{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda perasu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda perasu - Google Blog Search


'Arwah kecewa suami tak dapat kerja' | Berita Harian Online

Posted: 21 Jun 2011 09:29 PM PDT


AB1 abedin WC Beritahairan Coklat

PENGUMUMAN

(1) Dapatkan pelbagai tips menarik di Forum Tips BHO

(2) Pastikan anda mendaftar segera di Forum BHO bagi berkongsi maklumat dan pendapat.

(3) Hiburkan hati anda dengan pelbagai lawak dan jenaka di Forum Lawak Jenaka

(4) Dapatkan pelbagai info dan maklumat yang bermanfaat di Forum Agama

(5) Jangan pendamkan perasaan berbekam di hati. Luahkan di Forum Tak Puas Hati

(5) Ingin beriklan di BHO Blog? Sila ke Forum Iklan BHO Blog

(6) Berasa bosan sedikit? Ingin hiburkan hati 5 minit? Sila ke BHO Games Center

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIA ITU: 'Arwah kecewa suami tak dapat kerja'

Posted: 22 Jun 2011 08:18 AM PDT

GUA MUSANG: "Arwah beria-ia mahu suaminya mendapat pekerjaan, namun pulang dengan kekecewaan selepas tauke menjanjikan pekerjaan sebagai pemandu jentolak kepada suaminya di Kuala Lumpur tidak dapat memberi pekerjaan itu kerana mendakwa semua jentera disita pihak berkuasa.

"Pilu hati saya mengenangkan nasib arwah apabila maut terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke negeri ini," kata Ibrahim Yusoff, 60, datuk saudara kepada Nurul Adilah Mat Nawi, 20, yang maut dalam kemalangan, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kereta Proton Wira dipandu suami Nurul Adilah, Md Nasaruddin Bakar, 22, terbabit kemalangan selepas bertembung dengan sebuah Proton Waja dari arah bertentangan di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran simpang masuk Rancangan Tanah Felda Perasu, dekat sini.

Pada masa sama, sebuah van turut terbabas ke dalam parit ketika cuba mengelak kemalangan itu. Nurul Adilah yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Suaminya pula parah, manakala anak lelaki mereka, Putra Aikan, 2, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Turut parah, pemandu Proton Waja, Mohd Aslam Mohd Amin, 22, berasal dari Pasir Puteh dan seorang penumpang yang belum diketahui identitinya.

Pemandu serta penumpang van, Abd Rahim Said, 52, dan Hishamuddin Mohamad, 25, cedera ringan.

Menurut Ibrahim, Nurul Adilah bertolak ke Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu dan dia turut bersama mereka dengan menaiki kenderaan lain.

"Selepas tidak mendapat pekerjaan seperti dijanjikan, kami bertolak pulang ke negeri ini pagi kelmarin. Kali terakhir saya berhubung dengan mereka kira-kira jam 7.30 malam ketika saya masih berada di Merapoh, Pahang.

"Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang saudara di RKT Paloh yang memaklumkan kereta dinaiki tiga beranak itu terbabit kemalangan. Saya bergegas ke tempat kejadian dan hanya mampu menahan perasaan sedih melihat cucu saudara maut," katanya.

Ibrahim berkata, cucu saudaranya itu menyimpan hasrat menetap di Kuala Lumpur, tetapi ia tidak kesampaian apabila suaminya gagal memperoleh pekerjaan seperti dijanjikan.

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.

myMetro
22 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat