{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Awanama

felda kemahang - Google Blog Search


Peneroka <b>Felda Kemahang</b> 3 Gagal Serah Memo Kepada Mazlan <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 06:30 AM PST

Patung dengan wajah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang dibawa semasa demo siang tadi. Pic: SM AminPatung dengan wajah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang dibawa semasa demo siang tadi. Pic: SM AminKUALA LUMPUR: Sekitar 300 orang peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan hari ini kecewa dengan pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kerana enggan menerima memorandum mereka.

Wakil peneroka Felda Kemahang 3, Abdullah Yusuf berkata peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 menuntut Mazlan mengarahkan Tetuan Rohimin & Asmadi agar mengembalikan wang pampasan yang dimenangi ke atas saman Felda.

"Mazlan nyata gagal membela nasib malang kami (peneroka) apabila Tetuan Rohimin & Asmadi gagal untuk mengembalikan wang pampasan yang dimenangi peneroka.

"Mazlan tidak bertanggungjawab di dalam menyelesaikan pembayaran pampasan kepada peneroka dan terus melarikan diri tanpa mahu berhadapan dengan kami," kata beliau kepada pemberita selepas gagal menyerahkan memorandum bantahan terhadap Mazlan di hadapan Wisma Felda di sini, hari ini.

Tetuan Wan Rohimin & Asmadi adalah peguam kepada 354 peneroka yang menyaman Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Pada 26 Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk memberi kemenangan kes saman ini kepada 354 peneroka-peneroka Felda Kemahang 3.

Tetuan Wan Rohimin & Asmadi yang dibawa oleh Mazlan pada permulaan perbicaraan memaklumkan setiap peneroka akan menerima pembayaran sejumlah RM30,000 seorang.

Selepas kemenangan kes tersebut, peneroka tidak menerima jumlah wang yang dijanjikan tetapi mereka hanya menerima sekitar RM16,000 hingga RM19,000 sahaja.

Malah masih ada peneroka yang tidak menerima pampasan termasuklah balu peneroka.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap berkata peneroka-peneroka yang dulu menyaman Felda kini telah sedar dan kembali kepada Felda setelah menyedari penipuan-penipuan yang dibuat oleh Mazlan.

Terdahulu, sekitar 500 orang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Mazlan berarak dari masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Wisma Felda Jalan Semarak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda.

Mereka turut membawa patung dengan wajah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang diikat pada kayu sebelum seorang peserta  'merotan' bahagian belakang patung berkenaan.

--mD

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar