{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda Bukit Rokan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda Bukit Rokan - Google Blog Search


SIAPA MAZLN ALIMAN DI MATA ORANG <b>FELDA BUKIT ROKAN</b> <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 06:47 PM PST

Mazlan Aliman tidak sepopular Mazlan PET-PET , malah Mazlan Aliman ini popular dengan gelaran penyebar fitnah FELDA ketika ini kerana menyebar cerita-cerita fitnah yang bersifat gosip dan tidak menguntungkan penduduk FELDA malah menjatuhkan harga saham FELDA dengan cerita-cerita dongeng nya itu!
Disebabkan itulah, kegeraman penduduk FELDA kawasan sekitar  dilampiaskan di dalam Perhimpunan Oren yang diadakan mamat ini. 
Penyebar Fitnah patut dikenakan Hukum Hudud! 
TAMPIN - Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi.
Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas.

Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan.


Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ.


"Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar.  Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.


"Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera.


Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit, semalam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.


"Kejadian berkenaan menyebabkan pihak polis terpaksa mengerahkan 12 anggota membabitkan dua pasukan rusuhan kecil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk berkawal di persimpangan Jelai bagi mengawal keadaan," katanya.


Difahamkan, kekecohan program Jelajah Oren, semalam, merupakan pertama kali berlaku di Negeri Sembilan.


Sebelum ini, kekecohan sama pernah berlaku pada Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung pada 3 November lalu di Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak. -SINAR HARIAN- 

Oren nafi berkeras masuk <b>Felda</b> Bt <b>Rokan</b> Utara

Posted: 24 Dec 2012 12:16 AM PST

(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara)

JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.   

"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.

"Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.

"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.

"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.

Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

"Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara.

"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.

"Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.

"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.

"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.

"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat