Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Dua selebriti duta baharu XesOleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA JASON (kiri) menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Setiausaha Kehormat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, Noor Yasmin Abdul Karim (kanan) sambil diiringi kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut. MULA membuka pintu perniagaannya pada tahun 2002, ketika itu Xes hanya mempunyai 10 orang pekerja. Butik sepatu yang diusahakan oleh syarikat Shellys Marketing Sdn. Bhd. itu bagaimanapun, tidak memerlukan masa yang lama untuk menambat hati pencinta fesyen Malaysia. Disebabkan itulah, selepas hampir 10 tahun di persada fesyen tanah air, syarikat tempatan itu berkembang pesat dengan mempunyai 90 rangkaian butik perniagaan di seluruh negara. Pengarah eksekutif syarikat tersebut, Jason Tan memberitahu, selepas sedekad penubuhannya, kini jumlah kakitangan Xes sudah melebihi 400 orang. "Kami akan terus menghasilkan kasut yang berkualiti dan selesa untuk dipakai oleh rakyat Malaysia. Setiap produk Xes juga menawarkan harga yang berpatutan dan ia mampu untuk dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat," katanya. Untuk terus melonjakkan lagi label Xes dalam industri fesyen, butik itu melantik dua duta baharu dalam satu majlis khas di ruang legar pusat beli-belah Festival City Mall, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lalu. Dua duta baharu yang diperkenalkan ternyata bukan calang-calang lantaran memiliki resume diri yang versatil dalam dunia kecantikan. Merupakan pemenang Miss World Malaysia 2008 dan mewakili Malaysia di pertandingan Miss World di Afrika Selatan pada tahun itu, Soo Wincci diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai duta Xes. Tidak ketinggalan, dalam meneroka pasaran luar negara, seorang lagi duta yang terpilih ialah pemenang rancangan televisyen realiti Singapura, Anugerah 2011, Rahayu Ridwan. Dengan tema Trendy Family Shoe Store, usaha Xes memperkenalkan Soo Wincci dan Rahayu sebagai duta terbaharu label tersebut merupakan salah satu kerjasama pihak Shellys Marketing dengan artis berbakat. Syarikat itu juga berharap penglibatan artis baharu dengan jenama berkenaan dapat menonjolkan bakat mereka sekali gus membawa nama Xes selari dengan perkembangan aktiviti seni mereka. Sumbangan amal Xes
Aturcara majlis itu berlangsung ringkas yang dimulakan dengan persembahan tarian oleh juara program realiti Showdown 2010, Wakaka Crew. Sesi memperkenalkan duta menyaksikan Soo Wincci melangkah bergaya ke tengah pentas mendendangkan tiga buah lagu. Soo Wincci yang juga seorang penyanyi dan pelakon ternyata memukau orang ramai dengan lontaran vokalnya. Semasa persembahan, Soo Wincci sudah semestinya mengenakan kasut jenama Xes sambil memuji keselesaan kasut tersebut yang memberikan kebebasan untuknya bergerak ketika beraksi di pentas. Rahayu yang muncul selepas persembahan Soo Wincci turut berjaya menambat hati rakyat Malaysia menerusi persembahan nyanyian bertenaga, malah mengajak beberapa pengunjung menari bersamanya. Pada majlis yang sama, Xes turut memberi sumbangan RM3,000 kepada Sheperd Center Malaysia dan RM10,000 kepada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat. Selain daripada sesi pengenalan duta produk, Xes turut mengadakan jualan murah produk keluaran syarikat tersebut dari 10 hingga 13 Mei lalu. Pengunjung berpeluang membeli produk kasut keluaran Xes pada harga yang amat berpatutan. Dengan pembelian sepasang kasut Xes, pengunjung juga dapat membeli pada harga RM1 bagi sepasang kasut yang kedua. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |