd rakyat yang menghina ketua negeri. patut dia dikena hukuman buang daerah atas perbuatannya.

    shahrom bin samian

    kita rakyat malaysia sepatutnya bersyukor atas nikmat yang kita perolehi di atas kepimpinan terdahulu yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum sehingga sekarang ini rukun dan damai dan sama sama menikmati kemakmuran dan kebebasan menyuarakan sesuatu pendapat untuk kebaikan kita bersama. cerminkan diri kita dari mana asal kita? rata rata kita ini dari rumpun melayu dari kepulauan melayu nusantara. hendaknya kita jangan buruk sangka sesama kita. kekalkanlah suasana keharmonian ini selamanya. saling hormat menghormati antara satu sama lain. lupakanlah sengketa yang lalu. terus pandang ke hadapan untuk negara malaysia terus gemilang. sekian terima kasih.

    palanuk67

    jan keterlaluan dan lupa diri...ini bukan masa zaman Dinasti Ming


    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat