Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 27 Jul 2011 08:16 PM PDT MukaDepan Kerajaan sedia pelan penyelesaian kos mengurangkan beban rakyat, penggunaPUTRAJAYA: Kenaikan harga barang terutama makanan, fenomena global yang kini menjadi bebanan rakyat dijadikan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat itu. Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata satu pelan penyelesaian akan disediakan bagi mengurangkan beban rakyat dan pengguna. "Sewaktu NKRA diputuskan kira-kira dua tahun lalu, ia berdasarkan kajian dan penelitian mengenai apa yang dikehendaki rakyat dan yang perlu dilakukan kerajaan dan ketika itu tidak terdapat fenomena global mengenai kenaikan harga barang, terutama makanan. "Namun, selepas mendapati fenomena ini menjadi isu utama di kalangan rakyat, kerajaan berpendapat perlu menyediakan satu penyelesaian yang mampu memberi kelegaan kepada rakyat dan dengan itu kita (Kabinet) memutuskan menambah satu lagi NKRA," katanya kepada media selepas mempengerusikan majlis dialog bersama pakar bidang yang menyertai perbincangan 'online' Meja Bulat 1Malaysia' di pejabatnya di sini, semalam.Najib berkata, NKRA ketujuh itu akan diketuai Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dan kementerian berkaitan. Enam NKRA lain ialah memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan; mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam. Najib berkata, bagi memastikan NKRA itu mencapai matlamat, kerajaan akan meneruskan langkah yang sudah dilaksanakan sebelum ini seperti mengawal harga barang dan mengekalkan sistem subsidi barang keperluan, selain mengembangkan lagi inisiatif Klinik 1Malaysia serta Kedai Rakyat 1Malaysia. "Saya berharap perbincangan 'online' ini akan memberi peluang kepada rakyat menyatakan pandangan mereka dalam pelbagai isu dan kerajaan akan mengambil kira hasil perbincangan mereka dengan pakar terbabit ketika merangka polisi tertentu," katanya. Antara pakar terbabit ialah pereka Pendrive, Pua Khein-Seng; Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin; pemuzik, Amy Search; Presiden FOMCA, Datuk N Marimuthu; Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation, Johan Mahmood Merican dan pemain skuash kebangsaan, Azlan Iskandar. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensaiful bahari kenaikan harga barang memang sangat susah dipantau dan dikawal lagi-lagi jika harga minyak dunia naik. Apa pun berlaku kenaikan harga minyak dunia kerajaan harus bijak mengurus supaya tidak menaikan harga minyak negara. Dengan menaikan harga minyak negara kita sendiri kerana melatah sebab harga minyak dunia naik, barang-barang akan secara otomatik naik. bila dah naik susah nak diturunkan harga. Apa pun subsidi pada barang kawalan sentiasa dikekalkan. orang minyak kalau tak ditangani segera,rakyat akan semakin benci BN insan kerdil kami rakyat yang tergolong di dalam kumpulan yang berpendapatan rendah amatlah berharap kerajaan dapat betul-betul kenaikan harga barang kegunaan harian termasuk bahan mentah. Jikan harga barang terus naik mendadak apakah yang akan mampu dimiliki lagi oleh insan seperti kami. Makan setiap hari pon perlu berjimat.. Yangretibase Kalau kerajaan ikhlas, sangatlah mudah bagi kerajaan untuk menolong rakyat. 1. Turunkan cukai semua barangan dan perkhidmatan kepada satu kadar yang sangat rendah. 2. Turunkan harga petrol kepada RM1.00 seliter. AAR KERAJAAN MERANCANG, MELAKSANA, MEMANTAU DAN MENILAI. RAKYAT MAHU TAHU MAKLUMAT PENILAIAN YANG JUJUR, BETUL DAN TEPAT DARI MASA KE SEMASA. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |