{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Awanama

Kosmo Online - Varia


Farhan juara Sudoku kali ketiga

Posted:

Farhan juara Sudoku kali ketiga

Farhan juara Sudoku kali ketiga

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR

JUARA untuk setiap kategori (dari kanan) Kar Gee, Farhan, Kam Ho dan Zhi Pei menunjukkan bagus kepada pengasas Sudoku, Kaji Maki.


MASA senggangnya banyak dihabiskan dengan menyelesaikan teka-teki Sudoku. Minatnya yang mendalam terhadap permainan itu menjadikan bermain Sudoku seperti perkara wajib yang perlu dilakukannya setiap hari, tanpa ada sedikit pun rasa jemu.

Itulah yang dilakukan oleh Mohd. Farhan Hassin, 23, yang berjaya membuktikan bahawa hobinya itu adalah sesuatu yang menguntungkan, apabila dia memenangi Kejohanan Sudoku Malaysia kali ketiga bagi kategori Terbuka.

Menurut penuntut sebuah kolej swasta tersebut, dia mula menggemari permainan yang berasal dari Jepun itu semenjak empat tahun lepas, selepas mencuba menyelesaikan teka-tekinya buat kali pertama.

"Sejak itu, saya terus jatuh cinta dengan Sudoku kerana selain menyeronokkan, ia turut dapat membantu menajamkan pemikiran saya dengan berfikir secara logik dan pantas.

"Disebabkan itulah, hari ini saya sanggup datang dari tempat pengajian saya di Kedah semata-mata untuk menyertai pertandingan ini. Saya berbangga kerana dapat membuktikan yang minat saya ini bukanlah sesuatu yang sia-sia," ujar pelajar jurusan pendidikan yang memenangi kategori itu buat tahun ketiga kejohanan berturut-turut.

Dalam kejohanan yang diadakan di The Summit USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Warga Emas, kategori 1 Sudoku, kategori Terbuka dan kategori Pelajar.

Kategori Warga Emas telah dimenangi oleh Loy Kam Ho dengan catatan masa sepantas 11 minit 36 saat. Kategori 1 Sudoku pula dimenangi oleh Lim Kar Gee dengan masa 7 minit 33 saat, manakala kategori Pelajar dimenangi oleh Lim Zhi Pei dengan masa 7 minit 57 saat.

Farhan pula ditabalkan juara kategori terbuka selepas melakukan catatan masa 9 minit 8 saat.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Sudoku Malaysia itu turut mendapat kerjasama daripada Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. serta syarikat yang mengasaskan permainan Sudoku iaitu Nikoli Co. Ltd. dari Jepun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa kejohanan, Lim Teck Guan, sambutan yang diberikan untuk kejohanan pada tahun ini adalah sangat menggalakkan dan datangnya daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira bangsa.

"Pihak penganjur berasa sangat gembira dengan peningkatan minat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam permainan ini sehingga ada yang sanggup datang dari jauh.

"Ini dapat dibuktikan apabila kita mendapat penyertaan daripada segenap lapisan umur, dari yang berusia enam tahun sehingga 65 tahun," katanya yang ditemui pada kejohanan itu.

Menurut Teck Guan, untuk setiap kategori, kesemua peserta perlu mengambil bahagian dalam pusingan awal terlebih dahulu dan seterusnya hanya 10 peserta terpantas akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir.

"Dalam pusingan akhir pula, peserta yang terpantas menyelesaikan soalan dengan jawapan yang tepat dipilih sebagai pemenang," ujarnya yang turut mencipta soalan-soalan bagi kategori 1 Sudoku.

Menariknya pengasas permainan Sudoku dari Jepun, Kaji Maki turut turun ke ibu negara untuk memeriahkan kejohanan.

Beliau berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia yang akan bermain permainan itu kerana ia merupakan sejenis bentuk latihan yang baik untuk otak.

"Dengan bermain Sudoku, anda akan menjadi seorang yang sabar, kreatif serta mempunyai daya pemikiran yang kuat. Sebab itulah permainan ini bagus untuk semua peringkat umur," ujarnya lagi.

Tajamkan minda

Sementara itu, seorang warga emas yang menjadi peserta paling veteran, Low Kum Fatt, 65, mengakui bahawa permainan Sudoku dapat menguatkan daya fikiran seseorang, terutamanya yang telah menjangkau usia emas.

"Apabila seseorang itu telah bersara daripada kerjayanya, otaknya perlu terus diasah supaya tidak menjadi tumpul," katanya yang telah mula bermain Sudoku sejak tahun 2005.

Permainan itu sebenarnya telah menjadi trend di Jepun pada tahun 1986, namun ia mula mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia pada tahun 2005.

Ia bukanlah sejenis permainan matematik yang memerlukan pemainnya mengira dengan pantas dan tepat, sebaliknya merupakan teka-teki bernombor yang hanya memerlukan logik akal untuk menyelesaikan petak-petak kosong yang diberi.

Hasilnya, pemain dapat melatih pemikiran mereka untuk menjadi lebih kreatif dan peka, selain membantu menguatkan skil menyelesaikan masalah dengan pantas.

Restoran Domino's ke-100

Posted:

Restoran Domino's ke-100

Restoran Domino's ke-100


RICHARD dan George meletakkan tangan pada sebuah plak sebagai simbolik pelancaran cawangan ke-100 Domino's.


TEMPOH 15 tahun bukanlah satu jangka masa yang lama bagi sesebuah perniagaan untuk berkembang maju.

Apatah lagi, jika ia sebuah syarikat francais terkemuka yang melebarkan sayapnya ke seluruh negara di setiap ceruk dunia.

Atas kelebihan itu, Domino's Pizza Malaysia menguatkan lagi empayarnya dengan meraikan kejayaan pembukaan restorannya yang ke-100 di Malaysia, selepas 15 tahun bertapak di negara ini.

Majlis yang diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor itu adalah bersempena dengan pembukaan cawangannya yang ke-100 di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Eksekutif Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Datuk George Ting, meskipun 100 buah restoran itu boleh dianggap sesuatu yang membanggakan, namun pihaknya tidak mahu mengambil sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

"Kami menyasarkan sebanyak 200 buah restoran lagi akan dibuka dalam tempoh masa lima tahun dari sekarang.

"Selain itu, kami turut akan mula membuka cawangan di negeri-negeri di Pantai Timur menjelang tahun hadapan, selain di Sabah dan Sarawak pada 2014," kata beliau pada satu sidang media selepas majlis tersebut.

Menurut George, satu-satu cara untuk menjamin kesetiaan dalam kalangan pelanggan adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

"Dengan formula jaminan 30 minit masa penghantaran, 15 minit untuk perkhidmatan, dan 100 peratus jaminan kepuasan, kami berjaya menjadi syarikat penghantaran piza nombor satu di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi dan Presiden Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan Ting menjelaskan, seiring dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat itu sejak awal kemasukannya ke negara ini pada tahun 1997, mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial (CSR) terhadap masyarakat sekeliling.

"Antara aktiviti CSR terbesar yang diadakan adalah melalui kempen Meals-For-The-Needy (Makanan untuk Yang Memerlukan).

"Tidak ketinggalan promosi 10 sen piza bersaiz sederhana untuk 100 orang pelanggan, dalam masa 100 minit di 100 buah cawangannya di seluruh negara.

"Selain itu, aktiviti lain yang turut dilakukan adalah seperti festival makanan, aktiviti membasuh kereta, derma darah, hari keluarga dan pemberian makanan serta pakaian kepada golongan gelandangan di ibu negara," ujarnya.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Domino's Pizza Antarabangsa, Richard Allison pula, Malaysia merupakan antara lima buah negara di Asia Pasifik yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan secara global.

"Mungkin ia disebabkan oleh formula yang kami gunakan iaitu menjadikan piza sebagai pilihan makanan untuk seisi keluarga yang membuatkan masyarat negara ini memilih Domino's Pizza sebagai pilihan mereka.

"Inilah yang kami pentingkan dalam perkhidmatan kami iaitu bukan sahaja produk yang lazat dan perkhidmatan yang terbaik, malah nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam kalangan pelanggan kami," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar